Friday, October 19, 2007

FADZLETTE BERAYA DI RUMAH LOKMAN


Teruja saya apabila tiba di rumah, mendapati skot kita Lt Kol Fadzlette menolong menyiat daging ayam untuk dibuat soto, di dapur. Lette dan anggotanya beraya di rumah dari tugasan mereka di Sri Pentas dan Kuantan.

Terima kasih Lette kerana sudi berkunjung.
(3001654)

Wednesday, October 3, 2007

MD DIN POSTING KE MINDEF

Lt Kol Md Din Abu sekarang di Kementerian Pertahanan (Mindef). Dia baru sahaja 'posting' dari Kuantan.

Jawatannya sekarang SO1 (Pegawai Turus 1) di Jabatan Arah Infantri.

Bila ditanya bila nak pakai 'full colonel'?, jawapannya "siapalah aku?".

Bila lagi nak "gather2" ni?

Tuesday, October 2, 2007

ENCIK MAT JO BUKA SPA

En Mat Jo tengah interview siapa tu?
Untuk pengetahuan kawan-kawan, En Mat Jo kini menetap di Jitra, Kedah. Dia ada biznes spa disamping kopi Larat. - Lt Kol Raja Ahmad Ikram TUDM