Sunday, October 26, 2008

FAUZI BERI TAKLIMAT KEPADA AZIZAN


Assalamualaikum,

Maaf la kerana lama tak online. Sebenarnya saya agak sibuk sikit tolong kawan-kawan dan mencari razeki dibumi Allah ini. Untuk pengetahuan, saya berada di Terengganu kerana membantu sahabat saya untuk projek Pengubahsuaian Rumah Keluarga 18 RAMD. Kebetulan pada pagi tadi 15hb. Okt, 2008, ada lawatan dari GOC & Panglima 8 Bde ke Kem 18 RAMD, Seberang Takir, Terengganu.

Memandangkan saya ni bekas tentera, sahabat saya ni minta saya berikan taklimat kepada GOC Mej Jen Dato' Md Nor & Panglima 8 Bde Brig Jen Azizan Md Delin, senior kita Intake 20. Saya ingat lepas berhenti tak payah lagi nak bagi taklimat macam ni, rupa-rupanya kena buat jugak. Brig Jen Azizan Md Delin bila tengok saya, terus panggil saya....dan bila nak balik dia kata nak datang lagi kat tapak projek ni bulan depan.

Nampaknya saya kena bagi taklimat lagi la..!! Tayazi dah ke KL, Zulkifli pun dah ke Gemas, jadi saya pun tak da kawan kat utara ni, jadi saya ke Terengganu la. Tapi hanya untuk membantu sahabat saya ni untuk beberapa bulan sahaja.

Sekian, warkah dari Terengganu...!!

-- M FAUZI ABDULLAH

Monday, October 20, 2008

SKOT KERJAKAN IBADAH HAJI TAHUN INI

Skot kita Kolonel Kamarul (Pengarah Kor Armour) dan Mejar (B) Rozita Ghani (MP) bersama suami akan mengerjakan ibadah haji tahun ini. Saya terserempak dan sempat berbual dengan kedua-dua mereka pada kursus haji perdana di Putrajaya dan masjid UNITEN semalam.

Kepada rakan-rakan skot yang lain doakan kami mendapat haji mabrul dan mudah menjalani ibadah itu. Salah dan silap harap maafkan, makan dan minum harap halalkan.

Wednesday, October 15, 2008

FUAD TANYA KHABAR

Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya pada semua. Mane pegi depa ni. Yang dah sampai kat negeri Sun Tzu baru aktif. Tahniah pada Jalal. Semoga sentiasa berada dibawah lindunbgan Allah, sentiasa sihat bersama keluarga dan semoga berjaya dalam kursus dengan cemerlang dan akhirnya semoga cepat-cepat naik pangkat. Salam dari kami

(nota : Fuad email semula semua foto dlm file berbeda. Tq)

Tuesday, October 14, 2008

JALAL DI BEIJING

Skot, Kolonel Jalal Manan dan isteri, Mej (B) Norkiah (juga skot) kini ada di Beijing. Jalal sedang mengikuti khursus Defence Studies selama setahun. Hari raya tahun ini mereka beraya di sana dan hanya akan kembalik ke tanah air September tahun depan.

Kalau dah kat Beijing tu, hantar-hantarlah entri ke sini macam skot kita Lt Kol Fuad Hamzah di Poland. Kiah daripada duduk-duduk sesaje bolehlah bantu Jalal masukkan entri.

Anyway tahniah!

Saturday, October 4, 2008

SELAMAT HARI RAYA FROM POLAND WITH LOVE

Assalamualaikum skot, Khas untuk skot aku yang jawa yang tak jawa dan yang macam-macam.

NYIMPEN JENANG NANG JERO TIN
AREK DIGOWO MARENG SURO
KELUPATEN KULO LAHIR BATIN
SALAH SILAP NJALOK NGAPURO

PERAWAN AYU ORAK PUOSO
NANG NGISOR OMAH NGELER DEWEAN
NYONG KABEHAN NJALOK NGAPURO
HAREP DIAMPUN GUSTI PENGIRAN.


From Poland With Love
Fuad and family
(Sorry Fuad terlewat & tak boleh upload kena rewrite, foto masih diusahakan untuk disiarkan)

UCAPAN RAYA DARIPADA RAJA IKRAM

Assalamualaikum, skot.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Aidil Fitri kepada skot semua.

Saya memohon ampun dan maaf ke atas segala kata-kata, perbuatan dan kelakuan yang mungkin telah menyinggung perasaan saudara semua. Saya juga memohon dihalalkan makan dan minum yang telah saudara semua jelaskan. Semoga hari lebaran ini disambut dengan meriah dan gembira disamping keluarga tersayang di mana sahaja saudara berada.

(Mohon saudara Lokman masukkan e-mail ini ke blog kita untuk tatapan skot semua. Terima kasih.)
-Maaf skot terlewat