Thursday, December 25, 2008

KOL HAJI KAMARUL

Foto : Kol Haji Kamarul.
Kol Haji Kamarul - Pengarah Armor ini akan kembali ke tanahair pada 8 Januari ini. Skot kini berada di Madinah selepas menunaikan Haji di Makkah.

Beliau sempat berbual panjang dengan saya di hotel penginapannya. Namun foto ini sajelah yang dapat dipaparkan kerana yang lain tak dapat cari, entah mana hilang. Tapi kalau Kamarul terbaca entri ini bolehlah kirimkan foto dari kameranya bersama saya.

Selain Kamarul saya turut terserempak dengan Mejar Rozita Ghani yang sedang shopping dekat Masjid Kucing, tapi dia tak nampak saya. Turut terserempak skot kita, Iqbal selepas solat Isya di Masjidil Haram. Namun seorang lagi skot kita Lt Kol Md Sham, tidak saya temui daripada jutaan umat Islam yang mengerjakan haji.
Foto : Lokman bersama Panglima Tentera Laut dalam penerbangan pertama pulang pada 15 Disember lalu.
- kiriman 1654