Sunday, February 15, 2009

ISMET SERTAI MASRANI DI 5 BRIDGED

Skot kita Panglima 5 Bde, Brig Jen Masrani Paiman baru menghubungi saya sebentar tadi. Beliau memberitahu seorang lagi skot kita, kini menjadi Timbalannya.

Kol Ismet Nayan, bekas Timbalan Panglima Bridged Para yang baru pulang daripada mengikuti kursus di India, baru tiga hari lepas melapor diri kepadanya.

Masrani turut menjemput skot bertandang ke Sabah terutama ke Kota Kinabalu. Beliau juga bersetuju dengan cadangan saya untuk menjadi hos ’re-union Regular 21’ di KK. Boleh ke dipertimbangkan cadangan itu?

Saya juga cuba mengusik, ”bila nak pakai Dato? kerana jawatan itu sudah hampir dengan anugerah itu”. Beliau secara spontan menjawab, ”Insyaallah, tahun ini kot.”

Kini semakin ramai skot kita berkerja sebagai bardie-bardie. Di Johor, Komandan Kol Ridzuan berganding dengan Timbalannya, Lt Kol Azmi.

Kalau dah macam itu, kenalah selalu ’gather-gather’ untuk hilangkan ’gap’ tu. Bak kata Fuad Hamzah, “ala…kita kan pernah sama-sama pakai PT blue”.

Nantikan foto mereka berdua yang akan dikirimkan ke blog ini!

Sunday, February 8, 2009

PERTEMUAN DI BORA OMBAK (3 Februari 2009)

Sembilan skot yang hadir. Joseph, Nasir, Norkiah, Jalal, Fadzlette, Kenali, Razali, Tayazi dan Md Din. (Collages hasil kreatif Zali yang diceduk daripada blognya)







Kiriman : Razali Che Dollah