Wednesday, September 30, 2009

TAHNIAH JENERAL REDZUAN!

Tahniah!. Skot kita Redzuan Baharuddin kini akan dipakaikan pangkat satu bintang. Brig Jen Redzuan disenaraikan antara pegawai kanan yang dinaikan pangkat oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT).

Beliau katanya akan menjadi Panglima 12 Brd menyertai skot lain yang menjadi Panglima Briged di Sabah dan Melaka iaitu Brig Jen Masrani dan Brig Jen Ismet Nayan.

Kini genaplah semua compani sudah ada wakil ‘one star general’. Jen Masrani – Alam Shah Coy, Jen Ismet – Syed Putra Coy dan Jen Redzuan – Abdul Rahman Coy.

Thursday, September 10, 2009

14 SKOT REGULAR 21 HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA

Dewan Perdana Felda hari ini menjadi saksi majlis berbuka puasa Regular 21 yang dianjurkan oleh Fuad Hamzah dan ditaja bersama Romlee Abd Wahab.

Terima kasih kepada mereka berdua. Tapi tak lupa juga terima kasih pihak penganjur kepada mereka yang sudi hadir.

Bilangan yang hadir 14 orang, tidak lebih tidak kurang daripada jumlah asal yang telah mengesahkan kehadiran mereka. Namun mereka yang hadir bertukar nama kerana ada yang membatalkan kehadiran pada saat akhir.



Foto update daripada blog Razali Che Dollah.

Mereka yang hadir;
Kol Redzuan Baharuddin
Kol Hassan Ali
Lt Kol Fuad Hamzah
Lt Kol Mohd Tayazi Abduk Kadir
Lt Kol Abdul Razak Ahmad
Lt Kol (B) Abdul Rani Syidin
Mej Mohd Foad Misran
Mej Mohammad Razali Che Dollah
Mej (B) Jamaludin Tohar
Mej (B) Romlee Abd Wahab
Mej (B) Mohd Nafiah Osman
Mohd Lokman Hamidi
Norazaliah Mufti
Shafie Ramli

Untuk pusingan kedua berbuka puasa Regular 21, sudi-sudikanlah pula skot lain menaja dan menganjurkannya. Sekurang-kurangnya Fuad Hamzah sudah menyahut cabaran walaupun mengadu ada sedikit kekekcewaan

Friday, September 4, 2009

AYUH BUKA POSE KAT DEWAN FELDA

Daripada : Fuad Hamzah

Skot2 yr telah dihubungi yang kata confirm nak mai macam kat bawah ni:
1. Fuad.
2. Romlee
3. Fadzlette.
4. Lokman.
5. Reduan.
6. Shafie.
7. Md Din.
8. Azaliah
9. Razak.
10. Razali chat.
11. Jamaludin Toha.
12. Rani.
13. Subki.
14. Jalal.
15. Kak Kiah.
Adapun masih ramai skot yang rasanya berminat yg belum sempat dihubungi. Maka, mohon skot hubungi skot-skot yg lain untuk mendapatkan maklumbalas dan forward ke 0196106603 (fuad).

Kalau kutip kurang kita ting tong. Ala RM50 je tanpa sponsor. Kalau lebih upah coordinator lah hehehehe. Cuma akan bagitau samada nak wat booking kena bayar terus atau dak. Kalau kena bayar terus, skot dah cfm datang jgan tak datang lak, naya kengkawan. Tolong ek.
Salam Ramadan skot

APA KATA KALAU SKOT YANG NAIK PANGKAT BARU NI SPONSOR?

18:56fuad1649: Setujuuuuuuuuuuuu, hidup azmi. Ko datang tak Mi
3 Sep 09, 15:28azmi1648: Cdgn: apa kata klu skot yg naik pkt bru ni sponsor buka puasa ni. Stuju?
2 Sep 09, 11:16fuad1649: Tarikh 9 Sep 09. Utk memudahkn penganjur, 6hb mesti dh dpat nama lah sapa yg nak join. Yg dok KL tak kn tak leh join kot. Org nak bersedekah ni kena penuhi hajat dia nih.
2 Sep 09, 11:14fuad1649: Kitadh ad sponsor utk buka pose kat Dewan Felda. Peruntukan 10 pax. Dh cfm aku, romlee, leklok and let. Lg 6 ksg. Tlong kol aku 0196106603. Salam
1 Sep 09, 14:22warhead: kol Jalal..tolong respon dalam www.x10melayu.net. Tq.
1 Sep 09, 12:41lok1654: Kali ini kita suruh Fuad organise. Dah lama memeram kat Poland, kenalah kerja sikit kat sini.
1 Sep 09, 09:41zaki1660: kalu nok main glop lagi baguih, trendak baru rm2.50 satu orang, bule main ampai petang pong
1 Sep 09, 09:39zaki: woit...kalo nak buet apo2 pong bagitau ler gue..nak gak ikut kalu free.. aku lo ni dok kat sg udang..pulpak. kalu mai mca helo ler....
1 Sep 09, 09:08raja1305: Klu nk harap kekawan tengok dlm blog ni, mmg xda lah. So, klu nk organise tu, kna kol lah.
28 Aug 09, 22:29fuad1649: Kalo ramai yg minat n sponsor bleh lah kita wat kat tmpt yg kondusif. Kalau tak ramai kt McD je kot.
27 Aug 09, 11:52Md Som: salam nak buat katmana tu
27 Aug 09, 11:08lok1654: Aku memang mengharap dapat berbuak dengan ko orang. Tapi ada jemputan lain pulak. Apapun aku cuba adjust.
27 Aug 09, 00:27fuad1649: Skot, ptng td kol Let and setuju utk wat gathering buka pose pd 2 Sep 09. Sapa yg nk join and nk sponsor angkat tgn and kol aku 0196106603. Salam
24 Aug 09, 13:33fuad1649: Aku setuju, tapi bagi masa lah perjalanan aku dari gemas ke kl tu
24 Aug 09, 00:35Luna Lanun: owhh ashkar..
21 Aug 09, 21:12lok1654: rAJA YOU SET, KITA IKUT.
21 Aug 09, 09:39Md Som: SALAM SEMUA R 21 SELAMAT MENGEJAKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADAN ALMUBARAK INI.
20 Aug 09, 16:10raja1305: Bole, bukan nole. Sori.
20 Aug 09, 16:10raja1305: Nole juga tu. Bila dan di mana?
20 Aug 09, 10:50lok1654: kita organise buka puasa sekali. Amacam?

Thursday, September 3, 2009

SKOT! JOM SAMA-SAMA BERBUKA PUASA

Fuad Hamzah dengan kerjasama Fadzelette bermurah hati untuk sama-sama menganjurkan majlis berbuka puasa untuk skot. Majlis akan diadakan pada 9 September ini di FELDA Jalan Semarak.

Pihak penganjur telah mendapat tajaan untuk 10 orang. Bagaimanapun disebabkan sambutan mengalakkan penganjur mencadangkan skot semua ‘ting-tong’. Tak kisahpun! Yang penting kita semua sama-sama ‘gather-gather’ untuk berbuka puasa.

Harap-harap di kalangan skot yang poket penuh turut menaja untuk menambahkan kehadiran kita. Sebarang maklumat atau pengesahan kehadiran boleh hubungi Fuad 019-6106603.