Sunday, February 28, 2010

BRIG JEN DATO' RAZIF SEMPURNA MAJLIS RESEPSI

Skot Regular 20, Brig Jen Dato’ Pahlawan Razif Idris selamat menyempurnakan majlis resepsi perkahwinannya dengan Dr Nur Aireen Ismail malam tadi.

Majlis diadakan di Kelab Tasik Putrajaya dengan dihadiri ratusan jemputan termasuk tetamu kehormat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri.

Ini adalah perkahwinan kedua Dato’ Razif selepas isterinya meninggal dunia kerana sakit barah.

Dato’ Razif mempunyai empat orang anak dengan isteri pertamanya, manakala Datin Dr Nur Aireen mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya.

Selain pegawai tertinggi angkatan tentera, turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan serta rakan-rakannya termasuk dari London dan Jakarta.

Wednesday, February 17, 2010

REUNION REGULAR 20/21




Reunion TJT 20/21 telah ditetapkan seperti berikut :

Tarikh : 12 Jun 2010 (Sabtu)

Tempat : Bangi Golf Resort

Acara pagi dimulakan dengan Golf dan Jamuan Malam dengan isteri/suami di Equatorial Hotel, Bangi.

Maklumat lanjut sila hubungi Kol Hassan Ali.