Wednesday, December 22, 2010

AZMI JEMPUT MAJLIS KAHWIN ANAK

Skot Kol Azmi Yusof (3001648) dari Markas Medan Tentera Darat menjemput semua rakan skot Regular 21 ke Majlis Perkahwinan anak perempuan sulongnya seperti berikut;

Tarikh : 25 Disember 2010
Masa : 1200 hrs - 1600 hrs.
Tempat : No 1, Jalan Enggang Timur 1
Taman Keramat, Kuala Lumpur (rumah bapa Azmi)

Thursday, December 16, 2010

NASIR DAN LOKMAN PULANG SELEPAS MENGERJAKAN HAJI

Nasir mengambil giliran untuk mengambil bekalan juadah setibanya di Arafah sehari sebelum hari wukuf.

Walaupun 42 hari bersama di Makkah dan Madinah tetapi hanya berkesempatan bergambar bersama ketika pulang ke Kuala Lumpur semalam (15 Disember 2010). Gambar diabadikan di lapangan terbang Madinah.
Nasir mengerjakan Haji bersama isteri dan bapa mertuanya. Manakala Lokman menunaikan Haji bersama isterinya.