Wednesday, April 22, 2009

WAN KAMIL BUAT KEMUNCULAN SULONG




Assalamualaikum.

Ini gambar aku agar skot masih ingat bila datang dinner nanti. TQ.
wmk307: Alhamdulillah, memang dah jadi sukujutawan. Anaknda sihat dan sedang belrlatih berjalan kerana masih memerlukan tongkat atau kerusi roda. Aku pandu Super Puma 332 untuk M'sian Helicopter Svc di Kerteh

Tuesday, April 21, 2009

WARKAH DARI BEIJING-3

Daripada Jalal & Norkiah
Assalamualaikum buat Dato - dato, tuan tuan dan puan puan Regular 20 &21.

kami kat sini alhamdulullah sihat seadanya. Tahniah kepada Reg 20 dan 21 kerana mempunyai semangat bermuafakat yang insyaallah akan membawa berkat dan keceriaan kepada semua.

Kata orang tua tua, yang dulu di dahulukan, yang tua dihormati dan yang cerdik dituruti barulah hidup membawa berkat. Reg 20&21 tak ramai dan semestinyalah kita bersatu dalam semua hal.

Yang berjaya tu kita lonjakkan lagi agar lebih berjaya dan yang tidak itu tak mengapa kerana rezeki kita Allah yang menetukannya.

Oleh itu jangan paranoid dengan kejayaan orang lain. Kawan kita berjaya kita sebut alhamdulilah dan doakan kejayaan yang lebih untuknya. Ha itu barulah kawan namanya.

Salam semua dan selamat berjaya.
Cajok! (Bahasa cina - maknanya berjuang)

Thursday, April 16, 2009

RANI BERTUKANG BINA RUMAH SENDIRI

Isnin lalu sebelum ke Lumut, saya sempat menunaikan janji dengan skot untuk bertemu di Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi.

Rancangan secara 'short notice' dapat mengumpulkan Lt Kol Rani, Mej (B) Jamaluddin Toha dan Lt Kol Dr Mohd Kenali Basiron (kena tulis nama dia in full).

Saya sampai di depan Restoran Shiraj tepat seperti yang dijanjikan pada 2130 hrs, dalam keadaan hujan. Rani menghubungi aku menyatakan dia kini berada di rumah Jamal dan lambat sedikit sampai. Jamal sedang menguruskan laporan polis, ada pemuda yang tidak dikenali mahu menjual dadah di depan rumahnya.

Tidak lama selepas aku sampai, Kenali dan isterinya pun tiba dan 'parking' keretanya di sebelah kereta aku. Tanpa perasan aku di dalam kereta, dia terus masuk ke restoran.

Lama jugak aku bersembang dengan Kenali serta isterinya dan abang iparnya. Dah lama aku tak jumpa Kenali yang pernah duduk di sebelah bilik aku. Kali terakhir jumpa dia pada 27 Mac 2004 di Restoran Lotus, Ampang. Reunion yang dianjurkan oleh Fauzi Abdullah dan Omda (kalau tak silap).

Perut Kenali macam dulu jugak. Tapi katanya PTD mahu dia kuruskan perutnya lagi. Itu sebab malam itu Kenali hanya makan apple dan air kosong, sedangkan aku makan roti canai dan teh tarik.

Rani dan Jamal kemudian tiba dengan kereta merah, parking betul-betul di depan kami bersembang. Kenali kemudian menghubungi Lt Kol Md Din Abu. Md Din tinggal bujang di Kem Sungai Besi.

Md Din memberitahu dia tidak dapat turut bersama kami di Restoran Shiraj kerana sedang bermesyuarat di Kem Wardiburn dengan Pengerusinya. Tapi dia sempat bergurau, "ko orang masuk ke kawasan aku, tanpa minta izin. Ini tidak adil!......". Dan secara kebetulan Mej (B) Hanafiah Osman pula menghubungi aku ketika itu.

Tapi malam itu yang membuatkan kami terpegun ialah cerita Rani mengenai Arwah Mej Jamaluddin Darus dan kumpulannya di Bukit Jenalik serta cerita Rani dengan hobinya bertukang dan mengumpul kayu.

Antara yang menarik, Rani hanya menjaga kem setengah jam sehari dan yang selebihnya urusan bertukang serta mengumpul kayu. Yang membuatkan aku lebih terpegun bila Rani menceritakan bagaimana dia mengeringkan kayu menggunakan beratus lampu di dalam bilik. Lebih menarik minat kami cerita mengenai Condor yang digunakan oleh rakannya untuk menarik akar kayu dari hutan.

Cerita yang menakjubkan kami pula bagaimana Rani bertukang sendiri untuk membuat rumah di Gunung Rapat, Ipoh menggunakan kayu berkualiti bekas rumah.

Rani akan mengakhiri perkhidmatannya dengan ATM pada pertengahan tahun ini untuk menumpukan kerjaya dalam perniagaan dan hobi kayunya itu.

BERSAMA PTL DI LUMUT

PTL sempat posing dengan aku dalam pelayaran dengan KD Lekiu ke perairan Selat Melaka, semalam. Sejak balik dari Makkah, kami semakin rapat!

Saturday, April 11, 2009

WARKAH DARI BEIJING - 2

Daripada : Kol Jalal Manan


Email 1 :
Assalamualaikum, bersama ini saya hantar gambar masa lawatan ke kawasan industri dan pelabohan Bohai di utara timur China sempadan Korea pada 8 Apr 09.

Kami from Beijing naik China High Speed train. Tianjin/pelabohan Bohai tu lebih kurang 240km from Beijing. Speed train ni lajunya cecah 345km/h, kalah helikopter Raja Ikram ops silap..Helikopter Wan Kamil.

I dok ingat Wan Kamil masa i buat staff kat Johor dulu ada juga i brief dia masa latihan dan naik dengan dia buat recce dan dia pun apa lagi - NOElah sampai kami pening gila.Raja kena explain tu apa dia NOE kat u all..

Yang gambar berdua tu kol Netani from Fiji dan juga gambar kawan2 dan pegawai China serta port authorities. La ni lenggang sikit sebab ekonomi jatuh jadi tak banyak kargo. Di Malaysia dengar export dah down 15%?

Any news e mail lah. Kalau dapat line up new cab member ok jugak! Salam. jangan lupa pos gambar kat blog 21.

salam. jalal.
P/s kat sini depa call i Manan.

Email 2.
Ada juga gambar Kiah kat Olimpik village

Email 3 :
Assalamualaikum man bersama2 ni saya kepilkan gambar Kiah , jangan lupa masuk blog .
Salam. TQ

Email 4 :
Assalamualaikum man, tahniah dari kami berdua. Alhamdulilah. I balik end of Sep 09. Mungkin you ada pejabat kat tkt 5?
Salam.

Tuesday, April 7, 2009

JEMPUTAN REUNION TJT 20 & 21

*Sila klik di atas imej.

WARKAH DARI BEIJING

Daripada : Kol Jalal Manan

Assalamualaikum Saudara Lokman, bersama ni saya hantar gambar selepas makan malam di apartment saya di Beijing dengan kawan kawan ASEAN, fiji dan papua New guinea. bersama saya ada dua pegawai kanan yang sama sama kursus iaitu BG dato karim TUDM, Raja Ikram kenal sangat tu dan Lxmana Roslan ramli TLDM, yang lain2 tu kawan dari Cambodia, Laos, Vietnam, Mymmar, Indonesia, fiji dan papua. Singapore, Thailand dan philippine tak dapat hadir mereka ada jemputan di Embassy masing masing. kami pun selalu dapat undangan makan di embassy Malaysia.

Beritahu your bro, people first, people first and people first. Kedaulatan is meaningless without the people. state is responsible for the well being of the people and not the rejime in power. If state is for the rejime than the state will cease to exist. Remenber that.

There is no such thing as human right because it was coined by USA so that US can intervent into other state internal matters. We are to adopt " citizen right" within our parameter and the citizen right is the basic and qualitative right as humankind; unhuman behaviour such as gay, lesbian must not be accepted in our society.

Man bersama2 ni saya selitkan gambar semasa makan malam di apartment kami. tolong masuk dalam blog 21. tq