Wednesday, May 26, 2010

GILIRAN DR KENALI


Kolonel Dr Mohd Kenali Basiron - kini giliran dia pulak belanja lunch sempena pakai merah di kolar. Tapi makan tengah hari di sebuah restoran di kondo berhampiran Mindef hari ini hanya disertai empat skot termasuk Sheikh (bekas pegawai JLJ) yang kini jadi usahawan berjaya.
Kata Kenali ini baru pre-lunch. Nanti dia akan panggil ramai lagi kawan-kawan.
Bersembang dengan dia macam berada di bilik kuliah. Topik favouritenya psaikologi. Tapi sesekali kena jugak cucuk perut dia biar geli dan semua orang boleh ketawa.

Sunday, May 23, 2010

BOWLING PRE-REUNION

Jangan cemburu! Kerana lama sangat nak tunggu tarikh reunion yang dirancang, Fuad secara ad-hoc mengatur pre-reunion bersama keluarga untuk bermain bowling di IOI Mall, Puchong Jaya. Keluarga yang hadir Fuad, Lokman dan Razak yang datang kemudian dari Nilai.

Mereka enjoy walaupun yang datang hanya tiga keluarga. Harap-harap selepas ini lokasi akan bertukar ke tempat lain. Dengar cerita Romlee nak organise satu di Nilai atau Seremban. Dan Norkiah dan Jalal sudah tentu tak sabar nak organise di Wangsa Maju. Yang lain pula macam mana?





































































Dinner ayam penyet di Bandar Puteri, Puchong.

Nota : Maaf foto kurang memuaskan.






VERSI FUAD HAMZAH (BOWLING IOI MALL) - LEBIH TERANG!




VERSI FUAD HAMZAH (Ayam Penyet)




Lagi foto di blog poatgambreng.

Monday, May 3, 2010

FUAD HAMZAH - SOYAP YO!



Kerana terlalu lama sangat menghilang, kenalah letak foto dia dan famili kat sini. Foto di atas tu barisan pelapis Fuad dalam kereta yang dibelinya dari Poland.
Bila pula nak bawak kereta tu balik kampung?

GILIRAN DR KENALI

Dulu Kol Hassan Ali belanja skot di Bora Ombak Ampang selepas pakai pangkat Kolonel. Kol Dr Kenali pula bila ye? Tak kan dah tak ingat skot!

Tuesday, April 20, 2010

SIAPA NAK JAWAB?

Ramai skot sudah teruja dan menanti saat perjumpaan besar Jun ini. Masing-masing sudah merancang sesuatu. Tapi sehingga kini mereka masih tertunggu-tunggu dan bertanya sesama sendiri apa yang sudah dirancang oleh Jawatankuasa Induk ‘reunion’.

Mereka yang tinggal dipantai timur seperti Wan Kamil sudah bertanyakan skot lain jika ada yang memandu berseorangan ke Kuala Lumpur, boleh pergi bersamanya. Norkiah pula sudah mencadangkan sesuatu untuk diisi bagi mereka yang tidak bermain golf.

Skot lain malah sudah ada yang menawarkan diri untuk membantu jawatankuasa itu dari pelbagai segi – masa, tenaga dan kewangan.

Namun mereka yang menganggotai jawatankuasa itu sehingga kini turut tertanya-tanya, setakat mana progresnya perancangan yang sudah diatur.

Friday, April 2, 2010

BISIK-BISIK

Lepas ni kawan kita 'Kenali" lah diri anda sebelum anda "Kenali" orang lain - akan pakai merah di kolar. Tunggu dan tahniah Dr.

Thursday, April 1, 2010

AL-FATIHAH

Dimaklumkan anak bekas jurulatih kita, Lt Jen (B) Dato Ghaffir, Zarina kembali ke rahmatullah pada 0215 pagi tadi, disyaki akibat denggi.

Rumah : Jalan 3/5F, Bandar Baru Bangi