Friday, November 2, 2007

SETAKAT MEJAR PUN TAK APA...

Mejar Fuad dan Mejar Mohamad berkata dia menolak untuk mengikuti kursus di Maktab Pertahanan kerana sudah selesa dengan pangkat dan jawatan sekarang.

Walaupun ramai skot telah menyandang pangkat Lt Kol, Kolonel dan seorang Brig. Jeneral, perkara itu tidak menjadi soal bagi mereka.

Namun bagi sesetengah skot yang tertinggal pangkat, sekurang-kurangnya ada rasa 'inferiority complexs' dalam diri.

Tetapi ada juga skot yang menyandang jawatan penting tidak pernah lupa untuk memberi peluang kepada skot lain yang 'tertinggal keretapi' itu.

Bagaimanapun jika syarat kenaikan pangkat seperti wajid mengikuti kursus tidak dilaksanakan, skot tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu.