Saturday, May 7, 2011

MESS WIRA ANGKASA - 6 MEI 2011



Gader-gader Regular 21 malam tadi di Wisma Wira Angkasa, Pangkalan Udara Sungai Besi mempertemukan beberapa rakan skot. Walaupun kehadiran kurang daripada yang dijangkakan tetapi suasana masih meriah.

Kehadiran beberapa skot yang tidak pernah hadir pada perjumpaan sebelum ini membuat rakan-rakan lain teruja. Namun begitulah lumrah, ada yang tidak disangka, tiba-tiba hadir pada saat akhir. Ada yang berjanji untuk hadir tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielak.

Hanya dua sahaja daripada 'five ladies' yang hadir. Kek yang dipotong oleh Noorkiah dan Fadzlette ini adalah sumbangan Rozita yang tidak dapat hadir kerana suami menghadiri mesyuarat pada saat akhir. Norazaliah tidak hadir kerana bertugas manakala Norizam ada hal yang tidak dapat dielak.

Kemunculan Hanafiah ketika semua yang hadir sedang menikmati juadah, mengimbau nostalgia di RMC mengenai perkara yang sama sering berlaku. Zaki yang menjadi peserta paling akhir muncul juga mengamatkan suasana.

Ucapan-ucapan secara ad-hoc juga menyentuh hati semua yang hadir, ditambah dengan tayangan slide gambar-gambar lama yang tidak diduga. Cadangan Anandan supaya gathering seterusnya pada 16-17 Jun 2012 di perkarangan RMC mendapat persetujuan tidak berbelah bahagi.

Overall gader-gader malam tadi - ok. Tahniah dan terima kasih Lt Jen Dato' Ackbal Samad yang menghostkan majlis itu. Well done semua!

Wednesday, May 4, 2011

GADER2 DI MWA, PU KUALA LUMPUR

Setakad hari ini lebih 35 skot telah memberi pengesahan akan hadir pada majlis 6 Mei 2011 ini. Gader-gader yang dihostkan Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato Ackbal Samad (TUDM) itu dijangka meriah walaupun tiada acara khusus dirancang.

Menurut Penyelaras Gader2, Lt Kol Raja Ahmad Ikram, majlis santai akan bermula jam 2000 dan pakaian smart casual. Penyelaras bersama Mej (B) Norkiah berkata perjumpaan'reunion' TJT 21 kali ini akan disertai oleh kesemua kumpulan pertama 'Five Ladies' bersama suami masing-masing.

Jadi sesiapa skot yang tak hadir - rugi besar!

Thursday, March 17, 2011

JALAL DAN KIAH TERIMA MENANTU

Jalal dan Norkiah dapat menantu orang Kelantan. Turut bersama mereka skot kita Aminuddin dan Nasaruddin, kedua-duanya orang Kelantan. Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan 26 Mac ini di Wangsa Maju.

Monday, February 28, 2011

Thursday, February 24, 2011

JALAL DAN KIAH KAHWINKAN ANAK

Jalal (Kol Haji Jalaluddin Manan) dan Kiah (Mej (B) Hajah Noorkhiah) menjemput semua skot Regular 21 ke majlis perkahwinan putera mereka Mohd Redzuan Jalaluddin dengan Nurul Adlyn Mahadi pada :

Tarikh : 26 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 12:00 t/hari - 4:00 petang
Tempat : Dewan Masjid Usamah Bin Zaid, No 8, Jalan 2/27A, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Mereka berdua juga mengharapkan majlis itu sebagai medan reunion skot regular 21. Oleh itu sama-samalah kita hadir supaya kehadiran skot lebih ramai daripada majlis perkahwinan anak Harun Din.

Friday, February 18, 2011

TAHNIAH SKOT!

Tahniah kepada skot Regular 21, Md Din Abu (RRD) yang dinaikkan pangkat kepada Kolonel, Shahruddin (MP) yang dinaikkan pangkat kepada Leftenan Kolonel.

Kerabat Regular 21 juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada Dato' Ackbal Abdul Samad yang telah memakai pangkat Leftenan Jeneral (TUDM) dan memegang jawatan Panglima Operasi Udara, jawatan nombor tiga dalam TUDM.

Kenaikan pangkat anda menjadi sumber inspirasi kepada rakan skot yang lain untuk berkerja bersungguh-sungguh dan berdedikasi. Tahniah!

FACEBOOK REGULAR 21 SEMAKIN MERIAH


Wednesday, February 16, 2011

facebook REGULAR 21 RMC 1980-82

Skot Regular 21 yang mempunyai akaun facebook boleh 'add' sebagai ahli rangkaian group facebook "REGULAR 21 RMC 1980-82". Ia sebagai alternatif ruang sembang CBOX yang telah ditutup di blog ini. Kewujudan group berkenaan lebih sesuai dan lebih interaktif berbanding CBOX yang sering diceroboh.

Monday, February 14, 2011

PENUTUPAN CBOX

Adalah dimaklumkan saya terpaksa menutup cbox di blog ini bagi mengelak pencerobohan berterusan yang menimbulkan kesan tidak sihat di kalangan skot.

Bagaimanapun saya akan tetap mengemaskini blog ini jika mendapat sumber dan entri daripada rakan skot Regular 21.

Untuk tujuan berkomunikasi dan bersembang, semua skot digalakkan membuka akaun facebook dan 'add' rakan Regular 21. Ketika ini ramai skot Regular 21 telah sedia membina rangkaian berkenaan.

Kesulitan amat dikesali dan diharap 'penceroboh' berpuas hati dengan tindakan ini.

Wednesday, January 26, 2011

MESEJ DARIPADA SEORANG RAKAN

"saya baru nak sembang dgn skot2 kita krn dah lama mghilangkan diri. that why saya join our blog. tapi nampaknya ada sorang pengacau iaitu not. saya rasalah dia tu mmg skot kita. saya rasa dia tu kecewa dgn hidup, dengki dgn skot2 kita yg berjaya atau dia sakit jiwa sikit2. anyhow I m happy to be with u all again. looking forward for our next gathering.sampaikan salam saya pada yg lain2 skot kita."

Sunday, January 16, 2011

SALAM SKOT!


ORANGNYA HANDSOME BOLEHLAH TAHAN
ASALNYA DARI NEGERI KELANTAN
SEKARANG INI MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN
TAK LAMA LAGI AKAN JADI JUTAWAN (perasan)

KALAU SKOT DATANG KE NEGERI KELANTAN
JANGANLAH LUPA UNTUK DIKHABARKAN
NASI KERABU, NASI DAGANG DAN MACAM-MACAM
SEMUANYA AMBO AKAN BELANJAKAN

TEKA SIAPA SAYA??????

ISMET DAPAT GELARAN DATUK

Kenangan : Ismet menyambut ketibaan Presiden Timor Leste.

Skot Regular 21, Brig Jen Ismet Nayan Ismail, Panglima Bde Para dari Kem Terendak telah dianugerahkan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau menerimanya semalam (16 Januari 2011) di Alor Setar sempena ulang Tahun keputeraan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ke-83.

Anak Perak yang dilahirkan di Batu Gajah ini (emak orang Kuala Kangsar dan bapa orang Taiping) memang dari dulu menyerlah bintangnya dan pernah mendapat latihan di The Royal Military Academy Sandurst, bersama seorang lagi skot Regular 21, Kol Azmi Yusof. Ismet juga pernah mengetuai pasukan tentera pengaman Malaysia di Timor Leste.

Antara pegawai kanan tentera yang menerima anugerah semalam, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman yang masing-masing mendapat Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Tahniah Brig Jen Datuk Ismet.

(*Saya sempat menefon beliau semalam dari HAT, Kem Terendak)

PERINGATAN!

Kepada yang tidak berkenaan dan anda yang menggunakan ID yang sukar dikenali :

Dengan ini anda diLARANG dan diHARAMkan untuk membuat provokasi di ruang cbox blog ini. Perbuatan anda yang tidak beretika itu telah menjejaskan keharmonian dan interaksi mesra antara kami Regular 21.

Oleh itu diingatkan Regular21 tidak melayan sebarang provokasi dan memberi reaksi kepada mereka, melainkan jika mereka menggunakan ID nombor perkhidmatan yang diikuti dengan nama panggilan.

Terima kasih!

1654Lok.

Saturday, January 1, 2011

KAWAD PANJI-PANJI


(Foto : blog Razali Dollah)
Mungkin ramai yang masih terkenang dengan peristiwa bersejarah ini.

RANK HOLDER

Untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan dengan paparan foto sebelum ini yang lama tidak dikemaskini, diperturunkan foto tiga Rank Holder yang kini sudah berpangkat besar.

Sila tafsirkan gambar ini.