Sunday, January 16, 2011

ISMET DAPAT GELARAN DATUK

Kenangan : Ismet menyambut ketibaan Presiden Timor Leste.

Skot Regular 21, Brig Jen Ismet Nayan Ismail, Panglima Bde Para dari Kem Terendak telah dianugerahkan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau menerimanya semalam (16 Januari 2011) di Alor Setar sempena ulang Tahun keputeraan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ke-83.

Anak Perak yang dilahirkan di Batu Gajah ini (emak orang Kuala Kangsar dan bapa orang Taiping) memang dari dulu menyerlah bintangnya dan pernah mendapat latihan di The Royal Military Academy Sandurst, bersama seorang lagi skot Regular 21, Kol Azmi Yusof. Ismet juga pernah mengetuai pasukan tentera pengaman Malaysia di Timor Leste.

Antara pegawai kanan tentera yang menerima anugerah semalam, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman yang masing-masing mendapat Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Tahniah Brig Jen Datuk Ismet.

(*Saya sempat menefon beliau semalam dari HAT, Kem Terendak)

1 comment:

Masrani Paiman said...

Assalamualaikum,

Tahniah Dato' ... Semoga Allah SWT murahkan rezeki serta maju jaya.