Tuesday, September 30, 2008

SkoT!
SeLAMaT hARi rAYa, mAaF zAhIr bAtiN

Monday, September 22, 2008

REAKSI SKOT MENGENAI ALLAHYARHAM RSM MAT JO

Al-Fatihah. Jasanya mendidik kita tidak ternilai. semuga Allah SWT mencucuri rahmatNya kepada Allahyarham. Amin. Thanks for the info skot! - Brig Jen Masrani Paiman.

Thanks for the info. Sama-samalah doakan semuga rohnya dirahmati Allah SWT. - Lt Kol Md Din Abu

Al-Fatihah kepada Allahyarham, takziah kepada keluarga beliau, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT amin ya rahiim. - Mej Razali Dollah

Innalillahi wainnalillahirajiun. Alfatehah untuk bliau sekeluarga. - Lt Kol Fuad Hamzah (Poland)

Takziah kepada keluarga Allayarham. Sesungguhnya Allahyarham akan tetap dalam kenangan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan meletakkannya bersama orang yang beriman. - Lt Kol Raja Ahmad Ikram (TUDM)

Sunday, September 21, 2008

AL-FATIHAH BUAT ENCIK MAT JO

(Allahyarham Mat Jo. Foto : Mej Razali)

JITRA, 21 Sept -- Rejimen Sarjan Major (RSM) Pasukan Tentera Darat Malaysia yang pertama, Ahmad Mohd Alim atau lebih dikenali sebagai Pak Mat Jo meninggal dunia di Hospital Jitra hari ini.

Allahyarham Ahmad, 75, meninggal kira-kira 1.50 petang kerana sakit penat setelah dimasukkan ke hospital pada 11 pagi.

Isteri Allahyarham, Salbiah Salleh, 45, berkata suaminya telah mengadu mengalami kepenatan sebelum dibawa ke hospital.

Allahyarham menjadi RSM Tentera Darat Malaysia selama tiga tahun dari 1980 sehingga beliau bersara pada 1983.

Beliau juga merupakan RSM Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi selama 10 tahun dari 1970.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Manggis, di Yan Besar, kampung asalnya pagi esok.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd Johari Baharom dan Panglima Enam Briged Brig-Jen Fadzil Mokhtar turut menziarahi jenazah Allahyarham di rumahnya di Taman Bahagia, Jitra.
-Bernama