Friday, July 31, 2009

MD DIN MASUK IJN

Skot kita Lt Kol Md Din Abu akhir minggu lalu dimasukkan ke Pusat Perubatan Al-Islam Kampung Baru Kuala Lumpur, kerana mengalami masalah jantung.

Beliau kini telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak beberapa hari lalu.

Pada masa ini beliau ditempatkan di Wad Bunga Raya, tingkat 5.

Isnin ini beliau kemungkinan menjalani rawatan lanjut.