Kol Fadzlette akhirnya muncul daripada pertapaan. (sorry hihi..). Lette antara skot yang hadir pada majlis doa selamat di rumah Lokman. Selain fadzlette dan anak bujang sulongnya, skot yang hadir termasuk Fuad, Razak dan Shahruddin. Terima kasih semua.
Perkembangan terbaru, Fadzlette akan posting ke Mindef selepas kira-kira dua tahun dipinjamkan ke JPM.
Blog ini dikhususkan untuk skot-skot TJT 21 sebagai wadah komunikasi. Bekas pelatih-pelatih Tauliah Jangka Tetap pengambilan ke-21 (RMC 1980-1982) amat dialu-alukan untuk sering berkunjung.
Kewujudan blog ini sebagai rumusan pertemuan 'sembang-sembang' pada 2 September 2007 lalu di Mes Pegawai Jurutera Pakar, berhampiran Tugu Negara. Skot turut dialu-alukan menyumbang sebarang posting atau foto ke blog ini dengan menghantar email ke : lokmanhamidi@gmail.com.
Tiada penyuntingan dilakukan terhadap sebarang posting. Roger!
Kg Lembah, Penaga (rumah Harun Din) - 19 Disember 2009
Dewan Perdana Felda, KL - 10 September 2009
Restoran Rasa Sayang, Jalan Yap Kwan Seng, KL - 4 Jun 2008
Pernah dilatih di RMC. Dan pernah bekerja di Star Publications(M)Bhd. Kemudian menyertai
stesen TV swasta pertama negara selama 27 tahun termasuk tujuh tahun terakhir di TV9 sebagai Editor In-Chief. Namun segala maklumat dan pandangan di blog ini adalah bersifat peribadi dan di luar tahap professional.