Sumber Foto : Berita Harian Online
Skot kita, Kolonel Kamarul adalah orang terpenting dalam Kor Armor Diraja. Baru-baru ini beliau bersama-sama Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkfli Mohd Zain mengiring Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meninjau dan memandu uji enam buah kereta kebal PT-91M di Kem Armor, Gemas.
Kereta Kebal Utama (MBT) itu adalah antara 62 buah kereta kebal dengan pelbagai variasi serta peralatan sokongan logistik yang dibeli kerajaan hasil perjanjian dengan syarikat FTE Bumar Labedy bernilai RM1.4 bilion pada 11 April 2003.
PT-91M adalah kereta kebal yang dibangun dan dipertingkatkan semula daripada model T-72M1Z buatan Poland yang dirumuskan antara terbaik seumpamanya di rantau ini kerana mempunyai sistem canggih serta serba moden.
Selain dilengkapi sistem kawalan tembakan, PT-91M turut dilengkapkan sistem automotif, sistem persenjataan dan navigasi, sistem pengurusan tempur, sistem amaran laser dan sistem komunikasi yang canggih.
Baki kereta kebal itu masih dalam proses pembinaan di Poland, termasuk kenderaan sokongan seperti kenderaan sokongan jambatan, pembaik pulih dan kejuruteraan yang dijadual siap dan diterima pada tahun depan.
Sebagaimana yang diketahui, seorang lagi skot kita dari JLJ, Lt Kol Fuad Hamzah masih berada di Poland untuk tugasan khas itu.
No comments:
Post a Comment