Sunday, December 30, 2007

DATUK ACKBAL MAHU BELAJAR GUNA BLOG

Brig Jen. Datuk Ackbal Samad (TUDM) yang pertama kali muncul di Blog Regular 21 ini meminta bantuan skot untuk memahirkan beliau menggunakan blog.

Beliau tahu, cuma tiada masa untuk menggunakannya. Sebagai orang yang 'fast learner' kita yakin Datuk Ackbal akan mempunyai blognya sendiri selepas ini.

Kepada skot yang ingin membantu sila emailkan kepada beliau di alamat norack@tm.net.my

Sementara itu, awal minggu lalu seorang lagi skot daripada TUDM, Mejar Nasir menghubungi saya selepas lebih 27 tahun tiada 'contact' dan mendengar khabar berita.

Beliau kini berada di Pangkalan Udara Sungai Besi.

Tuesday, December 4, 2007

KOL ISMET NAYAN ANTARA YANG MENGIRINGI JENAZAH RENJER SITI HAJAR

Jenazah Allahyarham Renjer Siti Hajar Yakub, 24, yang maut ketika menjalani latihan payung terjun untuk pertunjukan Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (Lima 2007) kelmarin, selamat dikebumikan di kampung halamannya, di Masjid Tanah, awal pagi semalam.

............Selain ahli keluarga, turut mengiringi jenazah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lendu, Datuk Abd Haziz Abd Gani dan Timbalan Panglima 10 Briged Para Kem Terendak, Kolonel Ismet Nayan Ismail.................

(Sumber : Berita Harian)

Monday, December 3, 2007

KOL KAMARUL IRINGI AGONG PANDU UJI PT-91M

Kol Kamarul (kanan sekali) bersama-sama Tunku Mizan dan Lt Jen Datuk Zulkfli (tiga dari kiri)
Sumber Foto : Berita Harian Online

Skot kita, Kolonel Kamarul adalah orang terpenting dalam Kor Armor Diraja. Baru-baru ini beliau bersama-sama Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkfli Mohd Zain mengiring Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meninjau dan memandu uji enam buah kereta kebal PT-91M di Kem Armor, Gemas.

Kereta Kebal Utama (MBT) itu adalah antara 62 buah kereta kebal dengan pelbagai variasi serta peralatan sokongan logistik yang dibeli kerajaan hasil perjanjian dengan syarikat FTE Bumar Labedy bernilai RM1.4 bilion pada 11 April 2003.


PT-91M adalah kereta kebal yang dibangun dan dipertingkatkan semula daripada model T-72M1Z buatan Poland yang dirumuskan antara terbaik seumpamanya di rantau ini kerana mempunyai sistem canggih serta serba moden.

Selain dilengkapi sistem kawalan tembakan, PT-91M turut dilengkapkan sistem automotif, sistem persenjataan dan navigasi, sistem pengurusan tempur, sistem amaran laser dan sistem komunikasi yang canggih.

Baki kereta kebal itu masih dalam proses pembinaan di Poland, termasuk kenderaan sokongan seperti kenderaan sokongan jambatan, pembaik pulih dan kejuruteraan yang dijadual siap dan diterima pada tahun depan.

Sebagaimana yang diketahui, seorang lagi skot kita dari JLJ, Lt Kol Fuad Hamzah masih berada di Poland untuk tugasan khas itu.

KERJA KERANA ALLAH - PESAN BRIG. JEN. MASRANI

Selepas melakukan entry di bawah saya baru berpeluang membuka email kerana baru pulang dari luar daerah. Berikut email yang dihantar oleh Brig. Jen. Masrani bertarikh 30 November 2007 untuk skot Regular 21. Semuga kita mengambil pengajaran daripada pesan beliau dan mendoakan kejayaannya.

Assalamualaikum Skot,

Saya akan ke Kota Kinabalu – command 5 Brigade. 24 Nov lalu dipakaikan pangkat dan tarikh kuasa 2 Okt 2007. Saya akan ke Kota Kinabalu pada 9 Dis untuk hadiri upacara serah terima tugas. Balik semula ke KL pada 12 Dis dan seterusnya akan ke KK dijangka selepas Krismas. Bila ke KK – please contact me skot. Semoga TJT 21 merupakan intake yang cemerlang – walaupun ada yang masih tercicir – tapi bila skot-skot telah berada di right position – then I believed something significant is going to happen to those left behind. Cuma yang penting – kerja kerana Allah, sabar, tekun, profesional, banyak doa – dan kenaikan pangkat ni Allah saja yang menentukan.

WHENEVER GOD ANSWER YOUR PRAY, GOD WANT TO STRENGTHEN YOUR FAITH,
IF GOD DELAY YOUR PRAY, GOD WOULD LIKE TO INCREASE YOUR PATIENT,
HOWEVER, IF GOD DOESN’T ANSWER YOUR PRAY AT ALL, THEN GOD HAS BETTER PLAN FOR YOU.

Doakan saya berjaya memerintah 5 Bgd.

Thanks for your support

Regards,

Brig Jen Masrani bin Paiman

MASRANI KINI PANGLIMA BRIGED

Skot kita Masrani Paiman kini telah ditukarkan ke Kota Kinabalu dan memegang jawatan Panglima Briged. Beliau yang menghubungi saya tidak memberitahu jawatan dan pangkat yang disandang tetapi sekadar menyatakan telah ditukarkan ke KK dan menjaga Briged.

Tahniah Brig. Jen. Masrani! Bertambahlah lagi skot kita yang memakai bintang di bahu selepas Brig. Jen. Datuk Ackbal Samad (TUDM).

Jeneral Masrani memberitahu alumni Regular 21 kini dipengerusikan oleh Kolonel Kamarul, yang juga Pengerusi Kor Armor Diraja. Beliau berpesan apa juga aktiviti Regular 21 yang dilakukan di semenanjung supaya dapat juga dimaklumkan kepadanya. Sekali lagi tahniah!

p/s : Dapatlah kiranya Jen. Masrani emailkan foto uniform terbaru dengan bintang di bahu.