Monday, June 30, 2008

SIAPAKAH GERANGAN 'LADY OFFICER' INI?

Setelah mempunyai masa membelek-belek album lama, maka terjumpalah saya akan tiga foto di bawah ini. Fota seorang pegawai tentera wanita yang seiras dengan kebanyakan anggota tentera wanita dari Pakistan. Pegawai tentera berpangkat Kapt itu (sekarang Kolonel) mengiiringi saya dan teman-teman lain ke Batambang, Kemboja.

Tujuan ke sana untuk meninjau pasukan Malbat di bawah panji-panji PBB yang sedang berkhidmat bagi memastikan keamanan, di negara yang baru melepasi zaman sengketa. Turut dalam rombongan kami, Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Di Batambang dan Phnom Penh, kami turut bersua dengan beberapa skot lain antaranya Kapt. Md Din Abu (sekarang Lt Kol) dan Kapt Yew (sekarang mendiang).

Seingat saya, Kapt wanita yang sama skot itu masih menyusukan anaknya yang ketiga (baru lepas pantang) ketika kami sama-sama ke Kemboja ketika itu.

Soalan : Siapakah pegawai wanita yang dimaksudkan itu?


-Lok1654

Saturday, June 28, 2008

SEMUA SKOT DI UTARA DAH NAK KHATAM

Assalamualaikum,

Lt Kol Tayazi akan mula bekerja di Markas Pemerintahan Lojistik (MPL) Mindef mulai 2hb.Jul, 2008 ini. Dia dah khatam di UUM, jadi saya tak adalah partner nak main golf kat UUM ni.

Lt Kol Zulkifli pula akan khatam dalam 2/3 minggu lagi. Lepas tu akan ke KL jugak tapi belum tau lagi nak attach kat mana.

- Kiriman Mej(B) Fauzi Abdullah

Friday, June 20, 2008

TAHUN PERTAMA DI POLAND - EPISOD EMPAT

Oleh : Lt Kol Fuad Hamzah

Maka pada tanggal 3 Dis 2003 bermulalah kehidupan kami sekeluarga bersama-sama lapan lagi keluarga seangkatan bersenjata dgn kami di negara Poland, 45 manusia semuanye. Yang tua yang muda yang kecil yang besar semua ada. Rumah antara kami berselerak di sekitar lingkungan 5km antara satu sama lain di bandar KRAKOW. Ada yang dok bungalow, semi detached atau apartment.

Almaklum sajalah musim salju ketika itu, setiap detik yang berlalu ditempuhi dgn pengalaman dan pengetahuan yg baru bermula dari buka mata sampai tutup mata waima mengigaupun benda yang baru. Semuanye melucukan tapi menyeronokan. Hatta nak menggunakan peralatan elektrik pun dh jadi tak pandai tiada lain kerana insrtuction dalam bahasa dia, buka TV bahasa dia, semua bahasa dialah. Ada tak de main hemtam and tengok gambar je.

Hari-hari pertama di rumah dihabiskan dgn memahami sistem yg ada dalam rumah, apinye, gasnye, letriknye. Macamaana nak guna, nak maintain, nak set dan macam lagi yang sewaktu dengannye. Susah upanye dok kat tempat yang semacam ni. Kemudian pelahan-pelahan belajar cara berpakaian. Jenis yang macamana, bahagian mana yng wajib tutup utk tidak sakit, bila boleh kuar, apa persiapan nak kuar. Adapuan pada mula tu berpakaian pun macam serba tak kena macam Bangla kat Nilai lah gamaknye, kekok and tak kena sokmo.

Gambar bekelananye seorang perwira di Poland he he

Ketika itu, cuaca memang agak tidak berapa elok. Salji turun tak berhenti, suhu jatuh sehingga -15oC, ada ketika sehingga -25oC. Matahari tak kelihatan, angin bertiup kencang. Tambah lak kenderaan tak de, kenalan tak de, cakap depa tak pandai, muka yang macam kite pun tak pernah ada kat Krakow ni.

Setiap masa jadi perhatian, macam kite tengok Bangla pakai lengan panjang dengan selipar, punyalah pelek depa ni tengok kami. Container makanan belom sampai. Nak naik bas tak pandai, apatah lagi nak tanya mana nak pegi.

Nak panggil teksi pun susah. Ada no tapi depa bantai cakap Poland. Puaslah bercakap sama-sama tak faham. Tiba kat TESCO, puas lah membelek makanan yang boleh dimakan.

Bandingkan harga. Mak ai mahalnye. Mujur exchange rate masa tu 1RM=1ZLOTY, cepatlah wat kira-kira. Yang murah cuma kobis bulat and keras macam bola bowling, 1RM sebiji. Yang lain want to talk also lazy. Alangkah bagusnye kalau cuma makan rumput je. Kembong perut pun dok atas bara dah ok. Yang seronok bebudak, dah naik biru muka baru masuk rumah.

Gambar dgn Anak Bungsu yang Confuse Tengok Salji

Minggu pertama dan kedua, kami sibuk menguruskan sekolah anak-anak di British International School of Cracow (BISC). Sekolah kecil, menyewa bangunan di bandar KRAKOW, murid sekitar 100 orang macam2 jenis manusia. Kemasukan anak-anak kami seramai 25 org pada masa tu menjadikan mereka majority kat sekolah.

Depa pun first time mendapat murid muslim. Biasalah kite minta tandas ada tempat cebuk, tempat wuduk, bilik sembahyang dan lain-lain keperluan melayu islam. Bagusnye depa layan semua. Yang tak bagusnye bebudak ni tak gunakan sebetulnye. Heranlah plak depa. Kena mejawab lah plak kami kat depa.

Yuran sekolah sebulan RM5,000.00. Ummak ai. Mujur Kerajaan tanggung 85%. Kami bayar 15%. Ada 4 anak dekat RM3,000.00 gak sebulan. Anak-anak hari-hari pertama confuse like hell. Semua org cakap ompituh, depa masih tak leh nak sebut walaupun faham. Kesian lak dalam hati.

Tapi kata2 cikgu besar menyenangkan hati. 3 atau 4 bulan mesti mereka boleh bertutur terutama anak-anak tadika dan darjah 1. Macam tak percaya. Tapi itulah hakikatnye. Dah tak nak cakap melayu lak depa ni. Nak gi sekolah pun masalah gak, nak naik apa ni, macamana nih. Mujur ada tuan tumah yang sanggup hantar dan carikan member lain (yang tak keras kepala lah) untuk hantar bebudak ni dengan bayaran satu kepala 10.00 RM sehari. Ummak ai. Ada 4 anak RM40.00 sehari, sebulan RM800.00. Hantam gak lah janji anak-anak sampai dan balik dgn selamat.

Gambar anak ke sekolah dgn Van

Dalam bulan pertama banyak masa dihabiskan menokok tambah peralatan dan pakaian yang tak cukup. Harga lazy to say lah. Makanan jadi masalah utama. Daging halal tak de, dok belasah ikan depa semata, naik buntang biji mata, sayur pun sayor depa je yang ada. Kat pasar nak bertanya tak pandai, masalah bahasa lagi. Sikit punya susah ke nak tanya kat mana ada jual ayam ke lembu ke kambing ke yang hidup kami nak sembelih. Macam-macam gaya dibuat didemo tak faham gak depa ni pun.

Entah macamana satu hari terjumpa orang jual ayam telo dah expired. Oder kat dia seorang 3 ekor. Balik sembelih, campak dalam salji, 20 minit kmdian cari tak jumpa. Dah le malam. Esok siang cari baru jumpa. Rebus guna pressure cooker pun tak berapa nak empok. Hantamlah janji ayam. 3 ekor tahanlah seminggu. Tapi puas lak mencari rempah ratusnye. Jumpa tapi tak cukup, kira oklah gak. Macam tulah setiap hari. Tapi masalah bahasa menjadikan inisiatif kami terbantut, jadi malas tapi kena wat gak. Alon alon asal kelakon.

Adapun setelah dua bulan agaknye berkeadaan begitu dan sebahagian masalah kat umah dan sekolah anak-anak dah selesai barulah kami pergi kerja. Bukan dekat, 150km dari rumah, kuar gelap balik gelap. Kite sambung nanti ekkkkk.

Sampai ketemu lagi mas. Salam dari Poland

Thursday, June 19, 2008

USAHA MINTA FUAD SAMBUNG CERITA BERHASIL - RAJA IKRAM

Assalamualaikum, skot.

Saya baru saja membuka bog kita. Nampaknya usaha kita mendapatkan Fuad menyambung ceritanya telah berhasil. Tapi, biasalah dia tu, cerita macam orang puisi. Perkataan yang dia gunakan pun ada yang tak difaham. Coretan Razali Cat pun agak melucukan. Habis cerita kita malam tu direkodkannya.

Saya ada bertemu dengan Hasan Ali minggu lepas sebab nak koord mesyuarat untuk menubuhkan grup gerak khas dalam Mks Angkatan Bersama. Dia kata dia tak tahu pasal gathering kita pada malam tu. Kalau dia tahu tentu dia akan join katanya, sebab dia duduk di Mes MINDEF dan biasanya free waktu malam. Tempat kita berjumpa malam tu juga adalah tempat regular dia melepak.

So, lain kali dia mintak kita call dia juga. Ok. Itu saja dari saya buat kali ini.

Hidup TJT 21!

Wednesday, June 18, 2008

EPISOD TIGA - POLAND OH POLAND

Oleh : Lt Kol Fuad Hamzah

Adapun tinggal di negara yang bernama Poland ni, memang menyeronokan kekadang memelikkan gak. Setiap masa yang berlalu tiadalah lain yang diperolehi melainkan pengamalan dan pemgalaman yang baru.

Apapun sesuatu yang pasti Poland adalah sebuah negara yang jauh lebih tua dari Bolehland, pernah berada dibawah Russian influence for decades, pernah beberapa kali terhimpit dalam peperangan kiri dan kanan antara Russia dan German, berjuta Polish berada di luar Poland mencari kehidupan baru dan jangan lupa Pop John Paul II adalah dari Poland.

Maka, kerana sejarah lalu orang Poland adalah merupakan orang yang punya banyak pengalaman pahit maung yang diterjemahkan kepada sistem kenegaraan, perhubungan sosial, dasar ekonomi dan keperibadian orang Poland itu sendiri pada masa ini.

Apapun semua ni adalah dari pandangan peribadi ana sendiri yang bermastautin di Poland lebih 4 tahun yang lalu.

Kalau ana teruskan gaya crite macam tu harus macam belajar sejarah lak. Ana fikir lebih baik ana coretkan sesuatu yang ana rasa ONLY IN POLAND je. Mungkin gak berlaku kat negara lain tapi bagi ana yg ini ana alami di Poland je.
1. Adapun orang Poland lebih berhati2 bila berhubung dengan orang waima sesama depa pun. Depa tak take matters for granted. Sebelum kata yes or no depa akan pastikan depa benar2 faham apa yang depa bincangkan. So, jangan giveup kalau depa banyak bertanya atau macam tak percaya kat kite.
2. Dalam membuat kerja depa percaya kepada procedures yang bertulis bukan yang main cakap-cakap je. So, jangan pelik kalau nak wat apa2 dgn depa, depa nak benda-benda tu.
3. Dibandingkan dengan orang barat yang lain, ana rasa orang Poland ni lebih percaya kepada agama. Bila hari Ahad masih ramai yang muda2 gi gereja samada yang kat bandar atau kat kg. Yang tua tu usah crite lah. Gereja bersepah-sepah kat mana2 pun.
4. Budi bahasa orang yang berada dikaunter tak leh lawan orang Bolehland. Ucapan selamat sejahtera, terima kasih dan jumpa lagi macam sesuatu yang wajib diucapkan pada customer. Mungkin ini cara orang Barat bukan Poland je la. Tapi probemnye orang yang berurusan kat counter banyak sangat soalan, tak berenti bercakap. Setengah jam berurusan seorang tu biasa. Entah apa yang dicakapkan. Dan pulak, kalau ada banyak kaunter, depa queue dlm satu barisan je walaupun tak de tanda. So, janganlah tengok kaunter tak de orang baris trus kedepan, mesti kena sound lah jawabnye. Kalau ada kerusi depa tak berbaris pun tapi dok kat kerusi. So kena tanya lah sapa orang terakhir. Masalahnye nak tanya tak pandai lak. So, cakap melayu and bahasa isyarat lah jawabnye. Depa faham alsoooooooooo.
5. Berurusan di Bank lak
- Kalau kite tak de kerja, kite tak leh buka akaun. So, bini-bini kena simpan duit bawah bantal lah.
- Kite tak leh masukkan apatah lagi keluarkan duit dari akaun orang lain kecuali kite ada ATM card orang tu. So, nak suruh driver masukan duit tak de harapan lah yob. Sebab semua urusan dengan bank dimulakan dengan sreeeet ATM card. Isi borang macam kite tak main.
- Interest yang kite dapat tiap bulan pun kena tax gak.
6. Memandu di Poland.
- Pandu sebelah kiri. Kat bandar tram ada priority. Kalau kite kat belakang tram n tram berhenti kite kena berenti sehinggalah pintu tram tertutup semula baru kite boleh jalan semula untuk memotong atau dok bersebelahan dgn tram tu kalau kat traffic light ke.
- Kena perati sign board samada kita memandu atas main road atau tak. Tak semestinya jalan besar je main road, jalan kecik pun ada yang jadi main road. Sebab kat persimpangan, main road ada priority. Tambah lak simpang kat selekoh (jarang sangat kat Bolehland ada simpang macam ni). Kalau kite tak tau samada kite tak main road ke dak, mulalah kite akan jalan terus je yang sepetutnye kite kena berenti atau kite berenti yg sepatutnye kite kena jalan. Banyak kali kena hon and nak accident yob.
- Kekadang org Poland ni bab bagi laluan cukup klas terutama orang nak keluar masuk main road. Depa sanggup berenti kat main road waima kat roundabout utk bagi laluan kat orang. Tak ke haru. Cara ni kekadang lebih effektif dari ada trafik light and tak perlu polis. Yang best nye tu bila org dah bagi laluan, kite akan bagi hazard light sikit sebagai tanda terima kasih. Eh seronok yob.
- Depa ni plak kalau memandu akan pertahankan hak depa. Kalau depa betul boleh singsing lengan and depa tak pedulilah. Sebab tu byk berlaku accident ditempat yang tak munasabah. Lepas bayar tol pun boleh accident, bayangkan.
- Memandu kat highway memang laju depa ni walaupun speed limit 130kmj. Kalau setakat bawa 130kmj memang kena potong dgn trailer lah jwbnye. Average speed kat highway 150 to 160kmj lah kami pun.
- Pandu sebelah kiri. Tu tak pelah. Yang tak sedapnye tu right hand drive veh tak leh register kat Poland. Kereta continental murah lak tu. Putih mata yob.
7. Bahasa dan Tulisan – Poland ada bahasa sendiri lebih kurang sama dgn bahasa Russia, Ukarine, Slovakia dan jiran2 bersebelahan yang lain lah dan depa ada tulisan sendiri yang sama dgn tulisan rumi tapi ada tambahan 6 abjad lagi kot. Perkataan depa panjang-panjang, average satu perkataan 5 suku kata kot. Yang dekat 10 suku \kata pun ada. Antara bahasa depa yang terbalik dari orang and bahasa kite adalah TAK maknanye YE, NO naknanye AHAH, TAKSAMO maknanye SAMA. Amacam?

Sampai ketemu lagi mas. Salam dari Poland

Sunday, June 15, 2008

FROM POLAND WITH LOVE - DIVERSION EPISODE

(Akhirnya muncul kembali!)
Oleh : Fuad Hamzah

Adapun tiadalah yang lebih mengasyikkan melainkan membaca dan mentelaah luahan kutukan dari rakan dan taulan sejak berminggu yang lalu.

Namun tiadalah yang hamba buat melainkan ketawa sendirian mengenangkan rakan taulan yang tak putus-putus nafas mencari bahan kutukan untuk dilontarkan kepada rakan taulan biar bertelor dahi yang dah nak terang, biar tersentak dari pertapaan, biar bertepok tak sebelah tangan.

Mana tau kutukan akan jadi ketukan yang membangkitkan polan yang terkutuk dari lamunan, dari pertapaan agar meriah gelanggang pertarungan walau sekadar mengimbas kenangan silam. Walaupun pelbagai kaedah dan cara yang dilontarkan namun tindakbalas dari yang terkutuk nampaknya tiadalah berbekas gamaknya.

Depa seakan redha dan terus membisu.
Mungkin kerana depa lebih suka ketawa sendirian dari ketawa bersama.
Mungkin depa lebih suka membaca tulisan dari menulis coretan.
Mungkin kemaluan depa mengatasi segala-galanya yang ada pada depa lantaran lama tak bergurau senda dgn rakan taulan.

Justeru depa dak tak reti kat mana dan bagaimana nak memulakan kata.
Tak mungkin depa kata rakan taulan yang sama-sama berPT hijau dah bukan kawan lagi.
Tak mungkin depa kata imbasan serupa ini kebudak-budakan.
Tak mungkin depa kata bersuratan seperti ini hanya wasting my bloody f**** time.
Tak mungkin depa kata depa tak punya lagi masa yang terluang utk taulan yang sama-sama berPT hijau ni.
Tak mungkin depa kata darjat depa akan terjejas bila berinteraksi seperti ini.
Tak mungkin depa kata boleh jalanlah Regular 21.
Tak mungkin depa kata entah apa-apa lah kengkawan aku ni.
Tak mungkin depa kata korang carryon lah.
Tak mungkin depa kata hampa ni lain kije tak dak ka.

Sebab kite kenal depa luar dalam kecuali dalam seluar dan seluar dalam.
Sebab kite tau depa memang kawan sejati kite macam kuku dengan chagu.
Sebab kite pasti kite tak bersengketa dengan depa.
Sebab kite rasa depa pun rindu kat kite macam kite rindu kat depa.
Sebab kite gerenti depa pun sering berintenet macam kite.
Sebab kite anggap depa semua sedare kite begitu jugak depa pada kite.
Sebab kite percaya depa tidak akan melupakan kite macam gak kite.

Yang pastinye depa masih berkira-kira untuk memecahkan ruyung agaknye.
Yang pastinye depa masih mendiamkan diri macam anak dara mendapat pinangan gamaknya.
Yang pastinye depa masih lagi berada jauh dari kite.
Yang pastinye satu hari nanti, bila ruyung telah dipecah, bila pinangan sudah diterima, bila seru sudah tiba, depa akan turun gelanggang. Barulah nanti kite dapat lihat siapa yang bukak langkah seribu.

Apapun sahabat, kite perlu terus berjuang untuk membolehkan ruang ini menjadi ruang interaksi antara kite.

Alon-alon asal kelakon, juga Fighter never quit and quitter never fight hehehehehehehehehehehehe

Friday, June 13, 2008

BERSEMBANG SAMPAI JAM 3:30 PAGI (2)

Oleh : Razali Chedollah

Setelah semua ambil tempat dan secara tak resmi raja ikram terlantik jadi pengerusi. agenda spt berikut. (bahasa, spelling, susunan serta staf duti tuan2 edit sendirilaa. - tak payah)
1. Perkara satu-semasa
a. Status tindak balas skot tjt21 terhadap blog regular 21 dimana hanya beberapa kerat sahaja yg join dan ada yg dah join tapi menghilang diri terus absent/AWOL tanpa khabar berita mungkin hidup ataupun mati.keputusannya.pada yg tahu kewujudan blog,kita bagi opsyen iaitu dia kena join lah kalau sibok sekali pun atau tak join tapi pakai proksi pun kira ok gak.atau tak join langsung(tak ambil tau)atau ambil tahu dlm diam atau silent majority.walau bagaimana terima kasih banyak 2 pada yg sudi berkunjung.kalau tanpa tuan2 semua siapalah kita.pada yg tak tahu ttg blog itu tak bolehlah den nak menolongnya.
b. Reunion. Jika boleh tahun ini diadakan sekali.keputusan.tiada.
c. From Poland with love.cerita terhenti setakat 2 siri shj dari 18 siri.keputusan.mana lagi 16 siri tu skot.nak hantar tak nak hantar.kalau tak nak hantar kita tutup saja siri tersebut atau kita rayu supaya dihidupkan kembali dan diberi nafas baru dan nama baru.(ini aku yg cakap ni bukan yg lain).rayu pun dah banyak kali rayu jadi kena guna cara lain.kena buat jejak kasih dll kat sana.(aik aku pulak naik minyak ni-gurau saja fuad oii-jangan marah kena jual)
d. Memantapkan lagi blog masing2. Blogger kena kerja keras lagi.keputusan.teruskan usaha tanpa kenal jemu atau terus terpadam ditengah jalan.
e. Pemantapan pendidikan anak2.ini khas kpd yg hadir shj.keputusan.hantar lah tuisyen dll galakan.
f. kedudukan anak masing2.raja ikram 5 anak.fauzi 2.lokman 6 dan razali 3.keputusan.ambil maklun shj.
2. Perkara dua -yg lepas.
a. Aktiviti masa mess nite tjt21.tertumpu kpd kegagalan membawa pasangan dan ada yg dah bawa tapi tak bercakap langsung selepas majlis.ini kira betul2 guna khidmat yg wajib shj.keputusan.muklumat shj.
b. Sword berier.kapt lufti jlatih kedet.raja telah organize dgn jayanya.keputusan sama spt diatas.
c. Kesulitan raja ikram dlm memimpin sp coy.walau bagaimanapun beliau telah dapat mengambil amanah tersebut sehingga Berjaya jadi johan.acara terakhir ialah pertandingan kawad dimana mej ishak wodi sendiri memberi tahniah peribadi selepas menang kawad.tapi sebelum itu beliau dikepit kepala dulu oleh mej ishak wodi(cara kepit kena Tanya raja ikram dulu sebab kita shj Nampak dia tunjuk demo tsb)dan macam2 lagilah cabaran2nak sebut pun banyak.keputusan.telah berlaku jadi tak boleh buat apa2 lagi.
d. Ketiadaan kedet co bagi tjt21 tidak spt mana tjt20 ada kedet co.sebab apa berlaku demikian tak dapat dijelaskan.keputusan maklumat shj.
e. Kematian skot yew jutra.masih tak dapat dipastikan tahun berapa dia meninggal kerana fauzi yg satu kor dgn dia cakap tahun kurang lebih 1996.lokman dan aku bilang tahun 1990.raja pun cakap mungkin 1990.keputusan.tak payah pening2 fikir sebab orang sudah lama meninggal jangan diganggu ketenteraman beliau lagi pun kita tak boleh buat apa2 dah.
f. 4 kedet utm yg menumpang tauliah dgn tjt21.difahamkan 4 shj tapi lokman dan fauzi cakap ada sorang lagi iaitu sharuddin yg drop kat port sea join juga.keputusan.depa bukan alumni tjt21 jadi ambil maklum saja.

3. Perkara tiga. Lain2 hal.
a. Fauzi bertinju.kalau tak silap lawan dgn sofian.mula2 sebelum kena penumbuk sulong memang takut,tapi bila dak kena geram pula dan tak sakit lagi.keputusan.kalau hendak bertinju training betul2 tapi rasanya skot2 dah terlewat nak bertinju lagi.
b. Cerita pasal latihan.kurang ingat sebab babak dah lama berlaku.keputusan.ambil maklum.
c. Pasal satay.ada juga disebut sapa jual satay dan berapa kekerapan menjual.keputusan.mungkin 2 kali seminggu.aku pun selalu beli siap bungkus dlm plastic dan makan dlm bilik.
d. Kantin.siapa kakitangan kurang ingat.tapi yg pasti dia orang tidor kat dalam.keputusan.cuba tuan2 ingat2 cara tuan2 sendirilaa.
e. Cerita pasal aku jumpa skot ackbal.aku pun kena bagi taklimat ringkas ttg duduk perkara.keputusan.kalau perlu kita pakat gi serbu rumah beliau bila ada masa sesuai.nak bagi warning dulu atau tidak belum diputuskan.
f. Raja ikram jemput pergi rumah.keputusan. ambil maklum

Banyak lagi perkara2 disembangkan tetapi itulah saja yg difikirkan sesuai. dimaklumkan makan minum malam itu disempurnakan oleh skot lokman, jadi terima kasih banyak pada beliau. maka sembang2 pun ditangguhkan kelain hari, masa dan tempat dimaklum kemudian jika panjang umur.

Friday, June 6, 2008

MOHD KENALI TERBANGUN BILA DISEBUT "kenalilah diri kamu..."

(Ikuti sebahagian coretan Lt Kol Mohd Tayazi)

.............Selain latihan ketenteraan kami juga perlu menduduki peperiksaan HSC (sekarang diploma pengurusan dan Ijazah bagi Uni. Pertahanan), tetapi kepentingan akademik kurang diberi penekanan.

Kami juga kalau dah letih masuk kelas ramai yang buta daripada yang celik (kun/tidur). Begitu juga kalau ke kelas masa junior kena berlari dalam kumpulan dengan lari bertongkat, bawa briefcase dan ditambah pulak lepas makan.

Bila jadi senior bolehlah berjalan dalam kumpulan. Peristiwa skot bernama Kenali yang tepingga-pinga bangun bila Kol Munir (di Dewan Templar) menyebut "kenalilah diri kamu......" dalam ucapannya menyebabkan skot yg terkun kot, bingkas bangun berdiri dan menyebabkan Kol Munir memarahi beliau kerana kurang sopan bangun apabila beliau berucap. Apa lagi kena berlari keliling square le...........
(Nota : Rasanya nama pegawai tu bukan Kol Munir tapi Kol Mohamad Munip - komandan. Untuk ikuti coretan penuh Tayazi sila ke blognya melalui pautan 'LINK' di sebelah)

SKOT RINDU CERITA DARI POLAND



Setelah dijanjikan dengan 18 episod cerita dari Poland, skot-skot tertanya-tanya untuk episod seterusnya sesudah menatap dua episod yang dikirimkan.

Ramai yang mencari dan tertunggu-tunggu cerita selanjutnya. Kemanakah menghilangnya skot kita Lt Kol Fuad Hamzah? Dan semasa kami bersembang di Jalan Yap Kwan Seng, Raja Ikram ada bercerita mengenai anaknya yang bertanya, "apa itu MIA?"

Dan diharap MIA tidak berlaku kepada Fuad. Orang-orang di Poland juga pernah berkata kepada Fuad, "alon-alon asal kelakon!!!!

GILIRAN RAZALI PROMO BLOG UNTUK SKOT



alhamdulillah spt dijanjikan, dipaparkan laman blog yg tidak sptnya ini yg baru lepas disolek, dibedak dan digincukan. maklumlah nak bagi cantik sebab ada jerawat,jeragat dan panau sana sini nak bagi hilang,tapi tak cantik2 juga.

pada skot2 yg sudi luangkan masa singgah terutama yg sibuk hingga tak terkawal diucapkan manyak2 tima kasih. jadi wa yg kurang sibuk ni inginlah menyumbang serba sedikit. laman itu dialamat http://tauliahjangkatetap21.blogspot.com/

dlm laman tersebut skot2 bolehlaa pergi kelink warga2 lain yg difikirkan perlu. kalau ada komen2 yg membina tu bolehlah skot campakkan dlm cbox yg disediakan. kalau bukan skot sapa lagi yg boleh bantu dan bagi sokongan moral.

khas untuk fuad dan bung wa mintak maaf laa sebab potong kiu ni. lepas ni wa nak tengok demo dua orang ni memaparkan blog depa pula.

lagi satu wa ingin ucapkan manyak2 tima kasih pada semua yg ajar wa masukkan cbox, counter dan kalender terutama pd lok/fauzi.

tak lupa juga keluarga yg memahami atas sedikit sebanyak masa yg ditumpukan keatas blog2 ini. jika ada apa2 kekurangan maaf jua dipinta.

akhir sekali didoakan semoga allah swt mengeratkan tali silaturrahim sesama kita. amin.
(Nota : Foto itu antara paparan dalam blog Razali. Pautannya ada di LINK sebelah. Cari ler sendiri no tenteranya)

Thursday, June 5, 2008

BERSEMBANG SAMPAI JAM 3:30 PAGI



Tiga foto ini adalah suasana ceria diantara (dari kiri) Razali, Raja Ikram, Lokman dan Fauzi di Restoran Rasa Sayang, Jalan Yap Kwan Seng Kuala Lumpur malam semalam. Kami berbual sehingga jam 3:30 pagi. Cerita lanjut akan dipaparkan selepas ini oleh penyumbang-penyumbang berkenaan.
(Foto sumbangan Raja Ikram)

Tuesday, June 3, 2008

RAJA IKRAM KOMEN TULISAN RAZALI

Azilah bukan bawak heli, dia bawak Caribou (kerbau terbang). Yang bawak heli adalah Wan Kamil dan Raja Ikram.

Azilah merupakan winger hoki kita yang pantas dan handal.

PERSONALITI AS COY

Oleh : Mejar Razali Chedollah

ini yg azmi suruh den hantar as coy punya personaliti. as coy ni den kira dia sebagai sebuah coy penentu kemenangan antara sp coy dan ar coy, sebab jika as coy sokong lebih sp coy maka ada harapan utk sp coy menang satu2 game. sebab skot tau laa sp coy dan ar coy tak berapa ngam laa gara2 merebut juara.hi hi.

1. ackbal. masa kedet selalu jumpa kat library time malam.dia selalu juga pi check apa den buat kalau2 lukis gambar kartun.lari 4x100m sekali.parade comdr as coy masa commission.masa terima rmc colour dia ambil panji2.gambar dia ada dlm buku khas sempena 50 tahun rmc.kira dia ni cemerlang masa cadet time lagi. pendek kata semua orang suka sama dia laa.sekarang sudah masuk club general.bakal ptu ni.dan sudah ada title dato.boleh juga panggil dato A.
2. azmi. ramd.selalu datang dlm ini blog.dia ngan ismet training kat send-hust.pernah jadi co kat sabah.adik kpd personaliti tv3 satu ketika dulu(ada tahi lalat) habibah yusuf.skrg kat pulada sebagai timbalan jaga comdt sebagai mata dan telinga comdt.masa kat pulada masa kursus aatc sekali ngan den dia cergas tanya soalan.masa persembahan dia tidor tapi bila lepas persembahan saja siap bangun tanya soalan(azmi joke saja),ini yg orang lain kalah ni.demo jagalah comdt demo tu betul2 kalu dia dapat bintang demo pun senang juga.
3. azilah. tudm.ini skot kita bekas sekolah sdar kalu tak silap.pemain rugbi yg disegani.den selalu pi bilik dia sembang2.kira banyak pointlah masa sembang2.masuk tudm bawa heli.mmg lama tak jumpa.masa kedet time den selalu tengok dia sembang2 dgn junior kedet bibi zarjan.agak mesra laa.pas tu kahwin ngan bibi.
4. ananthan. ggk.seorang yg diiktiraf terbaik dlm bidang akademik utk tjt 21.last jumpa tahun 2006 kat kedai makan depan pulapol.masa tu orang kuat jabataarah ggk.kuat sokan dia ni.semua game main.patutlah masuk komando.
5.bakar. arti.selalu panggil burn.selalu tersenyum.last jumpa kat pulada tahun 1993 jadi juruarah sana.jika dia ada majlis kira tak sunyilaa.
6. fadzlette.pr.skot2 pun dan sedia maklumlaa kecemerlangannya..pakar dlm bidang pr.selalu wajah terpapar dlm akhbar dan majalah dll.masa kedet den selalu sembang2 dgn dia masa menunggu hendak gunting rambut kat dewan templer.mmg tak pernah jumpa.sehinggalah dibora ombak bulan lalu.
7.hasan loman.ramd.banyak kali jumpa,spt masa dia jadi co dikuala lipis phg tahun 2001.pernah jadi co 1 ramd.ex afats.orang kuat csm.last jumpa kat istana alam shah mess nite sempena mesy majlis raja2 tahun 2006 sebagai organiser juga.jumpa pun main lambai2 tangan dr jauh sajalah sebab dia sibuk.kira kuat disiplin dari masa afats lagi.dia ni pemain hoki.tahan bola laju mesti dapat punya.skot afats den dia ni banyak lagi kalu nak cerita.
8. jamaluddin darus.jutra.hadiah alfatihah utk beliau semoga ditempatkan oleh allah swt bersama orang2 yg soleh yg telah mendahului kita semua kealam barzah.last jumpa masa dia di mpm sg besi tahun 1987.
9. kamarul.armor.sekarang pengarah armor.sat lagi masuk club gen.pernah bersama dikuantan.dia ks den oc skn timur.sebab dia ks den pun tumpang senanglaa.panglima masa tu dato megat.seorang yg bersuara iras2 broery marantika.dia ni ada 2 master ni.mungkin sekarang dah 3.lagi pula dia jiran den dikuantan.difahamkan skot masrani lantik dia jadi presiden alumni tjt21,kalu presiden kena selalu tengok anak buah laa dlm ini blog.
10. masrani.ramd.masa kedet selalu bagi juga tazkirah agama.sebab dia ni ada ilmu agama serta matang sikit pd yg lain.pernah bersama di kuantan sebagai oc dan co 12 ramd.bila jumpa mesti beliau cakap amacam skot.sikalang sudah dato dan club jen.tahniah.
11.mat sham.ramd. masa exam kapt mej den pernah pi study rumah mertua dia berhampiran flamingo hotel ampang.masatu beliau kat mkn.
12. norizan. dlm kor apa tak ingat,sebab dari dulu sampai sekarang tak pernah jumpa.
13. rezil. risik.exafat.sekarang kat sg besi.cergas dlm main golf.jawa dia ni (sori laa skot)last jumpa masa mess nite di hotel

den pun tak larat nak taip dah ni,jadi siri 2 den hantar kemudian laa.
kalau ada fakta tak tepat minta maaf jua.
razali1646

Sunday, June 1, 2008

FOTO AR COY '82

Setelah beberapa minggu tertangguh, kini baru berkesempatan 'upload' foto ini. (Sila rujuk entri sebelum ini.)

MIA SINCE 1982

Oleh : Fauzi Abdullah

Ini faces SP Coy yang MIA since 1982...!!