Friday, June 6, 2008

MOHD KENALI TERBANGUN BILA DISEBUT "kenalilah diri kamu..."

(Ikuti sebahagian coretan Lt Kol Mohd Tayazi)

.............Selain latihan ketenteraan kami juga perlu menduduki peperiksaan HSC (sekarang diploma pengurusan dan Ijazah bagi Uni. Pertahanan), tetapi kepentingan akademik kurang diberi penekanan.

Kami juga kalau dah letih masuk kelas ramai yang buta daripada yang celik (kun/tidur). Begitu juga kalau ke kelas masa junior kena berlari dalam kumpulan dengan lari bertongkat, bawa briefcase dan ditambah pulak lepas makan.

Bila jadi senior bolehlah berjalan dalam kumpulan. Peristiwa skot bernama Kenali yang tepingga-pinga bangun bila Kol Munir (di Dewan Templar) menyebut "kenalilah diri kamu......" dalam ucapannya menyebabkan skot yg terkun kot, bingkas bangun berdiri dan menyebabkan Kol Munir memarahi beliau kerana kurang sopan bangun apabila beliau berucap. Apa lagi kena berlari keliling square le...........
(Nota : Rasanya nama pegawai tu bukan Kol Munir tapi Kol Mohamad Munip - komandan. Untuk ikuti coretan penuh Tayazi sila ke blognya melalui pautan 'LINK' di sebelah)

No comments: