Tuesday, June 2, 2009

LAGI SKOT REGULAR 21 DINAIKKAN PANGKAT

Kita mengucapkan tahniah dan turut berbangga dengan pencapaian dua lagi skot kita ini.

Timbalan Panglima Briged di Sabah, Kolonel Esmet Nayan khabarnya tidak lama lagi akan memakai satu bintang dan memegang jawatan Panglima Briged Para di Melaka.

Manakala Lt Kol Rezil Shahidin, iaitu antara skot terawal memakai pangkat Leftenan Kolonel akan dinaikkan pangkat kepada Kolonel. Pegawai kanan Risik itu khabarnya akan menjadi CO di Kedah.

Mereka dikatakan bakal dipakaikan pangkat berkenaan dalam majlis penganugerahan pangkat akan datang. Dilaporkan nama mereka setakat ini 'clear' untuk kenaikan itu.

Tahniah!

No comments: