Maaf la lama tak ke udara...& kesempatan ini juga saya ucapkantahniah kepada skot-skot kita yang telah dinaikkan pangkat, Dato'Ackbal ke Mej Jen, Brig.Jen. Ismet & Redzuan. Tak ada ke yang nak jadiPanglima kat 6 Bde kat Sg Petani??
Kalau ada yg kesini... tak la kamikat utara ni kesunyian, Md Akhir & Harun dah settle di utara ni Sayala ni sibuk sikit, sebab telah dilantik sebagai Setiausaha AgungEx-Sappers Wilayah Utara, kerja kebajikan...!! Jadi kena la laksanakantanggungjawab yang diberi. Biz pun slow...jadi buatla kerja-kerjakebajikan pulak...!!
Bulan ni memang sibuk sebab kena anjurkan MajlisSambutan Aidilfitri & Deepavali pada 17hb.Okt, 2009 (Sabtu) diPermaipura Golf & Country Club, Bedong, Sg Petani. Jadi bila saya dahada di Sg Petani ni saya pun cuba-cuba hubungi skot kita MdAkhir.........!!
Akhirnya….saya dapat juga jumpa rakan skot kita yg terakhir ini.Petangtadi 15hb. Okt, 2009, saya ada meeting di Sg Petani dan berkesempatanmenghubungi skot kita ni Md Akhir Hussain yang kini sudah menjadiusahawan di Sg.Petani.
Saya berkesempatan meluangkan masa berjumpadengan skot kita ni di Sg.Petani. Ini saya kirimkan 2 keping gambarterakhir(terkini..la) beliau. Beliau kini sedang mengusahakan kemmotivasi kepada syarikat-syarikat korporat,sekolah-sekolah danagensi-agensi kerajaan yang menjalankan aktiviti kem motivasi.
Dia adabagitau saya nama syarikat beliau IKDAN ENTERPRISE….saya tanya dia apamaknanya IKDAN tu…katanya IKUTDAN je….apa yg ada kita usahakan. Itulahsemangat keusahawanan skot kita ni yang sedang mengusahakan sebuahladang di Malau, berdekatan Baling yang sedang dalam perancanganbeliau untuk dijadikan Kem Motivasinya sendiri.
Syabas kita ucapkankepada Md Akhir Hussain dan kita doakanagar rancangan beliau terlaksana, Insyaallah.
Salam kami dari utara untuk semua skot & tahniah untuk yg dinaikkan pangkat..!! Kiriman dari Utara. --M FAUZI ABDULLAH
Skot Regular 21, Brig Jen Dato' Ackbal Samad (TUDM) dinaikkan pangkat dua bintang. Sebelum ini Ackbal menyandang jawatan Panglima Logistik TUDM. Dengan pangkat Mej Jen yang baru dipakai, skot nak tau jugak apa jawatannya sekarang.
Mungkin Lt Kol Raja Ikram (TUDM) dapat sms kepada saya lagi dan beri info mengenai Dato' kita tu. Bulan puasa dulu masa saya call dia, Ackbal bercuti seminggu di Johor.
Blog ini dikhususkan untuk skot-skot TJT 21 sebagai wadah komunikasi. Bekas pelatih-pelatih Tauliah Jangka Tetap pengambilan ke-21 (RMC 1980-1982) amat dialu-alukan untuk sering berkunjung.
Kewujudan blog ini sebagai rumusan pertemuan 'sembang-sembang' pada 2 September 2007 lalu di Mes Pegawai Jurutera Pakar, berhampiran Tugu Negara. Skot turut dialu-alukan menyumbang sebarang posting atau foto ke blog ini dengan menghantar email ke : lokmanhamidi@gmail.com.
Tiada penyuntingan dilakukan terhadap sebarang posting. Roger!
Kg Lembah, Penaga (rumah Harun Din) - 19 Disember 2009
Dewan Perdana Felda, KL - 10 September 2009
Restoran Rasa Sayang, Jalan Yap Kwan Seng, KL - 4 Jun 2008
Pernah dilatih di RMC. Dan pernah bekerja di Star Publications(M)Bhd. Kemudian menyertai
stesen TV swasta pertama negara selama 27 tahun termasuk tujuh tahun terakhir di TV9 sebagai Editor In-Chief. Namun segala maklumat dan pandangan di blog ini adalah bersifat peribadi dan di luar tahap professional.