Skot Kol Azmi Yusof (3001648) dari Markas Medan Tentera Darat menjemput semua rakan skot Regular 21 ke Majlis Perkahwinan anak perempuan sulongnya seperti berikut;
Tarikh : 25 Disember 2010
Masa : 1200 hrs - 1600 hrs.
Tempat : No 1, Jalan Enggang Timur 1
Taman Keramat, Kuala Lumpur (rumah bapa Azmi)
Wednesday, December 22, 2010
Thursday, December 16, 2010
NASIR DAN LOKMAN PULANG SELEPAS MENGERJAKAN HAJI
Nasir mengambil giliran untuk mengambil bekalan juadah setibanya di Arafah sehari sebelum hari wukuf.
Walaupun 42 hari bersama di Makkah dan Madinah tetapi hanya berkesempatan bergambar bersama ketika pulang ke Kuala Lumpur semalam (15 Disember 2010). Gambar diabadikan di lapangan terbang Madinah.
Nasir mengerjakan Haji bersama isteri dan bapa mertuanya. Manakala Lokman menunaikan Haji bersama isterinya.
Sunday, October 17, 2010
FADZLETTE MUNCUL KEMBALI
Kol Fadzlette akhirnya muncul daripada pertapaan. (sorry hihi..). Lette antara skot yang hadir pada majlis doa selamat di rumah Lokman. Selain fadzlette dan anak bujang sulongnya, skot yang hadir termasuk Fuad, Razak dan Shahruddin. Terima kasih semua.
Perkembangan terbaru, Fadzlette akan posting ke Mindef selepas kira-kira dua tahun dipinjamkan ke JPM.
Tuesday, October 12, 2010
JEMPUT HADIR!
Lokman Hamidi menjemput semua skot Reg 21 yang terbaca blog ini ke rumahnya untuk hadir majlis doa selamat.
Tarikh : 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : Selepas zuhur
Masa jamuan : sehingga 6ptg.
66 Jalan Wawasan 3/7
Pusat Bandar Puchong.
Landmark : TESCO Puchong, Lebuhraya Damansara -Puchong.
Tarikh : 16 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa : Selepas zuhur
Masa jamuan : sehingga 6ptg.
66 Jalan Wawasan 3/7
Pusat Bandar Puchong.
Landmark : TESCO Puchong, Lebuhraya Damansara -Puchong.
Monday, October 11, 2010
Sunday, October 3, 2010
Saturday, October 2, 2010
Wednesday, September 22, 2010
PANGLIMA 12 BGD 'OPEN HOUSE'
Mari-mari-mari....!
Skot kita Regular 21, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Redzuan Hj Baharuddin akan mengadakan rumah terbuka seperti berikut :
Tarikh : 2 Oktober 2010
Tempat : di kediaman rasmi Panglima 12 Bgd, Kem Wardiburn, Kuala Lumpur.
Masa : 1200hrs - 1800hrs.
Semua skot dijemput hadir. Bawa anak bini, suami dan cucu cicit.

Thursday, July 29, 2010
SINGGAH DI RUMAH WAN KAMIL
Balik dari Kuala Terengganu semalam sempat singgah di rumah Wan Kamil (ex-Capt pilot TUDM). Wan Kamil aka WMK sudah lebih enam tahun duduk di rumah banglo sendiri di kediaman mewah di Kampung Baru Kerteh. Lorong rumahnya bersebelahan balai polis Kerteh
tidak jauh dari McDonald tepi jalan besar.
Anak WMK ada lima orang dan sudah besar panjang. Tetapi yang tinggal bersamanya hanya yang bongsu. Yang lain masing-masing belajar, ada di UIA dan Mesir.
Hutang saya untuk singgah ke rumahnya dah terbayar. Yang lain kalau pergi ke pantai timur jangan lupa untuk singgah ke bunglonya tu. Raja Ikram pun sudah sampai ke situ.
Saturday, June 26, 2010
RAJA IKRAM MUNCUL DI UITM LENDU
Friday, June 4, 2010
AD-HOC GATHERING
Foto : Ngeteh di NZ Corner (foto sumbangan Razali)
Gathering di NZ Corner di Wangsa Maju. Antara yang hadir Ridzuan, Fuad, Aziz, Romlee, Razali, Razak, Dr Zulkifli, Md Som dan Lokman. Berbual dari jam 9 malam hingga dua pagi.
Panglima Duan datang kemudian tetapi meninggalkan majlis selepas beberapa minit bersama kami. Jam dua pagi selepas mendapat Q, sebahagian kami bergerak ke Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan yang jaraknya beberapa meter dari NZ Corner.
Kami pulang kira-kira jam 3 pagi.
Foto : mengabadi kenangan di ruang tetamu sebuah Wad di HAT
Wednesday, May 26, 2010
GILIRAN DR KENALI
Kolonel Dr Mohd Kenali Basiron - kini giliran dia pulak belanja lunch sempena pakai merah di kolar. Tapi makan tengah hari di sebuah restoran di kondo berhampiran Mindef hari ini hanya disertai empat skot termasuk Sheikh (bekas pegawai JLJ) yang kini jadi usahawan berjaya.
Kata Kenali ini baru pre-lunch. Nanti dia akan panggil ramai lagi kawan-kawan.
Bersembang dengan dia macam berada di bilik kuliah. Topik favouritenya psaikologi. Tapi sesekali kena jugak cucuk perut dia biar geli dan semua orang boleh ketawa.
Sunday, May 23, 2010
BOWLING PRE-REUNION
Jangan cemburu! Kerana lama sangat nak tunggu tarikh reunion yang dirancang, Fuad secara ad-hoc mengatur pre-reunion bersama keluarga untuk bermain bowling di IOI Mall, Puchong Jaya. Keluarga yang hadir Fuad, Lokman dan Razak yang datang kemudian dari Nilai.
Mereka enjoy walaupun yang datang hanya tiga keluarga. Harap-harap selepas ini lokasi akan bertukar ke tempat lain. Dengar cerita Romlee nak organise satu di Nilai atau Seremban. Dan Norkiah dan Jalal sudah tentu tak sabar nak organise di Wangsa Maju. Yang lain pula macam mana?
Lagi foto di blog poatgambreng.

Monday, May 3, 2010
FUAD HAMZAH - SOYAP YO!
GILIRAN DR KENALI
Dulu Kol Hassan Ali belanja skot di Bora Ombak Ampang selepas pakai pangkat Kolonel. Kol Dr Kenali pula bila ye? Tak kan dah tak ingat skot!
Tuesday, April 20, 2010
SIAPA NAK JAWAB?
Ramai skot sudah teruja dan menanti saat perjumpaan besar Jun ini. Masing-masing sudah merancang sesuatu. Tapi sehingga kini mereka masih tertunggu-tunggu dan bertanya sesama sendiri apa yang sudah dirancang oleh Jawatankuasa Induk ‘reunion’.
Mereka yang tinggal dipantai timur seperti Wan Kamil sudah bertanyakan skot lain jika ada yang memandu berseorangan ke Kuala Lumpur, boleh pergi bersamanya. Norkiah pula sudah mencadangkan sesuatu untuk diisi bagi mereka yang tidak bermain golf.
Skot lain malah sudah ada yang menawarkan diri untuk membantu jawatankuasa itu dari pelbagai segi – masa, tenaga dan kewangan.
Namun mereka yang menganggotai jawatankuasa itu sehingga kini turut tertanya-tanya, setakat mana progresnya perancangan yang sudah diatur.

Friday, April 2, 2010
BISIK-BISIK
Lepas ni kawan kita 'Kenali" lah diri anda sebelum anda "Kenali" orang lain - akan pakai merah di kolar. Tunggu dan tahniah Dr.
Thursday, April 1, 2010
AL-FATIHAH
Dimaklumkan anak bekas jurulatih kita, Lt Jen (B) Dato Ghaffir, Zarina kembali ke rahmatullah pada 0215 pagi tadi, disyaki akibat denggi.
Rumah : Jalan 3/5F, Bandar Baru Bangi
Rumah : Jalan 3/5F, Bandar Baru Bangi
Wednesday, March 24, 2010
NOTIS REUNION
Monday, March 22, 2010
TAHNIAH!
Tahniah kepada skot.
Lt Kol Azmi dari Markas Medan Tentera Darat telah dinaikkan pangkat kepad Kolonel. Manakala Mej Iqbal dinaikkan pangkat kepada Lt. Kol.
Majlis pemakaian pangkat berlangsung tengah hari ini.
Lt Kol Azmi dari Markas Medan Tentera Darat telah dinaikkan pangkat kepad Kolonel. Manakala Mej Iqbal dinaikkan pangkat kepada Lt. Kol.
Majlis pemakaian pangkat berlangsung tengah hari ini.
Sunday, February 28, 2010
BRIG JEN DATO' RAZIF SEMPURNA MAJLIS RESEPSI
Skot Regular 20, Brig Jen Dato’ Pahlawan Razif Idris selamat menyempurnakan majlis resepsi perkahwinannya dengan Dr Nur Aireen Ismail malam tadi.
Majlis diadakan di Kelab Tasik Putrajaya dengan dihadiri ratusan jemputan termasuk tetamu kehormat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri.
Ini adalah perkahwinan kedua Dato’ Razif selepas isterinya meninggal dunia kerana sakit barah.
Dato’ Razif mempunyai empat orang anak dengan isteri pertamanya, manakala Datin Dr Nur Aireen mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya.
Selain pegawai tertinggi angkatan tentera, turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan serta rakan-rakannya termasuk dari London dan Jakarta.

Wednesday, February 17, 2010
Saturday, January 30, 2010
JUMP START
Diperturunkan sekali lagi senarai jawatankuasa yang dilantik untuk memulakan kerja menjelang reunion April 2010. (Dicadangkan senarai di bawah ditambah untuk memberi peluang kepada individu yang tinggi komitmennya memberi khidmat).
AJK 2ND REUNION TJT 20 & 21
Pengerusi :
Lt Jen Dato' Abdul Hadi Hussin
Timbalan Pengerusi :
Mej Jen Dato' Ackbal Abdul Samad TUDM
Setiausaha Bersama :
Lt Kol Abu Hurairah
Kol Hassan Ali
AJK :
Brig Jen Dato' Razief Idris
Kol Abdul Rahim Sebeli
Lt Kol Hussein Mud
Brig Jen Datuk Masrani Paiman
Kol rezil Shahidin
Lt Kol Md Din Abu
AJK (Wakil Pesara) :
Mej (B) Mohammad Shakry Yaacob
Mohd Lokman Hamidi
AJK (Wakil Wanita) :
Norazaliah Mufti
MC/Pengerusi Tetap :
Kol Kamarul Fauzi Mohd Said
Nota : Kepada yang tersenarai : Harap maaf sekiranya ada perubahan dari segi pangkat dan gelaran.

Tuesday, January 5, 2010
JEJAK BERMULA
Collage sumbangan Mej Razali Che Dollah
Nampaknya sesi Jejak Regular 21 sudah bermula terutama untuk mencari Jurulatih-Jurulatih yang berjasa, yang menjadikan anda semua sebagai Jeneral, Kolonel (full atau half), Mejar dan yang tak jadi apa-apa.
Elok diteruskan. Fuad Hamzah dengan bantuan Norkiah dan rakan-rakan lain, saya yakin usaha itu pastinya akan menjadi kenyataan.
Lebih menjadi realiti jika yang pakai kolar merah atau biru saling bantu membantu. Tak payah keluar bilik sejuk dan berdiri dari kerusi empok atau keluar dari staff car. Anda jenguk dari tingkap cukup, depa akan buatkan kerja untuk Datuk-Datuk dan Tuan-Tuan.
Fuad dan Kiah tu, arahkan kemanapun mereka sanggup pergi demi Regular 21. Yang lain tu tak kurangnya untuk sama-sama berlari naik bukit.
Tapi aku kenalah kat belakang lagi, masih pewai……!

Subscribe to:
Posts (Atom)