Tuesday, April 20, 2010

SIAPA NAK JAWAB?

Ramai skot sudah teruja dan menanti saat perjumpaan besar Jun ini. Masing-masing sudah merancang sesuatu. Tapi sehingga kini mereka masih tertunggu-tunggu dan bertanya sesama sendiri apa yang sudah dirancang oleh Jawatankuasa Induk ‘reunion’.

Mereka yang tinggal dipantai timur seperti Wan Kamil sudah bertanyakan skot lain jika ada yang memandu berseorangan ke Kuala Lumpur, boleh pergi bersamanya. Norkiah pula sudah mencadangkan sesuatu untuk diisi bagi mereka yang tidak bermain golf.

Skot lain malah sudah ada yang menawarkan diri untuk membantu jawatankuasa itu dari pelbagai segi – masa, tenaga dan kewangan.

Namun mereka yang menganggotai jawatankuasa itu sehingga kini turut tertanya-tanya, setakat mana progresnya perancangan yang sudah diatur.

No comments: