Thursday, September 27, 2007

OMDA MINTA SKOT KOMEN

Saudara Lokman, Berikut disertakan gambar kenangan masa dulu. Minta kawan-kawan kita komen. Mej (B) Omda








Wednesday, September 26, 2007

RAJA UCAP TERIMA KASIH

Gambar-gambar tersebut telah membuka seribu kenangan. Saya juga telah menerima call dari Hairum, setelah berpuluh tahun tak contact.

Thank you, Lokman, for this site. Untuk makluman anda semua, saya ada nombor handphone beberapa orang skot kita. Nanti saya postkan.

(Posted by : Lt Kol Raja Ahmad Ikram TUDM)

Monday, September 24, 2007

FOTO SYED PUTRA COMPANY



Terima kasih kerana war-warkan projek kita tu. Harap-harap ada rakan-rakan kita yang ada contact dgn GLC atau syarikat2 korporat dapat bantu projek kita ni.

Kita dah ada platform cuma networking masih lagi belum mantap. Anyway, saya kirimkan gambar 27 tahun lalu SP Comp, untuk tatapan semua.

Kalau sapa yang tak ingat Raja Ikram boleh tengok balik gambar tu....sebab lama juga saya tak jumpa dia lepas commission dulu.

Satu gambar lagi tu....masa tengah tunggu nak baling grenade kat terendak camp, apa lagi Iqbal yang selalu jadi penghibur masa-masa tengah boring !!

Agaknya....mana lah skot-skot kita ni sekarang ya? Tak dengar langsung berita...terutamanya yang paling last.....Md Akhir !!

terima kasih...!!
(Posted by : Mej (B) Fauzi Abdullah)

Sunday, September 23, 2007

BUKA PUASA BERSAMA SKOT

Skot kita Fuad Hamzah (saya tak pasti pangkat dia 'full Colonel' atau 'half Colonel') akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama skot.

Skot kita ‘lady officer’ Lt Kol Fadzelette daripada cawangan Perhubungan Awam, Kementah turut membantu menyelaraskan pertemuan yang bakal diadakan di Hotel Hilton.

Cadangan asal esok, 24 haribulan. Bagaimanapun saya tidak pasti tarikh sebenar yang ditetapkan dan jumlah yang akan hadir. Saya cuma menyatakan kepada Lette, saya hanya ‘free’ pada sebelah petang pada 27 dan 28 haribulan ini.

Tak taulah saya sama ada cadangan daripada Fuad yang lama di Poland kerana ‘tugas-tugas khas’ itu, jadi diteruskan atau tidak.

Masih tunggu ‘reply’ daripada Lette!

Tuesday, September 18, 2007

RAJA DI MARKAS ANGKATAN BERSAMA

Assalamualaikum.

I dah tengok the tjt21 blog. Ada gambar yang di post oleh Tayazi di Johor. Tolong confirm yang paling kiri tu Tayazi? Bukan Mathavan kah? Dan yang kedua tu, bukankah Sabri?

Untuk makluman saudara semua saya kini bertugas di Markas Angkatan Bersama menyandang pos PS1 Rancang Kontinjensi Udara. No H/p saya adalah 012-41028xx.
(Posted by Raja Ahmad Ikram TUDM)

Untuk makluman Raja semua nama di dalam foto itu betul, tiada Mathavan dan Sabri di dalam foto.

Sunday, September 16, 2007

RAJA AHMAD IKRAM (AIR FORCE) HANTAR MESEJ

From:
"Raja Ahmad Ikram Raja Othman" rai1961@hotmail.com

Subject:
Date:

assalamualaikum.hangpa buat reunion pun tak bagitau geng. letih betul lah!!!

USAHAWAN INI PERLU DISOKONG

Rozita Dengan Syarikat Guaman:
Mej (B) Rozita Abd Ghani bekas pegawai Polis Tentera yang kini membuka firma guaman rancak mahu mengembangkan bisnesnya.

Pelbagai temu janji diatur untuk menambahkan kontrak khidmat guaman dengan syarikat-syarikat besar.

Fauzi Cari Pengiklan :
Mej (B) Fauzi Abdullah pula kini sibuk mencari pengiklan-pengiklan untuk papan tanda pelancongan di Pulau Pinang. Projek dengan kerjasama Kementerian Pelancongan ini, dijangka semakin berkembang jika pengiklan-pengiklan terus menempah iklan mereka.

Setakat ini beberapa tempat di Langkawi sudah didirikan dengan papan tanda - papan tanda itu. Bagi anda yang berhajat untuk mengiklankan sesuatu daripada syarikat anda sila layari http://www.xtremeffect.com/

Saturday, September 15, 2007

PUASA DALAM ASKAR

mizy 1658:
Askum, masa kat kadet puasa ?? teruk dgn lathn, masa kat Aust thn 90 puasa cukup, semuanya kerana didikan ibubapa, skrg masa kita kena ingat dan jaga ibubapa.

Saya doakan ibu skot cepat sihat.

Salam
(Posted by Lt Kol Tayazi 3001658)

Sunday, September 9, 2007

FOTO 27 TAHUN LALU

Leftenan Kolonel Mohd Tayazi Abdul Kadir (3001658) mengirimkan foto di bawah yang diambil 27 tahun lalu ketika latihan di Johor. Terima kasih Tayazi.



Dari kiri ; Tayazi, Wan Rahman, Kenali, Hanafiah, Roskamarozaman, Rozita, Rasik dan Lokman.

Email Tayazi :
Assalamualaikum skot, bagi mengingati kisah lama 27 tahun dimajukan sekeping gambar semasa latihan kembaraduga ke kawasan kota tinggi. Mungkin gambar in skot tak dak, kalau ada mungkin simpan dalam album. Wassalam

Saturday, September 8, 2007

BENDERA DI TUGU NEGARA


Siapa yang menurunkan dan mengibarkan Jalur Gemilang di Tugu Negara setiap hari?.

Adakah istiadat penurunan dan pengibaran Jalur Gemilang dipatuhi sebagaimana istiadat yang sama dilakukan di setiap rejimen atau pasukan?

Mungkin Kol Hassan Loman dapat menjawab persoalan yang dikemukakan seorang penyelidik kepada Kol Masrani Paiman.

Friday, September 7, 2007

RANI DAN JAMAL DI KAMPUNG BARU

Lt Kol Rani dan Mej (B)Jamaluddin Tohar tidak dapat menziarahi ibu saya di Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC) petang itu kerana saya masih di tempat kerja.

Saya hanya pulang selepas jam 9 malam dan singgah dahulu di rumah di Puchong, sebelum bermalam di hospital, hari itu.

Rani sekarang berkursus di Maktab Pertahanan, dekat Kementah manakala Jamal yang telah menjadi usahawan kini tinggal di Kajang.

Kepada mereka berdua diucapkan terima kasih.
(Posted by 3001654)

Thursday, September 6, 2007

BLOG MULA DAPAT REAKSI SKOT

Blog regular 21 mula mendapat reaksi kawan-kawan skot. Alhamdulillah, ini untuk anda semua. Tetapi ia tidak akan terhasil tanpa sumbangan cerita dan foto daripada skot semua.

Diperturunkan reaksi daripada skot kita 3001658 (cuba teka siapa dia?) yang dipostkan dalam ruang sembang-sembang blog (tafadhdal) milik Lokman Hamidi (3001654).

mizy1658:
Skot, terima kasih sya dah lawati regular 21yang dibuat khusus. saya akan hebahkan kepada skot yang lain. Saya pasti usaha ini akan menarik lebih ramai melayari blogs skot.
bye

KOLONEL REDZUAN LULUS UJIAN DI PULADA

Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), skot kita Kolonel Redzuan terpaksa bekerja keras setelah diuji dengan peristiwa kematian seorang awam di kem itu akibat letupan bom.

Tapi kerana kebijaksanaannya mengendalikan kes dan segala yang berlaku mengikut prosedur ditetapkan, segalanya berjalan dengan lancar. Panglima Tentera Darat dan Panglima Medan masing-masing berpuashati dengan penjelasan yang diberikan Kol Redzuan. (tak boleh tulis lebih-lebih kat sini).

Di bawah diperturunkan antara petikan berita mengenai peristiwa itu daripada Utusan Malaysia.


Lelaki maut bom meletup di Pulada
Oleh HASNURUL MOHAMED
JOHOR BAHRU 30 Julai – Seorang pemotong rumput, Rashidi Saad, 40, maut apabila pisau mesin rumputnya terkena bahan letupan lalu meledak di Lapang Sasar, Kem Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi ini ketika mangsa dikatakan menjalankan tugas memotong rumput di kawasan itu.

Letupan yang dipercayai daripada bom antikereta kebal itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kaki, perut dan muka.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Sharif berkata, polis menerima satu panggilan daripada seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Pulada Ulu Tiram yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Panggilan itu memaklumkan satu kemalangan berlaku di kem itu dan ia melibatkan seorang pekerja awam pemotong rumput,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) di sini hari ini.

Mokhtar berkata, menurut aduan yang diterima, semasa mangsa memotong rumput berlaku satu letupan yang menyebabkan kematiannya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulas lanjut sama ada letupan berpunca daripada ledakan bom, periuk api atau peluru.

“Kita akan menyiasat perkara ini dan saya telah mengarahkan Timbalan Ketua Siasatan Jenayah 1, Che Yussof mengetuai pasukan penyiasat yang akan menyiasat kes ini dari segala aspek,” katanya.

Beliau menambah, siasatan balistik akan diadakan untuk memastikan bagaimana kejadian seumpama itu boleh berlaku dalam sebuah kem tentera.

Mokhtar juga meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi berhubung kejadian tersebut.

Beliau berkata, walaupun mangsa ialah orang awam dan Kem Pulada merupakan kawasan larangan tetapi mangsa mempunyai akses dan mendapat kebenaran untuk berada dalam kawasan berkenaan.

Mangsa yang masih belum berumah tangga bekerja sebagai pemotong rumput di kem tersebut sejak dua tahun lalu.

Alamat terakhir mangsa yang terdapat dalam kad pengenalannya ialah Felda Taib Andak, Kulai.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat

(Posted by 3001654)

Wednesday, September 5, 2007

BERTUKAR MAKLUMAT PERISIKAN

Oleh AMIR SARIFUDIN (WARTAWAN UTUSAN)

ISU keselamatan sejak dulu hingga kini sentiasa menjadi keutamaan setiap negara di dunia untuk memastikan perjalanan hidup rakyat dan pemerintah negara terus berjalan lancar.

Berdasarkan faktor-faktor keselamatan jua, ia akan menentukan sesuatu usaha, perancangan dan pembangunan itu berjaya dilaksanakan.

Jika faktor keselamatan begitu rapuh, pasti sesebuah negara itu dilihat berada dalam keadaan kucar-kacir dan hala tujunya juga tidak menentu.

Keadaan ini kelak membawa kepada pergolakan dalam negara dan tidak hairanlah akan ada anasir-anasir luar dapat menggugat keselamatan nasional.

Dalam hal ini, peranan pasukan keselamatan terutama bahagian perisikan yang menjadi benteng hadapan untuk mendapatkan apa jua maklumat, dilihat amat penting bagi membolehkan tindakan menghalang dan menangani keganasan dapat dilakukan segera.

Pada masa sama, maklumat perisikan yang diperoleh juga bakal menentukan bentuk tindakan bagi menangani dan menghalang faktor-faktor yang boleh menggugat keselamatan sesebuah negara itu.

Oleh itu, perlulah diingat bahawa ancaman keselamatan bukan sahaja dari dalam negara, malah boleh datang dari luar. Ini termasuk ancaman berbentuk siber, selain ancaman militan, lanun dan banyak lagi.

Bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), peranan memastikan keselamatan negara dan rakyat harus terus dipupuk tanpa digugat. Ini bukanlah satu tugas yang mudah. Malah ia perlu dilakukan secara berterusan.

Tambahan pula, peranan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ATM adalah antara bahagian yang amat penting dalam pasukan tentera bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.

Melihat perlunya keselamatan negara dijaga dan terjamin, BSPP mengambil langkah untuk mengadakan kerjasama, persefahaman dan bertukar-tukar maklumat dengan banyak negara di dunia.

Ini termasuk melalui Persidangan Ketua Ketua Perisikan Pertahanan Rantau Asia Pasifik (APICC) yang pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula hari ini hingga 7 September ini. Persidangan itu anjuran ATM dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Menurut Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Salleh Ismail, sebelum ini kebanyakan persefahaman yang diadakan oleh bahagian itu termasuk kerjasama pertukaran maklumat perisikan lebih kepada dua hala atau bilateral - iaitu antara negara dengan negara.

Melalui persidangan itu nanti diharap dapat mewujudkan persefahaman lebih luas antara BSPP dengan rakan sejawat dari negara-negara peserta.

Kata Mohd. Salleh, antara 22 buah negara yang menyertai APICC ialah Amerika Syarikat, Jepun, Australia, New Zealand, Jerman, negara-negara ASEAN dan banyak lagi.

Melibatkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ucaptama pada perasmian pembukaan persidangan itu.

‘‘Ini merupakan persidangan pertama seumpamanya melibatkan ketua-ketua perisikan pertahanan dari seluruh dunia.

‘‘Langkah persidangan ini ialah bagi mencari persefahaman dan bertukar-tukar maklumat perisikan demi keselamatan bersama.

‘‘Kita melihat isu keselamatan amat penting dan perlulah sentiasa diberi perhatian serius bagi menjaga keamanan negara dan kawasan serantau,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, kehadiran ramai negara peserta pada APICC akan mewujudkan kerjasama multilateral.

Di samping itu, APICC dapat dijadikan medan untuk menangani gerakan pengganas dan yang berbentuk militan.

‘‘Kita mahu menjadikan APICC medan untuk merintis kerjasama perisikan secara multilateral dengan tujuan meningkatkan tahap keselamatan melalui pertukaran maklumat perisikan.

‘‘Kita yakin melalui kerjasama itu nanti, ia dapat meningkatkan keupayaan dalam pertukaran maklumat risikan dan cara bertindak,’’ katanya.
(Posting daripada Utusan Malaysia - 3001654)

Tuesday, September 4, 2007

SEMBANG-SEMBANG REGULAR 21

Reunion Regular 21 yang pada mulanya ingin ditangguhkan kerana kesibukan skot-skot dengan tugas masing-masing diteruskan juga semalam. Pertemuan di Wisma Perwira (Mes Pegawai) Jurutera Pakar itu, sekadar sembang-sembang. Kalau dulu sembang-sembang skot banyak mengenai kerjaya, kini ia lebih tertumpu kepada cerita anak-anak.

Mereka yang hadir Kol Masrani, Kol Redzuan, Lt Kol Azmi, Lt Kol Aziz, Lt Kol Tayazi, Mej Hanafiah, Mej (B) Omda dan saya sendiri.Kol Masrani yang kini tinggal di kem Sungai Besi singgah menyertai kami sebelum menghantar anaknya ke UIAM.

Masrani seorang pegawai kanan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah antara skot yang terawal memakai pangkat Kolonel. Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting di Mindef termasuk 'Kolonel Alat' (purchaser) dan Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor. Pada pertemuan semalam Masrani bercerita mengenai peristiwa tersalah rumah ketika menghadiri perkahwinan saya dahulu. Iaitu antara Lokman si penganti dengan Lokman abang si pengantin.

Begitu juga Kol Redzuan yang kini mengambilalih tempat Masrani sebagai Komandan PULADA. Beliau yang datang bersama-sama keluarga turut menghantar anak ke Pusat Pengajian Tinggi. Kami berkongsi pengalamannya mengenai peristiwa letupan bom yang mengorbankan seorang kakitangan syarikat kontraktor di PULADA.

Lt Kol Azmi yang tiba agak lewat selepas Kol Ridzuan pulang juga disertai keluarga. Beliau adalah Timbalan kepada Ridzuan di pusat latihan itu. Lt Kol Azmi datang memandu sendiri “staff car”nya yang berdaftar ZA. Azmi adalah adik kepada Puan Sri Habibah Yusof bekas personaliti TV3 yang berkahwin dengan kerabat diraja Pahang. Beliau antara dua anggota skot kami yang dihantar menjalani latihan ketenteraan di United Kingdom.

Lt Kol Tayazi yang biliknya berjiran dengan bilik saya ketika di RMC antara yang datang awal. Beliau kini menyambung pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia, UUM di Sintok. Selain Tayazi, dua anak-anaknya turut menuntut di universiti yang sama. Tayazi terpaksa membawa semua anggota keluarganya ke Perlis dan meninggalkan rumahnya di Klang kosong, diancam anai-anai.

Seorang lagi wakil Kor Perkhidmatan selain Tayazi yang hadir ialah Lt Kol Aziz. Beliau banyak bercerita tentang golf dan peluang bisnes yang berkaitan dengan ATM.Menurutnya, skot yang sudah berhenti perlu memanfaatkan jawatan skot yang di atas itu untuk mencari peluang bisnes. Sekurang-kurangnya nasib skot-skot yang lain dapat dibela. Skot yang hendak bersara pula sudah mempunyai tapak untuk memulakan kerjaya baru. Beliau berkata Brig Jen Dato Ackbal Samad (pangkat terkanan di kalangan skot) yang kini memegang jawatan Pangliman Logistik TUDM perlu didekati.

Orang yang tidak disangka-sangka akan hadir, tiba-tiba muncul dipintu mes ialah Mej Hanafiah. Beliau dijangka bersara tahun depan. Pegawai Kor Polis Tentera ini sudah lebih tujuh tahun ditempatkan di Penjara Pusat ATM dan sudah mahir dengan seluk beluk pengendalian pesalah ATM. Seperti dahulu jika bersembang dengan Hanafiah, beliau pasti akan merujuk petikan atau personaliti daripada buku-buku yang dibacanya.

Mej (B) Omda adalah orang yang penting di sebalik pertemuan semalam. Beliau mengambil alih tugas sukarela daripada Mej (B) Fauzi yang tidak dapat hadir dari Perlis. Fauzi baru kematian mertuanya dan baru pulih daripada demam.Omba paling awal datang sebelum saya sampai. Beliau terpaksa mengatur persiapan seorang diri di mes itu bagi memastikan skot-skot yang datang tidak kecewa dengan makanan dan minuman yang disediakan. Manakala tempat pertemuan telah ditempah sebelum ini oleh Fauzi.

Omda kini lebih menumpukan tugasnya dalam bidang hartanah. Mana-mana skot yang ingin membeli atau menjual tanah dan rumah boleh berhubung terus dengan beliau.Selain itu, antara skot yang berjanji akan hadir tetapi terpaksa membatalkan hasrat pada saat akhir kerana tugas dan perkara penting ialah Kol Jalal dan isterinya Mej (B) Norkiah serta Lt Kol Fadzelette.Jalal dan Norkiah terpaksa menziarahi saudara yang sakit di Pahang manakala Lette terpaksa menghadiri raptai Tatu Antarabangsa di Stadium Negara.

Bagaimanapun skot yang hadir telah merumuskan bahawa satu laman web atau blog perlu diwujudkan khusus, sebagai saluran komunikasi yang mudah. Skot-skot diminta menghantar nombor telefon dan alamat kepada Fauzi, Omda, Masrani, Fadzelette dan Lokman untuk dikemaskinikan.

Untuk pertemuan selepas ini (kemungkinan selepas raya atau hujung tahun), surat-surat jemputan akan dihantar dan jawapan pengesahan kehadiran diminta. Reunion dicadangkan tidak akan dibuat pada cuti-cuti umum bagi mengelak pertembungan tarikh dengan aktiviti keluarga. Ia juga dicadangkan diadakan secara bergilir-gilir di mana-mana lokasi skot berada dan tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur. Setuju ke?
(Mohd Lokman Hamidi - 3001654)