Monday, June 30, 2008

SIAPAKAH GERANGAN 'LADY OFFICER' INI?

Setelah mempunyai masa membelek-belek album lama, maka terjumpalah saya akan tiga foto di bawah ini. Fota seorang pegawai tentera wanita yang seiras dengan kebanyakan anggota tentera wanita dari Pakistan. Pegawai tentera berpangkat Kapt itu (sekarang Kolonel) mengiiringi saya dan teman-teman lain ke Batambang, Kemboja.

Tujuan ke sana untuk meninjau pasukan Malbat di bawah panji-panji PBB yang sedang berkhidmat bagi memastikan keamanan, di negara yang baru melepasi zaman sengketa. Turut dalam rombongan kami, Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Di Batambang dan Phnom Penh, kami turut bersua dengan beberapa skot lain antaranya Kapt. Md Din Abu (sekarang Lt Kol) dan Kapt Yew (sekarang mendiang).

Seingat saya, Kapt wanita yang sama skot itu masih menyusukan anaknya yang ketiga (baru lepas pantang) ketika kami sama-sama ke Kemboja ketika itu.

Soalan : Siapakah pegawai wanita yang dimaksudkan itu?


-Lok1654

5 comments:

Anonymous said...

Lok, gambar ni tahun bila? Selepas mendiang Yew balik dari Kemboja saya tak jumpa dia terus..!! Kami sama2 dlm Kor Jurutera.fauzi1679

Anonymous said...

Tak ingat. Tapi masa dia dgn UN di kemboja.
Lok1654

Anonymous said...

Mesti awal tahun 90 an tu. Au tak perasan lak gadis tu. Come semacam je, mungkin skot 21 kot. Fuad1649

mn said...

Salam Abang2 Kakak2,

Bibizarjan kot TJT-22..atau skot Rozita skot saya tjt-23. hahaha..

http://suarasukj.blogspot.com

Anonymous said...

yang tengah kalu x silap mej zainon semboyan, isteri Lokman JLJD, yg bakelakang tu skot tapi yg depan x kenal