Friday, August 29, 2008

NASIR AJAK BUKA PUASA

Bagi skot yang bertugas atau tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya ini ada cadangan untuk difikirkan.

Mejar Nasir (A/R Coy)mencadangkan supaya kita mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama. Beliau mencadangkan ia diadakan pada minggu pertama Ramadan. Alasannya minggu-minggu seterusnya banyka komitmen.

Sila hubungi Nasir untuk sebarang cadangan lain atau pengesahan tarikh dan tempat.

Saturday, August 23, 2008

FUAD SERONOK BERDEBAT DENGAN ARIOS

Lt Kol Fuad Hamzah (Fuad1649) mendapat teman berhibur setelah skot-skot lain jual mahal atau mungkin sibuk.

Ruang Cbox turut mengalu-alukan pengunjung lain untuk melontarkan idea dan sumbangan. Bukan sebab lain tapi sekadar untuk meluangkan masa senggang!

Untuk makluman Arios, Fuad tu bos besar tim tentera Malaysia di Poland. Tapi jangan khuatir, beliau humble orangnya.

Sekali lagi terima kasih kepada Arios kerana sudi menambahkan keceriaan di blog ini.

Friday, August 22, 2008

LEBIH SELESA BERGAMBAR DENGAN PAT

Dari kiri; 1654, PAT, Datuk Syed Nazri (NST) dan Othman (Utusan)

Menjadi orang awam lebih selesa bergambar dengan Panglima Angkatan Tentera daripada anggota tentera.

Skot, kalau nak jadi macam ini kena keluar baris dulu, hihihi.... Apapun yang penting teruskan perjuangan untuk mempertahankan negara. Tabik spring skot!

Thursday, August 14, 2008

RAJA IKRAM DAPAT 'CONTACT' HARUN

Assalamualaikum, kawan-kawan. Bersyukur kepada tuhan kerana telah memberi peluang untuk saya berhubung dengan skot kita iaitu saudara Harun.

Saya telah mengikuti satu kursus BSC (Balanced Score Card, bukan bachelor of science) di BATC UTM bersama Rani dan Subki.

Dalam kami berborak dan bercerita, terkeluar topik saudara Harun. Subki kata Nookhiah ada no tel dia. So, saya pun contact Noorkhiah dan mohon no tel Harun. Call punya call, tak juga dijawab. Refer balik pada Noorkhiah lalu di callnya isteri Harun dan tinggalkan message.

Petang tu, Harun call saya. Kami pun berceritalah..... Anyway, bagi mereka yang belum ada no tel Harun, no telnya adalah seperti berikut:01740357** (detail kena tanya Raja Ikram).

- Raja Ahmad Ikram

Wednesday, August 13, 2008

MASRANI SENTIASA BAWA CD KARAOKE DALAM JAKET

Malam itu Brig Jen Masrani baru 'touch down' di Lapangan Terbang Tawau dari Kota Kinabalu ketika saya buat 'call' dari Kem Sri Wangsa, Semporna.

Esoknya di Pulau Si Amil helikopter membawa Masrani dan beberapa pegawai kanan tentera mendarat. Dari jauh di jeti pulau, saya sudah mengenali Masrani yang bermisai putih, macam Kol Hassan Ali (Pengarah GGK) dan Mejar Zaki (juga komando).

Beliau memperkenalkan saya kepada bosnya, Mej Jen Dato' Mazelan Kasap (Panglima 1 Divisyen). Orangnya nampak 'humble', jauh berbeza berbanding PTD yang 'hilang mood' apabila menyedari seluar lorengnya singkat sebelah. Nasib baik Brig Jen Sheikh Mohsen Sheikh Hassan (Panglima ATB2) mengingatkannya.

Saya tidak dapat berbual panjang dengan Masrani kerana ruang jeti yang menempatkan VVIP termasuk Datuk Seri Najib, kecil. Masrani pula perlu sentiasa bersama bosnya dan pegawai kanan lain menunggu ketibaan TPM, Ketua Menteri Sabah dan PAT serta KPN (IGP). Saya juga perlu bersama Editor Kanan yang lain di satu sudut bersebelahan ruang itu.


Pada program lain di pulau sebelah iaitu Pulau Danawan, saya bertemu dengan Masrani sekali lagi. Kami mula berkesempatan berbual panjang dan mengambil foto dengan Fadzlette.

Sebenarnya Masrani begitu teringin untuk menyumbangkan entri di blog ini, tetapi masa tidak mengizinkan. Menurut Fadzlette, Masrani juga mahu menghantar foto terkininya di blog ini selepas blog Regular 21 ini banyak sangat memaparkan foto Let. Itu juga tidak menjadi.

Malam hari itu, saya dan Let berkesempatan berbual panjang dengan Masrani selepas VVIP lain beredar daripada Jamuan Malam untuk pergi memancing. Saya dan rakan Editor Kanan lain menolak menyertai acara memancing bersama TPM dan VVIP lain kerana mahu berehat.

Setelah menghantar bosnya bersama-sama TPM ke jeti memancing, Masrani kembali menyertai saya, setelah saya hantarkannya SMS mengingatkan malam masih muda.

Malam itu rupa-rupanya Masrani sudah 'standby' satu CD lagu Ramli Sarip - "Bukan Kerana Nama" di dalam poket jaketnya. Itulah langkah persediaan Masrani setiap kali menghadiri sesuatu majlis jamuan. Kot-kot jadi bidan terjun, dipaksa menyanyi!

Saya yang mengetahui rahsia itu membisikannya kepada Fadzlette untuk memaksa Masrani mendendangkan lagu itu dalam sesi Karaoke. Tapi saya kecewa kerana CD yang dibawa Masrani tidak boleh digunakan kerana semua lagu sudah diprogramkan.

Fadzlette juga turut mendesak saya menyanyi. Kerana saya tahu Let tak akan menyanyi, saya memberikannya syarat mudah - berduet dengannya! Bagaimanapun akhirnya saya mengalah, dan memberikannya lagi Broery - "Bila Bulan Bicara', walaupun saya sendiri bukan biasa dengan lagu itu.

Nasib saya juga baik, tiada lagu itu dalam senarai. Walaupun suara agak sumbang, tetapi kerana mahu menghiburkan Masrani dan Fadzlette serta 'dedicate' lagu itu kepada mereka, saya akhirnya memilih lagu P.Ramlee - "Bila Larut Malam" - kerana waktu itu memang sudah larut malam.



Banyak perkara kami bertiga bualkan. Antaranya beban kerja, profesionalism, semangat bangsa, cerita-cerita mengenai skot serta pengalaman Masrani menghadiri perkahwinan saya di Puchong kira-kira 20 tahun lalu.

Dan antara yang menyentuh hati dan semangat kami bertiga ialah topik membabitkan Raja-Raja Melayu, politik Melayu, korporat Melayu dan Askar Melayu.

Setelah 'larut malam', saya dan Masrani berjalan beriringan tanpa ditemani sesiapa, membelah malam menyelusuri landasan terbang di Terumbu Layang-Layang pulang ke penginapan di Layang-Layang Island Resort.

Sepanjang perjalanan, banyak juga topik kami bualkan. Sesampainya di Resort, kami bertemu semula kumpulan Datuk Seri Najib yang baru pulang dari memancing.

Datuk Najib menyapa kami, menyatakan tiada apa-apa yang diperolehinya. Esoknya bila TPM menceritakan hal itu kepada rakan media lain, saya menyampuk, 'ikan takut sebab orang yang memancing pakai baju batik", lalu disambut dengan ketawa mereka.


Tuesday, August 12, 2008

MASRANI DAN FADZLETTE KIRIM SALAM

(Gambar semalam : Di sebuah pulau di perairan Semporna, Sabah)

Skot kita Brig Jen Masrani Paiman dan Kol. Fadzlette Othman Merican kirim salam. Walaupun mereka berdua sibuk, tapi masing-masing sentiasa mengingati kita.

Nantikan cerita mereka SELEPAS INI.

Wednesday, August 6, 2008

AR COY DARIPADA PERSPEKTIF MEJAR RAZALI

(Terima kasih Zali!)
Ini foto POW AR Coy.

Sepuluh skot AR Coy yang telah keluar baris termasuk seorang meninggal dunia (Yew).

Mereka ialah Jamaluddin(skot AFATS aku buddy2 Rani, main hoki), Ishak (kuat xcountry hingga meracau? Juga skot AFATS aku, sentiasa sokong dan bias kat aku hingga diberinya menang tanding bahas dalam kelas), Rozita (ada undang-undang masa dalam Kor MP sama Hanafiah dan Shahruddin), Sabri (skot AFATS RAMD masuk gaji sekarang di Mentakab, kahwin orang sarawak).

Hanafiah (MP yang sentiasa happy), Romle (skot AFATS pandai main hoki), Lokman (orang kuat TV9), Wan Kamil (pernah jatuh bas Tong Foong), Roskamaruzaman (aku punya lawan feather weight boxing), Yew (cemerlang dalam STP ni, full cert lagi).

Tiga belas lagi ialah Hasan Ali (terror dalam turun naik tangga RMC sebab sentiasa kedengaran suara semangatnya), Nasir (yang perihatin pada skot2), Rasek (yang sentiasa tersenyum), Joseph (yang selalu ingat sama kawan dengan sentiasa kirim salam kalau jumpa dengan pegawai yang satu kor dengan aku), Fuad (skot AFATS,yang aktif serta perihatin dan sentiasa ambil tahu perkembangan semasa yang juga kadang2 mengenakan skot2).

Rezduan (skot AFATS, aktif main bola hingga kedengaran berita ada patah kaki/paha? kerana main bola), Kenali (yang selalu sembang dengan aku sambil makan burger kat kantin, banyak modal kalau sembang2), Amin (geng aku yang mana Kapt Muslim belanja teh dan kueh pada kami berdua di library kerana aku nak pergi Mindef nak buat aduan), Md Din (antara shape badan yang amat sesuai main rugbi dan tinju), Wan Rahman (satu kor dengan Joseph, Kamarul, Nasir, Liew?), Tayazi(orang kuat KP buddy2 Zul dan Fauzi main golf, ada PhD dan bakal pengarah ni), Liew (selalu tertukar nama dengan Yew cuma sorang slim). Sofian (skot AFATS aku, sekarang aku dengan dia dalam Kor Semboyan).

Sekian adanya dan mintak maaf.
-Razali1646

KENALI DAH BERGELAR 'LT KOL DR.'

Skot kita Lt Kol Kenali Basiron akan menerima ijazah doktor falsafah (PhD) pada sesi pertama konvokesyen di Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) pertengahan bulan ini.

Ketika ini Kenali sedang mengikuti kursus di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).

Lepas ini sama-samalah skot tunggu jemputannya untuk 'gather-gather' dan merasa belanjanya.

Tuesday, August 5, 2008

FAUZI KESUNYIAN DI UTARA

Assalamualaikum,

Selepas Lt Kol Tayazi dah khatam kat UUM, sunyi la sikit kat utara ni. Lt Kol Zul pun akan ke KL juga pada bulan depan. Jadi tak ada la apa-apa berita dari utara yang nak dikongsi. Walau bagaimanapun saya dapat berhubung dengan Md Akhir Hussain yang ada di Sg.Petani yang kini sebagai seorang usahawan.

Saya belum berkesempatan untuk berjumpa secara face to face dengan dia lagi. Insyaallah, sekiranya berkesempatan saya akan update mengenai skot kita ni.

Sekian, dulu cerita dari utara tanahair..!!
-Mej (B) Fauzi Abdullah