Thursday, April 16, 2009

RANI BERTUKANG BINA RUMAH SENDIRI

Isnin lalu sebelum ke Lumut, saya sempat menunaikan janji dengan skot untuk bertemu di Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi.

Rancangan secara 'short notice' dapat mengumpulkan Lt Kol Rani, Mej (B) Jamaluddin Toha dan Lt Kol Dr Mohd Kenali Basiron (kena tulis nama dia in full).

Saya sampai di depan Restoran Shiraj tepat seperti yang dijanjikan pada 2130 hrs, dalam keadaan hujan. Rani menghubungi aku menyatakan dia kini berada di rumah Jamal dan lambat sedikit sampai. Jamal sedang menguruskan laporan polis, ada pemuda yang tidak dikenali mahu menjual dadah di depan rumahnya.

Tidak lama selepas aku sampai, Kenali dan isterinya pun tiba dan 'parking' keretanya di sebelah kereta aku. Tanpa perasan aku di dalam kereta, dia terus masuk ke restoran.

Lama jugak aku bersembang dengan Kenali serta isterinya dan abang iparnya. Dah lama aku tak jumpa Kenali yang pernah duduk di sebelah bilik aku. Kali terakhir jumpa dia pada 27 Mac 2004 di Restoran Lotus, Ampang. Reunion yang dianjurkan oleh Fauzi Abdullah dan Omda (kalau tak silap).

Perut Kenali macam dulu jugak. Tapi katanya PTD mahu dia kuruskan perutnya lagi. Itu sebab malam itu Kenali hanya makan apple dan air kosong, sedangkan aku makan roti canai dan teh tarik.

Rani dan Jamal kemudian tiba dengan kereta merah, parking betul-betul di depan kami bersembang. Kenali kemudian menghubungi Lt Kol Md Din Abu. Md Din tinggal bujang di Kem Sungai Besi.

Md Din memberitahu dia tidak dapat turut bersama kami di Restoran Shiraj kerana sedang bermesyuarat di Kem Wardiburn dengan Pengerusinya. Tapi dia sempat bergurau, "ko orang masuk ke kawasan aku, tanpa minta izin. Ini tidak adil!......". Dan secara kebetulan Mej (B) Hanafiah Osman pula menghubungi aku ketika itu.

Tapi malam itu yang membuatkan kami terpegun ialah cerita Rani mengenai Arwah Mej Jamaluddin Darus dan kumpulannya di Bukit Jenalik serta cerita Rani dengan hobinya bertukang dan mengumpul kayu.

Antara yang menarik, Rani hanya menjaga kem setengah jam sehari dan yang selebihnya urusan bertukang serta mengumpul kayu. Yang membuatkan aku lebih terpegun bila Rani menceritakan bagaimana dia mengeringkan kayu menggunakan beratus lampu di dalam bilik. Lebih menarik minat kami cerita mengenai Condor yang digunakan oleh rakannya untuk menarik akar kayu dari hutan.

Cerita yang menakjubkan kami pula bagaimana Rani bertukang sendiri untuk membuat rumah di Gunung Rapat, Ipoh menggunakan kayu berkualiti bekas rumah.

Rani akan mengakhiri perkhidmatannya dengan ATM pada pertengahan tahun ini untuk menumpukan kerjaya dalam perniagaan dan hobi kayunya itu.

No comments: