Sunday, April 26, 2009

FAKTA REUNION

1. Ucapan disampaikan oleh Brig Jen Dato Razif Idris.
2. Antara isi ucapan - askar diharuskan buat dua perkara; menipu dan hitamkan rambut. Menipu - adalah muslihat (tactic) ketenteraan dan hitamkan rambut kerana nak tunjuk pada musuh pemimpin tentera segak dan muda. Bukan beruban dan tua. Itu sebab Razif dah hitamkan rambut.
3. Hubungan TJT 20 dan 21 rapat kerana sebelum TJT 20 tiada regular intake. Itu sebab Regular 21 selalu kena belasah dan terus jadi rapat dengan Regular 20.
4. Harun naik bas dari Kedah semata-mata nak datang majlis reunion.
5. Subky sudi tumpangkan Azaliah kerana tidak mahu reunion dikecewakan kerana tiada wakil ladies yang datang.
6. Dr Zul sanggup datang walaupun sedang mengalami demam.
7. Wan Kamil bawa Super Puma dari Terengganu semata-mata untuk hadir reunion.
8. Regular 20 & 21 menghargai mereka yang datang dari jauh untuk memeriahkan majlis reunion. Antaranya Brig Jen Dato Razif dari Jakarta, Brig Jen Masrani dari Sabah, Kol Redzuan, Lt Kol Rasek dan Wan Rahman.
9. Jawatankuasa dibentuk yang dipengerusikan oleh Mej Jen Dato Hadi Hussin.
10. Reunion dicadangkan dibuat setiap tahun. Tahun depan dicadangkan diadakan di RMC dan jurulatih dijemput.
11. Menghargai penyumbang dan kerja keras Mej Jen Dato Hadi, Kol Hassan dan Lt Kol Rezil kerana menganjurkan reunion kali ini.
12. Buku senarai lengkap beserta nombor telefon Regular Intake 20 & 21 diedar kepada mereka yang hadir.
13. Lt Kol Lim Kiat Choy terpaksa bergegas meninggalkan Golf Tournament kerana anggotanya terbunuh dalam latihan payung terjun.
14. Kebanyakan poket baju yang hadir, tersimpan kertas pink (buku senarai nama Regular 20 & 21)
15. AR Coy tetap unggul jadi 'Sovereign Company' kerana mencatatkan kehadiran teramai.
16. Yang pasti - Subky masih jaguh lagu Retro.

No comments: