Tuesday, December 22, 2009

JEMPUT SKOT - SKOT KITA RAMAI TAK HADIR

Oleh : Brig Jen Datuk Masrani Paiman

Assalamualaikum.

Saya pun dapat jemputan Harun Din tapi dah jawab tak dapat hadir. Mesti seronok berkumpul dalam majlis itu. Majlis kahwin anak saya pula pada 26 Dis. Bermula 7:30 malam di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi. Jemput skot – skot kita ramai tak hadir. Sedih jugak rasanya skot.

Ismet mungkin hadir sebab esoknya ada majlis ramah mesra dengan bekas tentera juga di Lok Kawi. Pada petang 27 Dis tu PM ada kat Sabah – Sambutan Christmas Malaysia. Mungkin nak sms kat Lette , dia boleh datang awal. Terima kasih skot!

Monday, December 21, 2009

BETTER LATE THEN NEVER

Oleh Mej Razali Che Dollah

Slm suma, kami pun tdk ketinggalan pi ke Penaga cuma mungkin yg akhir sekali. Maaf x dpt joint skot2. apa pun bagi memeriah suasan sila lihat foto ke http://spcoy21.blogspot.com/ .

Tq pd harun sklga.

Jalan yang sesakpun dah lengang.
16-19 dis 09 ada urusan di Langkawi. naik feri dr sana jam 1200 krna semua tiket habis dah ada delay pula.Smpai K.perlis jam 1 lebih.Dlm kul 3 lebih ada tel harun. mgkin sbuk xjawab.nasib baik.

jmpa juga umah harun ni. jika ikut plan awal mesti dpt jumpa skot2 kul 2ptg++. Tak pa lain kali ada lagi. mungkin lebih ramai. Walaupun sudah pergi tapi rugi juga x dpt berkumpul satu kumpulan. tq

LAGI GAMBAR KENDURI HARUN DALAM BLOG AKU

Oleh : Lt Kol Fuad Hamzah (http://poatgambreng.blogspot.com/)

Skot pnya havoc usah crite lah. Tapi plan2 BAKAT pun dh mula mesra, tu yg nak tuh. Tak le husband je havoc tp wife hilang punca. Kesimpulannya kena slalu berjumpa. Pling sesuai utk family activiti...
Kita wat bowling. Mak bapak anak smua bleh join. Dgar crite Pengerisu BAKAT 12 Bgd jagoh bowling tuh. Yg lom smpat join tuh kena sempt2kn. Sssh nk explain skot seronknye tuh
So, klau kta wt gathering ada bowling ke karakole ke lagi cpat mesranya. Yg ada hutang pun masih ada nih. Tmbh lak wat kat KL, pheeh memg sang lg menynangkn. Kat mess hujung minggu pun ok......
Msing2 bwak bekal, kumpulkn, pheeh, aku ingat smpai lusa mkn pun tak hbis. Kije pun snang, kemesraan dpt, hapy pun dpat.

Sunday, December 20, 2009

KENDURI RUMAH HARUN JADIKAN KITA LEBIH AKRAB


Oleh : Mejar (B) Fauzi Abdullah
Pada 19hb. Dis, 2009, saya telah sama-sama dengan rakan-rakan skot tjt 21 menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak kepada Mej(B) Harun Din di Penaga, Pulau Pinang. Pada mulanya saya tidak menjangka kehadiran rakan-rakan daripada KL yang penuh komited datang dari jauh semata-mata ingin mengunjungi rakan-rakan yang menganjurkan kenduri perkahwinan anak disamping bersua muka dengan rakan-rakan yang telah bersara atau yang berkhidmat di kawasan sekitarnya.

Pertemuan ini telah menjadikan kita lebih akrab walaupun ada yang telah bersara dan mengikut hala tuju karier masing-masing. Saya dapat bayangkan kalau semua skot dapat menghadiri kenduri Harun Din pada hari tersebut maka suasananya mungkin lebih meriah dan rasanya ruang khemah yang disediakan mungkin tidak dapat menampung tetamu yang lain. Nasi minyak, kari kambing & ikan, ayam golek, ulam-ulaman & teh tarik yang disediakan rasanya keadaan mungkin berbeza.

Kemeriahan dengan suasana gembira terpancar diraut wajah masing-masing menceritakan segala-galanya. Dendangan lagu-lagu perkahwinan dan suara-suara tetamu lain tidak langsung menganggu perbualan rakan skot kita ini disamping mengimbau kenangan lama semasa dalam latihan di RMC dahulu & juga berkongsi pengalaman masing-masing. Kemesraan dan keakraban rakan-rakan skot tjt21 ini telah memberikan satu petunjuk bahawa kita semua amat prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain. Saya amat berharap suasana ini dapat diteruskan dan juga kepada rakan skot yang akan menerima menantu ditahun-tahun mendatang janganlah lupa menjemput rakan-rakan skot kita kerana kehadiran rakan-rakan skot akan memeriahkan suasana majlis itu nanti.

Tahniah & terima kasih Mej (B) Harun Din kerana menjemput kami.
(lagi foto kenduri dalam blog Fauzi http://mejasara.blogspot.com/)

Saturday, December 19, 2009

RUGI TAK DATANG.......






Kami komited. Itu yang dapat dirumuskan dengan kehadiran sebahagian skot pada majlis perkahwinan anak perempuan Mej (B) Harun Din. Tiada dapat digambarkan dengan kata-kata. Gambar ini boleh menceritakan segala-galanya.

Ada yang membawa badan sendiri, ada yang bawa isteri sahaja dan ada yang bawa semua anak beranak. Lebih menyelerakan makan ayam bakar dengan ulam-ulaman di tepi sawah.

Harun Din bertemu dengan Datuk Harun Din (Naib Presiden PAS) pada majlis itu. Ini kerana secara kebetulan anak Harun bertemu jodoh dengan anak saudara Datuk Harun Din.

Skot yang tak dapat datang teramatlah rugi! Tapi tak apa, skot yang tercicir boleh hadir bawak famili ke rumah BG Redzuan di Rumah Panglima selepas ini.



TERUJA NAK KE RUMAH HARUN DIN

Hari ini beberapa skot kita mencuri masa untuk meraikan Harun Din yang buat kenduri kahwin di rumahnya di Kampung Lembah, Penaga Seberang Prai Utara.

Kiah dan Jalal siang-siang lagi dah bertandang ke rumah Harun semalam. Sebagai bos yang perihatin Jalal kenalah buat macam itu kerana abang pengantin perempuan pernah bekerja di bawah dia.

Fuad Hamzah pula dah awal-awal lagi menginap di Sungai Petani sejak semalam. Aku dan keluarga pula dah check-in di Bukit Jambul walaupun tak familiar dengan tempat tu dan sesat banyak kali sebelum sampai.

Malam tadi kita dah siap-siap tenguk Google Map cari Kampung Lembah di Penaga. Tenguk peta mudah jer tapi on the ground tak tau lah, jangan jadi macam semalam sudahlah. Nampak bangunan tapi tak sampai-sampai.

Anak-anak yang bapaknya sentiasa duduk di bawah pokok kelapa dah teruja nak tenguk bendang sebab Harun kata majlis diadakan di tengah sawah. Ntah ye ntah tidak!

Setahu saya antara skot yang confirm hadir Jalal/Kiah, Fuad, Razak, Rezil, Fauzi, Md Akhir, Zulkifli dan Lokman.