Hari ini beberapa skot kita mencuri masa untuk meraikan Harun Din yang buat kenduri kahwin di rumahnya di Kampung Lembah, Penaga Seberang Prai Utara.
Kiah dan Jalal siang-siang lagi dah bertandang ke rumah Harun semalam. Sebagai bos yang perihatin Jalal kenalah buat macam itu kerana abang pengantin perempuan pernah bekerja di bawah dia.
Fuad Hamzah pula dah awal-awal lagi menginap di Sungai Petani sejak semalam. Aku dan keluarga pula dah check-in di Bukit Jambul walaupun tak familiar dengan tempat tu dan sesat banyak kali sebelum sampai.
Malam tadi kita dah siap-siap tenguk Google Map cari Kampung Lembah di Penaga. Tenguk peta mudah jer tapi on the ground tak tau lah, jangan jadi macam semalam sudahlah. Nampak bangunan tapi tak sampai-sampai.
Anak-anak yang bapaknya sentiasa duduk di bawah pokok kelapa dah teruja nak tenguk bendang sebab Harun kata majlis diadakan di tengah sawah. Ntah ye ntah tidak!
Setahu saya antara skot yang confirm hadir Jalal/Kiah, Fuad, Razak, Rezil, Fauzi, Md Akhir, Zulkifli dan Lokman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment