Sunday, November 29, 2009

RAKAN AKRAB BERTEMU DI KEM GEMAS

Foto daripada blog poatgambreng.
Brig Jen Redzuan dan Lt Kol Fuad. Dua sahabat yang sudah lebih 30 tahun berjuang bersama. Ketika di Afat dan AR Coy, CW RMC masing-masing mereka menjadi pemimpin besar.

Disember ini majlis yang akan ditaja Redzuan dan diatur oleh Fuad untuk skot TJT21 sempena meraikan pemakaian pangkat Duan akan di adakan di Kuala Lumpur.

Skot jangan bimbang venue bukan di mess atau di mana-mana kem, dan tiada dress code khusus.

Wednesday, November 25, 2009

RAMAI SKOT TUNGGU PANGLIMA 12 BDE BELANJA

“Raya Haji aku kat KL. Sapa-sapa tak balik kampung, boleh dtg mes 4 Div. Aku boleh organise. Callingx le...”, itu mesej Brig Jen Redzuan dalam CBox di sebelah.

Ramai yang teruja dengan pelawaan Jeneal baru kita tu. Baru tadi Lt Kol Md Din Abu dan Kol Jalal Manan menghubungi saya dan bercakap mengenai pelawaan Redzuan.

Apa lagi Duan, depa dah lama tunggu mike belanja. Buatlah di luar kem, bebas daripada protocol. Nanti lepas raya haji kita organize!

Tuesday, November 17, 2009

SEMUANYA SECARA KEBETULAN

Berkunjung ke Kementerian Pertahanan hari ini (Isnin) saya diizinkan bertemu dengan beberapa skot. Bermula dengan Lt Kol Dr Kenali kami turun ke kantin. Lt Kol Md Din Abu kemudian menyertai kami setelah saya mengajaknya turun.

Belumpun sempat menghabiskan minuman, Lt Kol Tayazi yang saya hubungi sebelum itu mengajak saya ke atas. Tayazi kata dia ada bersama Brig Jen Dato’ Razif.

Kami bertiga kemudian ke atas. Saya tersalah naik ke tingkat 12 dan secara kebetulan bertemu Kol Kamarul di pejabatnya.

Kami berempat kemudian ke tingkat 14 secara kebetulan pula mengunjungi Kol Hassan Ali. Belumpun sempat Hassan membuatkan kami minuman, Tayazi pula mengajak aku berjumpa Dato’ Razif.

Ketika aku bersama Dato’ Razif, dia pula meminta Tayazi menjemput rakan-rakan yang lain yang berada di bilik Hassan untuk berkumpul bersamanya di bilik ‘logistik’.

Kami ‘reunion’ secara kebetulan dan bersembang lama dengan Dato’ Razif sehingga Kamarul meminta izin untuk ke surau sebelum yang lain terus bersembang sehingga jam 1330.

Semuanya secara kebetulan dan saya suka cara ia terlaku.

Wednesday, November 11, 2009

PIE MENJADI 'PENGULAS' MELALUI KARYA SENI

(Pie bersama Lok di depan 'Angel fire' 180cm x 269cm bernilai RM20,000.)
Shafee dianggap 'pengulas' melalui hasil seninya. Pameran solo di Galeri Chandan memaparkan 29 hasil karya beliau yang diterjemahkan sepanjang tahun 2009, dengan nilai seni setiap naskah diantara RM800 hingga RM25,000.
Pada majlis pembukaan Sabtu lalu tiga skot Regular 21 hadir untuk memberikan sokongan moral kepada beliau. Mereka ialah Brig Jen Redzuan, Mejar Razali dan Mej (B) Md Som.
Beberapa peminat seni tempatan dan luar negara kagum dengan hasil seninya yang disifatkan melewati dimensi karya kotemporari.
Bagi skot yang belum berkunjung, anda amat dialu-alukan datang kerana pameran Art Of War Art Of Raw diadakan sehingga 18 November ini.

Tuesday, November 10, 2009

SHAFEE ADAKAN PAMERAN SOLO DI GALERI CHANDAN

(Sama-sama kita memberi sokongan kepada skot kita Shafee Ramli dengan mengunjungi Galeri Chandan di Bukit Damansara sehingga 18hb ini.)

THE ART OF WAR THE ART OF RAW

A POETIC VISUAL EXHIBIT BY SHAFEE RAMLI
The Art of WAR : The Art of RAW is the first solo art exhibition by Shafee Ramli that is dedicated to post-World War II.

The exhibition, which is inspired by the essence of war and destruction, brings together Shafee’s ‘raw’ surface technique with his strong statement about ‘war’ and destruction.Rather than recreation of reality, the artist wants to express the complexity and intensity due to hostile environment of the war and all its might and military hardware.

The artist strongly believe that ‘art of war - art of raw’ series of painting has the power to capture the atmosphere and ambience of a setting and allows the viewer to appreciate and develop a new understanding of our dangerous but yet fragile world. This exhibition will portray the obliteration caused by one atomic bomb and convey a message that few of us have yet comprehended the all but incredible destructive power of this weapon, and that everyone should take some time to reflect and consider the terrible implications of its use

Wednesday, November 4, 2009

BRIG JEN REDZUAN TERIMA TUGAS PANGLIMA 12 BRIGED

Hari ini secara rasminya Brig Jen Redzuan Baharuddin menerima tugas sebagai Panglima 12 Briged menggantikan Brig Jen Abdul Halim Jalal yang akan melanjutkan pelajaran di Australian Defence College, Canberra.

Turut hadir pada majlis serah terima tugas pagi tadi, Panglima 4 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Zulkiplee Kassim.

Upacara itu dirakamkan oleh krew Jabatan Berita dan Ehwal Semasa sebuah stesen TV swasta.

Apa lagi skot, jenguk-jenguklah berita itu malam ni jam lapan malam.