Berkunjung ke Kementerian Pertahanan hari ini (Isnin) saya diizinkan bertemu dengan beberapa skot. Bermula dengan Lt Kol Dr Kenali kami turun ke kantin. Lt Kol Md Din Abu kemudian menyertai kami setelah saya mengajaknya turun.
Belumpun sempat menghabiskan minuman, Lt Kol Tayazi yang saya hubungi sebelum itu mengajak saya ke atas. Tayazi kata dia ada bersama Brig Jen Dato’ Razif.
Kami bertiga kemudian ke atas. Saya tersalah naik ke tingkat 12 dan secara kebetulan bertemu Kol Kamarul di pejabatnya.
Kami berempat kemudian ke tingkat 14 secara kebetulan pula mengunjungi Kol Hassan Ali. Belumpun sempat Hassan membuatkan kami minuman, Tayazi pula mengajak aku berjumpa Dato’ Razif.
Ketika aku bersama Dato’ Razif, dia pula meminta Tayazi menjemput rakan-rakan yang lain yang berada di bilik Hassan untuk berkumpul bersamanya di bilik ‘logistik’.
Kami ‘reunion’ secara kebetulan dan bersembang lama dengan Dato’ Razif sehingga Kamarul meminta izin untuk ke surau sebelum yang lain terus bersembang sehingga jam 1330.
Semuanya secara kebetulan dan saya suka cara ia terlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment