Wednesday, November 11, 2009

PIE MENJADI 'PENGULAS' MELALUI KARYA SENI

(Pie bersama Lok di depan 'Angel fire' 180cm x 269cm bernilai RM20,000.)
Shafee dianggap 'pengulas' melalui hasil seninya. Pameran solo di Galeri Chandan memaparkan 29 hasil karya beliau yang diterjemahkan sepanjang tahun 2009, dengan nilai seni setiap naskah diantara RM800 hingga RM25,000.
Pada majlis pembukaan Sabtu lalu tiga skot Regular 21 hadir untuk memberikan sokongan moral kepada beliau. Mereka ialah Brig Jen Redzuan, Mejar Razali dan Mej (B) Md Som.
Beberapa peminat seni tempatan dan luar negara kagum dengan hasil seninya yang disifatkan melewati dimensi karya kotemporari.
Bagi skot yang belum berkunjung, anda amat dialu-alukan datang kerana pameran Art Of War Art Of Raw diadakan sehingga 18 November ini.

No comments: