Monday, May 12, 2008
KOMPENI DIRAJA MASUK BARIS (SP COY)
Assalamualaikum Skot. Minta kebenaran Kompeni DiRaja masuk baris. SUO Jalal kalu ada yang tersilap tolong betulkan. Aku tak dak gambar nak refer, cuma dpt ingat berdasarkan karekter masa kadet dulu.
1. SUO Jalal
2. JUO Raja Ikram
3. JUO Mohd Som
4. KKMS Hairom
5. Ismet Nayan (Cadet Sandhurst kena sebut dulu)
6. Abdul Rani Sydin
7. Aziz Md Isa
8. Haron Din
9. Fauzi Abdullah
10. Omda Malik
11. Nasir (TUDM)
12. Norkhiah
13. Nor Azalia
14. Razali Che Dollah
15. Shahar
16. Zulkefli Ismail
17. Ramlee Md Piah (TUDM) - kata x mingguan favourite dia..Jom pi jogging (bila dia dah siap pakai track suit orange RMC)..mula x ingat dia pi jogging sungguh.. rupa x nya ..kun…kul 6.45 baru kelam kabut berlari naik tangga nak pi gunting rambut kat DTT..selisih lak ngan Wan Ghazali kat tangga sebelum sampai dewam makan..dah la tak sempat gunting rambut..kena ketuk kepala ngan OC Cadet lak. (Sori Li..Cuma mengenang kembali kisah x kita masa tinggal kat Valley Block.)
18. Subki Abdul Rahman..(Pemborong kacang panjang/panggang dlm tin–ration, sebab member x lain ramai yg tak makan benda tu masa Ex). Ada cerita menarik tentang kacang dlm tin masa wdr Final Ex. Haron Din boleh cite sebab dia yg selamatkan Subki.
19. Muhd Adam (sahabat aku dlm Kor Ordnans).. kata x hikmat dia.. Sakit pinggang Staff…bila dia tak larat buat sit up kat gym…staff Mahmud yg garang pun tak leh buat apa x bila dengar Md Adam kata mcm tu..dia sorang saja boleh excuse sit up.
20. Razak Ahmad (pemain bola favourite aku)..tapi yg tak syoknya bila nak try saja dia nak sepak Qirri saja..kiri la tuu..
21. Mathevan..kata x hikmat dia ..come on Muthu, you can do it.. bila dia tengok Muthu pewai masa berlari pakai battle order turun dr RMC sampai kat round about 11 RAMD…tapi bila sampai kat bomba Sg Besi.. Muthu lak cakap ..come on Matevan you can do it..bila Mathevan lak pewai..aku ngan Rani tumpang gelak je..aku pun pewai gak.
22. Ismaul (pelakon utama sketsa ..Duit Syiling..masa menembak di Asahan)..paling kelakar masa dia mula x melapor kat RMC, panjat ikut slope belakang kantin..aku ingatkan labourer..Sori Maul bukan nak kutuk..silap kau gak…tangga ada beratus..apasal kau ikut slope.
23. Muthu Swaminathan (Ismaul panggil Muthu suami isteri)..masa dia duty cadet..cara dia lapor…( satu duty..satu cuty)..cuti la tu..dienglishkan.
24. Md Akhir.
Itulah cerita nye kadet SP..ada banyak lagi..tapi lain kali pulak..kena minta kebenaran skot dulu..nanti kena charge pulak.
Sunday, May 11, 2008
KE MANA MEREKA (AR COY)?
Berikut senarai Regular 21, Abdul Rahman Kompeni (AR Coy). (Sila komen dan catatkan nama penuh dan nombor perkhidmatan anda. Sorilah tak ingat nama penuh dan nombor tentera. Senarai ini berdasarkan 'group photo' depan Dewan Tun Templer. Tak tau kot ada yang tercicir)
1. Fuad Hamzah
2. Redzuan
3. Md Din Abu
4. Hassan Ali
5. Jamaludin Toha
6.Ahmad Sabri
7. Rozita Ghani
8. Mohd Lokman
9. Ishak
10. Liew Swee Ming
11. Abd Rasek
12. Yew Chean Choon (mendiang)
13. Mohd Nafiah
14. Mohd Tayazi
15. Joseph Rajah
16. Aminuddin
17. Mohd Nasir
18. Roskamarozaman
19. Romlee
20. Sofian
21. Wan Muhammad Kamil
22. Wan Rahman
23. Mohd Kenali Basiron (muka tak ada dalam gambar. Tak tau kenapa?)
Harap-harap wakil AS Coy dan SP Coy dapat mengirimkan senarai mereka.
p/s Fuad nama ko kenalah letak kat atas, engko kan SUO!
Friday, May 9, 2008
KEHIDUPAN SEBAGAI ORANG AWAM - (CORETAN 2)
Setelah menamatkan perkhidmatan dalam tentera selama 17 tahun saya memulakan kerjaya sebagai orang awam di syarikat Multimodal Freight Sdn Bhd. Pengerusi syarikat ini ialah juga CO 50 Rejimen Jurutera Pakar Keretapi pada ketika itu.
Multimodal Freight Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan pengangkutan Kontena (Lojistik). Mulai Jun 1996, saya menjawat jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia, di Ibupejabat yang beroperasi di Subang Jaya sehingga April, 1997. Syarikat ini mempunyai cawangan di Pelabuhan Kelang, Pasir Gudang, Butterworth, Ipoh,Padang Besar dan di Lapangan Terbang Subang.
Sebelum saya berhenti daripada Multimodal Freight Sdn Bhd, saya telah dimaklumkan oleh skot kita Omda, bahawa sebuah syarikat perkhidmatan kesihatan memerlukan seorang pengurus yang berpengalaman dalam peyelenggaraan fasiliti.
Omda mencadangkan kepada saya untuk memohon jawatan tersebut kerana saya mempunyai pengalaman dalam bidang peyelenggaraan kemudahan fasiliti semasa berkhidmat dalam ATM dahulu. Atas nasihat beliau, saya memohon jawatan tersebut dan terus dipanggil temuduga. Alhamdulillah, permohonan saya diterima. (Sebab tu saya tak boleh lupa sahabat saya sorang ni…!!)
PENGURUS KANAN OPERASI - PANTAI MEDIVEST SDN BHD
(Dahulu dikenali sebagai TONGKAH MEDIVEST SDN BHD)
Pada mulanya saya bertangungjawab menjaga 7 buah hospital iaitu hospital Melaka, Alor Gajah, Jasin, Muar, Segamat dan Tangkak dalam perkhidmatan sokongan hospital. Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan kemudahan fasiliti, biomedikal, ‘clinical waste’ dan laundry di hospital. Dalam tahun 1999,saya telah dilantik sebagai Pengurus Kanan Operasi yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam perkhidmatan sokongan hospital di semua cawangan 19 buah hospital di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, termasuk Incinerator Plant & Factory Laundry(Dobi) di Dengkil.
Datuk Mokhzani Mahathir adalah Pengerusi syarikat Pantai Group pada ketika itu. Saya telah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang dan diberi kepercayaan untuk mewakili Pantai Medivest dalam setiap mesyuarat di Kementerian Kesihatan. Saya rasa satu kepuasan kerana dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya amat disenangi oleh pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan dan pihak hospital yang juga merupakan pelanggan kami.
Dalam keghairahan saya memberikan yang terbaik kepada pelanggan, adakalanya kita terlupa bahawa kita dicemburui oleh rakan seperjuangan kita. Inilah hakikatnya, kehidupan manusia yang tidak dapat lari daripada hasad dan dengki. Berlaku perkara-perkara yang telah menjejaskan kredibiliti dan reputasi saya sebagai seorang yang disegani dan dihormati dalam organisasi ini.
Saya tidak menyangka bahawa kadangkala pengorbanan kita akhirnya menjadi racun kepada kita. Dalam masa yang sama juga, saya menghadapi situasi yang amat perit dalam kehidupan berkeluarga yang mana pengorbanan saya dalam memberikan yang terbaik kepada keluarga semasa zaman kegemilangan saya tidak dihargai dan saya terpaksa melalui saat-saat getir ini bersendirian, dan pada saat inilah saya telah ditinggalkan bersendirian tanpa sokongan daripada orang yang sepatutnya menjadi penyokong kita.
Saya redha dengan dugaan Allah ini dan akhirnya saya terpaksa berpisah dengan isteri dan 2 orang anak saya. (Omda lah yg banyak memberikan semangat kpd saya kerana dialah satu-satunya sahabat dan saudara saya). Pada tahun 2002 saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Pantai Medivest Sdn Bhd dan ingin melupakan peristiwa hitam yang berlaku dalam kerjaya dan kehidupan saya.
59 CORPORATION SDN BHD
Dalam memulakan kebangkitan kerjaya saya inilah, saya telah menghasilkan satu kertas cadangan mengenai pengiklanan luaran untuk Kementerian Pertahanan. Saya telah berbincang dengan Dato’ Ahmad Talib (NST), yang saya kenali dan beliau telah mencadangkan kepada saya untuk membincangkan cadangan ini dengan sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang pengiklanan iaitu 59 Corporation Sdn Bhd. Beberapa siri perbincangan telah diadakan dan akhirnya kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat-syarat yang telah dikemukakan dan 59 Corporation berjanji akan menyediakan perjanjian ini untuk ditandatangani.
Saya terus menjalankan tugasan saya dengan menghantar Kertas Cadangan “PENAJAAN MENDIRIKAN 300 UNIT BILLBOARD PROFESSION PILIHAN” diseluruh Negara untuk ATM bagi membantu mempromosikan kerjaya ATM, yang bernilai lebihkurang RM 10 juta .
Selang beberapa bulan selepas itu, saya telah dimaklumkan oleh Cawangan Perhubungan Awam (skot kita Lt Kol Fadzelette pada ketika itu), iaitu Kementerian Pertahanan telah bersetuju dengan cadangan ini dan pihak kami dikehendaki membentangkan kepada TKSU Dato’ Azizah Abod di pejabatnya. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dan perjanjian antara Kementerian Pertahanan dan 59 Corporation Sdn Bhd ditandatangani.
Saya dengan beberapa pengurus lain telah turun padang untuk mengenalpasti lokasi-lokasi untuk mendirikan Billboard di bandar-bandar utama yang menjadi kumpulan sasaran untuk mempromosikan ATM. Dalam keghairahan untuk melaksanakan projek ini, timbul rasa tamak daripada pihak 59 Corporation Sdn Bhd dan mereka ingin meminda perjanjian antara saya dan 59 Corporation, walaupun pada dasarnya telah dipersetujui. Saya tidak berpuashati dan rasa tertipu dengan tindakan syarikat ini.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat ini dan menubuhkan syarikat sendiri, EXTREME EFFECT SDN BHD. (Saya pun tak tahu mengenai kemajuan projek ini sehingga kini…mungkin Kol Let tau kut!!)
Contoh Billboard Promosi ATM yang didirikan di Ipoh,simpang ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.SYARIKAT EXTREME EFFECT SDN. BHD.
Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, saya telah memulakan perniagaan sendiri sebagai Pengarah Urusan syarikat Extreme Effect Sdn Bhd, mulai tahun 2002 sehingga sekarang. Pada tahun 2004 saya telah mendapat suntikan semangat dan modal daripada rakan kongsi baru dalam syarikat saya dan kini beliau juga menjadi isteri saya sekarang ini. Syarikat ini terlibat dalam bidang pengiklanan luaran, penyelenggaraan fasiliti, publikasi dan pembekalan. Projek terbesar yang dibuat ialah MENDIRIKAN PAPAN TANDA PRODUK PELANCONGAN DI SELURUH MALAYSIA pada tahun 2004.
Cadangan saya telah mendapat persetujuan daripada Kementerian Pelancongan, melalui pejabat Timbalan Menteri Pelancongan pada ketika itu Dato’ Ahmad Zahid Hamidi. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dan syarikat saya Extreme Effect Sdn Bhd telah dilantik untuk melaksanakan projek ini selama 5 tahun.
Walaupun pada dasarnya projek ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelancongan, tetapi masalah utama yang saya hadapi ialah kerenah birokrasi diperingkat agensi-agensi yang terlibat seperti JKR, PBT, dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri-Negeri.
Saya terpaksa menghadapi berbagai-bagai kerenah birokrasi dan saya terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk memulakan projek ini. Kerana komitmen saya kepada Kementerian Pelancongan, saya telah mendirikan juga papan tanda ini sebagai pilot projek di Langkawi, Nilai, Port Dickson, Perak dan Pulau Pinang walaupun kelulusan belum diperolehi daripada agensi-agensi ini.
Akhirnya, saya terpaksa melupakan projek ini kerana syarikat saya mengalami masalah kewangan dan kerugian hampir RM 300 ribu, akibat kerenah birokrasi ini. (Sorry la Lokman banyak dugaan..!!)
Contoh Papan Tanda Arah Produk Pelancongan :
Langkawi

Port Dickson
Kini, saya terpaksa menumpukan perniagaan saya dalam bidang penyelenggaraan fasiliti dan pembekalan bahan bacaan. Insyaallah, dalam tahun 2008 ini, sekiranya ada rezeki, perniagaan saya akan kembali seperti sediakala.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada skot-skot kita yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perlaksanaan projek-projek di atas.
Terima kasih, Lokman.
Thursday, May 8, 2008
ZUL BUAT KAJIAN MENGENAI ORGAN SILENCE DI UUM
Tapi Zul sorilah, aku belum ada masa nak reply. Dan sori sekali lagi, aku kena masukkan dalam entri di blog kita ini untuk makluman skot kita yang lain. Sekurang-kurangnya depa tau apa yang hang buat.
Assalamulaikum Saudara Lokman,
Saya sedang menyiapkan tesis tentang organisational silence. Kajian saya lebih menjurus kepada sebuah organisasi awam.
Walau bagaimana terdapat cadangan drp ahli panel untuk menguji kesesuaian instrumen kajian bagi sesebuah organisasi politik setelah mengambilkira perkembangan politik selepas PRU 12.
Saya harap saudara dapat meluangkan sedikit masa bagi memberi komen terhadap soal selidik yang dikepilkan. Sekian, terima kasih.
Wednesday, May 7, 2008
KITA JADI INVISIBLE......


TAYAZI DAH READY UNTUK TEE OFF !!
Hari ni 7hb.Mei,2008, saya, Zul & Tayazi sepatutnya RV kat kedai mamak pokok ceri di Changlun. Nak pekena dulu mee goring mamak lepas tu tee off kat UUM. Begitulah rancangan pada mulanya,tetapi saya terima call daripada Zul yang dia tak dapat join sebab dia tak dapat pelepasan lagi (ni kes naya depa tak lepas tali lagi)!!
Jadi saya pun call Tayazi terus jumpa kat Kelab Golf UUM. Tayazi memang serius main golf, boleh dikatakan tiap-tiap minggu dia turun padang dan kalau ada monthly medal dia mesti participate. Baru-baru ni dia bagitau saya, dia dapat hadiah masa tournament. Memang saya nampak ada peningkatan bila dia tee off kat UUM ni. Tayazi pun akan khatam juga dalam bulan 7 ni….golf pun dia khatam sekali…!!
Tu yang baguih dok kat UUM ni !! Dia ada bagitau saya yang dia akan melapur ke Wardieburn Kem (4 Div) bulan 7 nanti. Jadi kepada skot kita yang ada kat KL tu kalau nak tee off jangan lupa panggil Tayazi sekali sebab dia dah ready untuk terima cabaran daripada skot-skot kita, terutama Kol Jalaludin katanya!!
Fuad & Zali Chat, sorry la saya tak dapat nak bawa Zul kat padang UUM lagi…!! Agaknya kalau Zul ada kat padang tadi saya dapat BIRDIE la kut !!
Sekian dulu...khabar dari utara !!
Tuesday, May 6, 2008
KAKI TERCICAH DI BUMI POLAH (Siri 2)
Gambar Malam Kami Berangkat ke Poland
Adapun tiadalah berpanjangan kelancaran penerbangan kami malam itu. Sebaik saja melimpasi sempadan Poland, dimaklumkanlah kami oleh Si Jurutebang bahawa cuaca di Krakow tempat kami sepatutnye mendarat tiadalah elok adanye. Maka seram sejuk lah kami semuenye.
Tiadalah tahu apalah yang kami baca akhirnye. Maka setelah tinggi diudara Si juruterbang mengatakan bahawa kami terpaksa mendarat di Katowice yang 120km letaknya dari Krakow. Tiada lah kami hairan akan pengumuan itu melainkan kami ingin cepat turun kebumi kerana kami tidak berkepak untuk lebih lama terbang di udara.
Maka setelah hampir sejam melayang diudara tiba dan mendaratlah kami di Katowice pada jam 5 petang yang telah pun gelap adanye. Bertepuk tangan lah semua yang ada di dalam kapalterbang tanda gumbira yang tidak terkata. Tiadalah kami membuang masa melainkan berlari-larilah kami meninggalkan kapaltebang untuk terus ke Si penguasa.
Tapi alangkah terkejutnya kami bila Si penguasa bertanya bebrapa soalan dalam bahasa ibundanye. Terpinga-pingalah kami kerana yang ditanya tiadalah kami faham dan hendak bertanya pun kami tiada pandai adanye. Selang beberapa ketika datanglah rakan Sipenguasa yang boleh berbahasa inggeris adanya.
Maka barulah kami faham akan soalan yang pelek-pelek itu adanye. Ditanyalah kepada kami ‘Apakah gerangan tuan hamba ke Poland’, ‘Diamanakah tuan hamba akan tinggal di Poland’, ‘Adalah tuan hamba membawa bersama surat jemputan datang ke Poland’ dan entah apa-apa lagi soalan yang membuat kami hairan tujuan soalan demikian ditanyakan. Hampir 2jamlah kami bersoaljawab sebelum kami di benarkan keluar dari lapangan terbang untuk dibawa semula ke Krakow tempat asal kami sepatutnye mendarat dengan bas.
Arakian, setelah hampir 3jam dengan bas barulah kami tiba di Krakow. Tiadalah lain yang menyambut kami melainkan ribut salji yang sejuknye bukan kepalang. Maka menggeletarlah seluruh tubuh kerana pakaian kami tidalah memadai untuk berhadapan dengan suhu -100C. Maka bertaburan semulah kami menaiki van untuk membawa kami ke hotel persinggahan.
Keesokan harinye, bermulah kehidupan kami di Poland. Maka tiada apalah yang nak dimakan di hotel itu melainkan telur rebus, roti dan minuman jus serta kopi. Tiadalah terbuka selera kami bila melihat benda dan cara masakan mereka adanye. Kesemuanya sejuk sejuk belaka. Mencuba jugalah kami memakan ikan salmon yang kami kenal untuk mengalas perut.
Maka sebermula dari itu tiada lain lah makanan kami melainkan yang itu itu juga adanye. Naik muaklah akhirnye. Tapi apakan daya bekelana di negara orang yang putih-putih ni. Pun begitu, anak-anak bukan main seronok lagi berada dinegara orang. Tiadalah lain yang terkeluar dari mulut mereka melainkan sentiasa pelek dengan apa yang dipandang apatah lagi yang didengar.
Tiadalah mahu membuang masa mereka melainkan terus bersantai dan berpeleseran di bandar dalam kesejukan dengan hajat untuk bermain dengan salji. Namun telah cairlah salji malam tadi. Begitulah cuaca yang tidak menentu, naik turun tak ikut masa.
Gambar Berpeleseran di Krakow (tak tahu foto yang mana)
Sementara anak-anak berpeleseran tiadalah lain lah yang aku buat melainkan menyelesaikan perjanjian sewa rumah adanye. Maka susah sungguh lah berbicara dengan orang Poland yang tidak berbahasa melayu atau inggeris ini. Mujurlah ada Si tukang terjemah yang kekadang tersilap terjemah jua adanye.
Bertegang uratlah kami bebalah benda yang tidak betul akan terjemahannye. Tidak ke naya. Tapi akhirnye setelah 3 minggu berlalu, setelah kembung perut muntah kedarah ikan salmon salai termeterai lah perjanjian sewa rumah. Berpindahlah kami ke rumah sewaan kami dengan harapan kami akan mula memasak masi dan lauk kegemaran kami.
Gambar Rumah Sewaan Kami Dari Belakang
Namun, kegairahan kami untuk memasak makanan kami terbantut jualah adnye kerana barang yang kami hantar dari tanahair tiadalah sampai jua adanye. Berhari-harilah kami menanti namun tiada kelibat akan barang yang ditunggu. Maka hairanlah kami sedangkan kami diberitahu bahawa kapal telahpun berlabuh di Poland.
Sepanjang ketiadaan barang yang tunggu, terpaksalah kami memakan semula ikan salmon dan sayuran seperti karot, salad, kobis yang ada di TESCO. Terlalu gianlah jadi nye setelah menunggu lebih 3 bulan tiada juga bolah keluar barang kami yang dahpun tiba. Akhirnya setelah hampir 4 bulan, setelah lapok ikin bilis dan udang kering didalam kotak barulah kami dapat barang yang kami tunggu.Adapun taulah kami tiadalah lain masalah nya kecuali barang kami perlu diperiksa oleh kementerian ekonomi, kementerian perdagangan dan yang terakhir sekali kementerian kesihatan bagi menentukan bahwa barang yang kami bawa bukan untuk dijual dan tidak memudaratkan kesihatan kami dan orang Poland adanye.
Adapun tiadalah banyak barang makanan dan pakaian yang kami bawa melainkan 138 buah kotak semuanya. Maklum sajalah bekalan untuk 3 tahun dinegara yang tidak ada orang melayu dan amat kurang orang lain kecuali orang Poland sahaja.
Gambar Barang Kami Dah Tiba
Adapun bermula dari hari itu, maka mulalah kami memakan makanan biasa kite semula. Budu ada, ikan masin ada, kari ada gulai ada. Namun, tiadalah dapat kami makan daging ayam, lembu, BURUNG dan KAMBING kerana semua yang ada tidak disembelih adanye. Terpaksalah kami membeli ayam kampong hidup dipasar yang jarang-jarang ada untuk dipotong lehernye sendiri. Nak dijadikan cerite pernahlah ayam yang dipotong lehernye dicampak kedalam salji, dua hari kemudian baru jumpa kerana dikambus dek salji.
Namun, dari hari kesehari dapatlah kami mencari sumber makanan yang kami hajati walaupun cuma sekadar 10% sahaja adanye. Taulah kami bahawa di Poland ini amat sedikit orang luar tambah yang macam kite berhidung pesek dan berkulit dan berambut hitam. Kalau ada pun cuma orang vietnam yang menjual dipasar pakaian dan beberapa kerat pelajar dari negara arab yang menjadi musuh tradisi Amerika sepeti sudan, libya dan yaman.Namun, kesukaran hidup di masa awal di Poland tidak sangat diendahkan kerana pada ketika kami tiba musim salji sedang berada dipuncaknya. Tak jemu-jemu anak-anak bergelumang dengan benda yang baru ini. Ialah namapun bebudak..... Mujur gak bapak depa dah puas meranduk salji kat Bosnia dulu, kalau tak sama alsoooooo
Gambar Bersantai Di belakang Rumah
Jumpa lagi Skot
P.Pinang
Lenggong, Perak


