Tuesday, May 6, 2008

KAKI TERCICAH DI BUMI POLAH (Siri 2)

Oleh : Fuad Hamzah (1649)

Adapun setelah sekian banyak nasihat dan ilmu serta bekalan dicurahkan, maka terbanglah kami sekeluarga ke Poland melalui Frankfurt. Maka tiadalah apa-apa yang berlaku disepanjang perjalanan melainkan makan tidur makan dan tidur adanye.

Gambar Malam Kami Berangkat ke Poland

Adapun tiadalah berpanjangan kelancaran penerbangan kami malam itu. Sebaik saja melimpasi sempadan Poland, dimaklumkanlah kami oleh Si Jurutebang bahawa cuaca di Krakow tempat kami sepatutnye mendarat tiadalah elok adanye. Maka seram sejuk lah kami semuenye.

Kumat makitlah mulut kami membaca ayat-ayat yang teringat. Diarahkanlah pula kami mengenakan talipinggang keselamatan, bergoncanglah kapalterbang sekejap kekiri sekejap kekanan keatas dan kebawah. Maka dicuba jugalah oleh Si juruterbang untuk mendarat. Hampir sahaja mencecah ke bumi, tiadalah lain yang kami rasa melainkan kapalterbang naik semula melayang ke udara. Semakin rancaklah berkumit kamit mulut kami membaca itu dan ini.

Tiadalah tahu apalah yang kami baca akhirnye. Maka setelah tinggi diudara Si juruterbang mengatakan bahawa kami terpaksa mendarat di Katowice yang 120km letaknya dari Krakow. Tiada lah kami hairan akan pengumuan itu melainkan kami ingin cepat turun kebumi kerana kami tidak berkepak untuk lebih lama terbang di udara.

Maka setelah hampir sejam melayang diudara tiba dan mendaratlah kami di Katowice pada jam 5 petang yang telah pun gelap adanye. Bertepuk tangan lah semua yang ada di dalam kapalterbang tanda gumbira yang tidak terkata. Tiadalah kami membuang masa melainkan berlari-larilah kami meninggalkan kapaltebang untuk terus ke Si penguasa.


Tapi alangkah terkejutnya kami bila Si penguasa bertanya bebrapa soalan dalam bahasa ibundanye. Terpinga-pingalah kami kerana yang ditanya tiadalah kami faham dan hendak bertanya pun kami tiada pandai adanye. Selang beberapa ketika datanglah rakan Sipenguasa yang boleh berbahasa inggeris adanya.

Maka barulah kami faham akan soalan yang pelek-pelek itu adanye. Ditanyalah kepada kami ‘Apakah gerangan tuan hamba ke Poland’, ‘Diamanakah tuan hamba akan tinggal di Poland’, ‘Adalah tuan hamba membawa bersama surat jemputan datang ke Poland’ dan entah apa-apa lagi soalan yang membuat kami hairan tujuan soalan demikian ditanyakan. Hampir 2jamlah kami bersoaljawab sebelum kami di benarkan keluar dari lapangan terbang untuk dibawa semula ke Krakow tempat asal kami sepatutnye mendarat dengan bas.

Arakian, setelah hampir 3jam dengan bas barulah kami tiba di Krakow. Tiadalah lain yang menyambut kami melainkan ribut salji yang sejuknye bukan kepalang. Maka menggeletarlah seluruh tubuh kerana pakaian kami tidalah memadai untuk berhadapan dengan suhu -100C. Maka bertaburan semulah kami menaiki van untuk membawa kami ke hotel persinggahan.

Ribut Salji Menyambut Kami di Krakow

Setibanya di hotel tiadalah lain yang kami buat melainkan menugcapkan kesyukuran pada Yang Maha Esa dan mempersiapkan badan untuk menyambung peraduan kami. Lain pulalah yang dibuat oleh anak-anak melainkan melekat di tingkap melihat salji yang sedang turun dengan pelbagai andaian dan cerite sekadar nak memberitahu bahawa yang dia lebih pandai dari yang lain bila bercakap pasal salji.


Keesokan harinye, bermulah kehidupan kami di Poland. Maka tiada apalah yang nak dimakan di hotel itu melainkan telur rebus, roti dan minuman jus serta kopi. Tiadalah terbuka selera kami bila melihat benda dan cara masakan mereka adanye. Kesemuanya sejuk sejuk belaka. Mencuba jugalah kami memakan ikan salmon yang kami kenal untuk mengalas perut.

Maka sebermula dari itu tiada lain lah makanan kami melainkan yang itu itu juga adanye. Naik muaklah akhirnye. Tapi apakan daya bekelana di negara orang yang putih-putih ni. Pun begitu, anak-anak bukan main seronok lagi berada dinegara orang. Tiadalah lain yang terkeluar dari mulut mereka melainkan sentiasa pelek dengan apa yang dipandang apatah lagi yang didengar.

Tiadalah mahu membuang masa mereka melainkan terus bersantai dan berpeleseran di bandar dalam kesejukan dengan hajat untuk bermain dengan salji. Namun telah cairlah salji malam tadi. Begitulah cuaca yang tidak menentu, naik turun tak ikut masa.


Gambar Berpeleseran di Krakow (tak tahu foto yang mana)

Sementara anak-anak berpeleseran tiadalah lain lah yang aku buat melainkan menyelesaikan perjanjian sewa rumah adanye. Maka susah sungguh lah berbicara dengan orang Poland yang tidak berbahasa melayu atau inggeris ini. Mujurlah ada Si tukang terjemah yang kekadang tersilap terjemah jua adanye.

Bertegang uratlah kami bebalah benda yang tidak betul akan terjemahannye. Tidak ke naya. Tapi akhirnye setelah 3 minggu berlalu, setelah kembung perut muntah kedarah ikan salmon salai termeterai lah perjanjian sewa rumah. Berpindahlah kami ke rumah sewaan kami dengan harapan kami akan mula memasak masi dan lauk kegemaran kami.


Gambar Rumah Sewaan Kami Dari Belakang

Namun, kegairahan kami untuk memasak makanan kami terbantut jualah adnye kerana barang yang kami hantar dari tanahair tiadalah sampai jua adanye. Berhari-harilah kami menanti namun tiada kelibat akan barang yang ditunggu. Maka hairanlah kami sedangkan kami diberitahu bahawa kapal telahpun berlabuh di Poland.

Sepanjang ketiadaan barang yang tunggu, terpaksalah kami memakan semula ikan salmon dan sayuran seperti karot, salad, kobis yang ada di TESCO. Terlalu gianlah jadi nye setelah menunggu lebih 3 bulan tiada juga bolah keluar barang kami yang dahpun tiba. Akhirnya setelah hampir 4 bulan, setelah lapok ikin bilis dan udang kering didalam kotak barulah kami dapat barang yang kami tunggu.

Adapun taulah kami tiadalah lain masalah nya kecuali barang kami perlu diperiksa oleh kementerian ekonomi, kementerian perdagangan dan yang terakhir sekali kementerian kesihatan bagi menentukan bahwa barang yang kami bawa bukan untuk dijual dan tidak memudaratkan kesihatan kami dan orang Poland adanye.

Adapun tiadalah banyak barang makanan dan pakaian yang kami bawa melainkan 138 buah kotak semuanya. Maklum sajalah bekalan untuk 3 tahun dinegara yang tidak ada orang melayu dan amat kurang orang lain kecuali orang Poland sahaja.


Gambar Barang Kami Dah Tiba

Adapun bermula dari hari itu, maka mulalah kami memakan makanan biasa kite semula. Budu ada, ikan masin ada, kari ada gulai ada. Namun, tiadalah dapat kami makan daging ayam, lembu, BURUNG dan KAMBING kerana semua yang ada tidak disembelih adanye. Terpaksalah kami membeli ayam kampong hidup dipasar yang jarang-jarang ada untuk dipotong lehernye sendiri. Nak dijadikan cerite pernahlah ayam yang dipotong lehernye dicampak kedalam salji, dua hari kemudian baru jumpa kerana dikambus dek salji.

Namun, dari hari kesehari dapatlah kami mencari sumber makanan yang kami hajati walaupun cuma sekadar 10% sahaja adanye. Taulah kami bahawa di Poland ini amat sedikit orang luar tambah yang macam kite berhidung pesek dan berkulit dan berambut hitam. Kalau ada pun cuma orang vietnam yang menjual dipasar pakaian dan beberapa kerat pelajar dari negara arab yang menjadi musuh tradisi Amerika sepeti sudan, libya dan yaman.

Namun, kesukaran hidup di masa awal di Poland tidak sangat diendahkan kerana pada ketika kami tiba musim salji sedang berada dipuncaknya. Tak jemu-jemu anak-anak bergelumang dengan benda yang baru ini. Ialah namapun bebudak..... Mujur gak bapak depa dah puas meranduk salji kat Bosnia dulu, kalau tak sama alsoooooo

Gambar Bersantai Di belakang Rumah

Jumpa lagi Skot

No comments: