Saturday, May 17, 2008

KISAH DI SEBALIK SAMBUTAN HARI KOR JURUTERA KE 55

Oleh : Mejar (B) Fauzi Abdullah

Saya telah meninggalkan perkhidmatan tentera duabelas tahun yang lalu. Sepanjang duabelas tahun tersebut, saya hanya menghadiri sambutan hari kor jurutera hanya dua kali sahaja, iaitu pada tahun 1999 di Melaka dan pada tahun ini di Taiping. Pada tahun ini, saya mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Makan Malam & Perbarisan yang diadakan pada 22 April di Taiping. Sebelumnya, saya telah dimaklumkan, iaitu satu rombongan pegawai-pegawai kanan jurutera akan berada di Alor Setar untuk menziarahi seorang rakan yang telah bersara dan baru menjalani rawatan jantung beliau. Jadi pada keesokannya,saya terus ke Alor Setar dan setibanya saya disana, saya telah bertemu 2 orang pegawai kanan yang berpangkat Kolonel, 5 berpangkat Mej & 2 Kapt, yang telah pun berada dirumah rakan yang sedang dalam rawatan. Selepas itu saya mengikuti rombongan ini ke Sg.Petani menziarahi pula bekas Ketua Jurutera Brig Jen (B) Dato’ Jamil Tahir yang baru pulang mengerjakan haji beberapa bulan yang lalu.

Disebalik kisah ini, apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai keperihatinan pegawai-pegawai kanan jurutera ini dan rombonganya, yang telah meluangkan masa untuk menziarahi rakan-rakan yang telah lama bersara dan yang dalam rawatan. Walaupun mereka ini sibuk dengan tugasan harian, mereka masih mengambil berat rakan-rakan seperjuangan dan telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi.

Disebalik kisah di atas, apalah kiranya jika skot-skot kita luangkan sedikit masa dalam ruangan blog yang disediakan oleh Sdr Lokman ini, sebagai wadah untuk bertanya khabar & berkomunikasi, sekurang-kurangnya kita dapat mengeratkan silatulrahim sesame kita. Walaupun Fuad jauh di Poland, Ismet di India, Tayazi & Zul di Kedah, Raja Ikram, Zali & Lokman di KL, Azmi & Redzuan di Johor…rasanya kita masih boleh berhubung melalui teknoloji tanpa sempadan ini, kita tidak perlu duduk2 kat kedai mamak pekena teh tarik sekole dua, ataupun perlu datang dgn kenderaan laut, darat & udara !!…..jangan jadikan hati kita sebagai sempadan atau pun pagar-pagar & sangkar-sangkar disekeliling kita yg menghalang..!! Alamak….emotional sikit kat sini skot, sorry..!!

“Do you know the relation between your two eyes? They blink together, cry together, see things together & sleep together. Though they never see each other, friendship should be just like that”.

Hanya untuk renungan sahaja skot….!!

5 comments:

Anonymous said...

Catatan sahabat kita Fauzi itu perlu diambil iktibar. Kerana skot (hihihi), entri kisah Fauzi tu pun saya buat dalam sebuah hotel kecil di pekan Tg Malim, ketika bersiap untuk membantu kakak mengadakan majlis perkahwinan anaknnya esok.
-1654

fauziabd said...

Sorry la skot,kena tabik dulu ni...tapi rasanya itulah contoh yg terbaik mengenai teknoloji tanpa sempadan ini, tak kira dimana kita berada pokoknya hati kita..!! Saya akan sentiasa menyokong skot..!! Lagipun kesian kat fuad tu dah nak tutup kedai, dimana zul & zali nak lepak nanti!!

mizykadir said...

SKOT, kalau tak selalu masuk pun kira oklah, tapi ada skot dalam bidang IT pun belum masuklagi. Harap-harap depa mula mencelah dengan berita-berita kat kadet ke atau alkisah riwayat hidup. Kalau nak jumpa Reunion mungkin tak dapat semua datang tapi dengan IT dipelusok manapun boleh masuk. Hebahkan agar pada 16 jun nanti blog kita penuh dengan coretan dan catatan. So mana yang ada contact minta afundi masuk. Yang bersara/berhenti kalau dapat masuk lagi baguih untuk jadi panduan dan pengajaran.

fauziabd said...

Skot,betul tu klu lalu pun kira ok jugak,tapi sekali-sekala tu singgah la kat kedai kita ni walaupun masing2 sibuk yg penting kita participate.Yg menghairankan skot yg dlm bidang IT pun tak timbul2.

Anonymous said...

aku tengok si fuad dan lain2 dah macam2 promo
tapi tak datang2.wa ingat depa ni belum sampai seru lagilaa.teruskan usaha keloi depa ni.walaubagaimanapun kita kena bersangka baik pada depa ni.pada tahap sekarang buat promo dulu laa.untung belakang kira.promo yg terbaik wa rasa hantar saja bahan2 utk tatapan pengunjung.lama kelamaan insyaalah berjaya.lok,lagi satu mutu gambar wa rasa memainkan peranan amat besar.kalau gambar kecil utk gambar pasport kira oklaa tapi untuk gambar ramai2 tak sesuai.razali1646.