Tuan/Puan,
Saya memohon dari tuan/puan untuk mendapatkan pemilik tanah yang ingin menjual tanah tepi (road frontage) untuk Jalanraya Persekutuan atau Jalanraya Negeri seluruh Malaysia (jalan kampong / jalan kebun tidak di layan) yang berpotensi untuk di bina Stesyen Minyak PETRONAS.
Keperluan adalah seperti berikut;
1. Berukuran 1 - 2 ekar tanah Pertanian.
2. Jarak lebih kurang 200m dari sebarang simpang Jalan Utama (simpang tiga atau empat).
3. Dalam bandar atau pinggir bandar, mesti sekurang-kurang 2km untuk jenama yang sama.
4. Laluan utama yang sibuk dengan kenderaan. Kalau 1 kereta satu jam, tak payah!
5. Kawasan perumahan baru.
6. Kalau jalan macam highway (ada pembahagi jalan), dua stesyen menghadap satu sama lain dibolehkan. Contoh: R&R Tapah.
Jika berjaya dibeli oleh Petronas, komisen yang lumayan untuk tuan/puan tersedia (boleh di bincang).
Sila hubungi saya di http://us.f533.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=wellproperties@hotmail.com atau http://us.f533.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=pakom99@hotmail.com atau 016-2478327
Terima kasih
OMDA
Friday, May 30, 2008
OMDA CARI TANAH UNTUK STESEN MINYAK
Thursday, May 29, 2008
AKHIRNYA DAPAT JUGA TANGKAP PROF DR. ZULKIFLI KAT UUM....!!
Hari ini 28 Mei, 2008, saya terima panggilan telefon daripada Lt Kol Zulkifli Ismail yang baru habis hantar tesis Phd beliau kat UUM. Jadi saya minta dia tunggu saya kat Komplek Changlun. Lebihkurang jam 5.20 ptg saya pun sampai di Changlun & dalam perjalanan saya hubungi Lt Kol Tayazi untuk join sama pekena teh tarik. Sementara menunggu Tayazi, kami ke Komplek Bebas Cukai, Bkt. Kayu Hitam, window shopping!.
Sepanjang perjalanan kami bercerita mengenai kisah masa-masa lampau & perjalanan hidup masing-masing sehinggalah kehari ini. Beliau juga maklumkan pada saya yang beliau berjumpa skot kita Mej Sufian Abd Samad AR Coy (kami pernah boxing sampai saya nampak bintang kena penumbuk Sufian), kebetulan beliau berada di Sg.Petani menghadiri seminar. Saya terus hubungi Mej Sufian untuk join kami pekena teh tarik ptg ni kat Changlun, tetapi beliau tak dapat join kerana malam pun kena hadir seminar anjuran PUSTEKMA.
Jadi kami bertiga O Gp kat Komplek Changlun, pekena mee sup je sebab kat situ tak ada mee mamak, nak pi padang UUM dah tak sempat sebab hari dah petang. Sambil makan-makan kami becerita kisah skot-skot kita, kisah Fuad pandai buat mee goreng & tea tarik, Zali Chat lari laju tapi tak boleh terbang, Ismaul report kadet ikut slope tak ikut tangga, kisah Md Adam pertama kali join skot, Bakar change parade pakai planters order seluar brown, baju biru & macam lagi cerita yang melucukan.
Tayazi pula cerita mcmana skot-skot sendiri yang pekena dia untuk kilat kasut & tali pinggang sebab dia ni nampak macam budak baik, jadi skot sendiri pun pekena dia. Kisah di Kota Belud yang hampir-hampir tak lulus modiul taktik kerana Amir Guntur & ada yg tak ambil modiul taktik tapi lulus jugak & macam-macam lagi.
Sorry la skot kami bukan mengata tapi mengenang masa-masa lampau. Dalam pada itu adalah juga cerita yang serius sikit, Prof jumpa Prof, pasal paper Phd & Master diaorang, jadi sapa-sapa yang berhajat nak buat Phd ke atau Master ke, bolehlah nanti jumpa Prof Dr. Zul & Prof Tayazi. Diaorang dah nak khatam, bulan Julai depan. Itulah kisahnya & ini gambar Prof Dr. Zulkifli & Prof Tayazi terkini, panas-panas lagi ni....!!
Dari kiri : Tayazi dan Zul
FOTO HALF MARATHON TUDM OLEH RAZALI
den dgn dia.
dia dgn boss tudm dia laa.
lepas tu den bagi tau dia supaya masuk lah blog lokman kerana mungkin gambar ini ada keluar.
pas tu den balik lah. tima kasih dan minta maaf pd skot ackbal kerana bagi kerjasama pd den tanpa bagi warning order dulu.
sekian tima kasih.
razali1646
Friday, May 23, 2008
RAZALI NO.3 PELARI 4x100 M
Gambar ini kalau besar boleh nampak jelas. Kalau kecil wallahualam. Skot kita ni Ackbal memang sportman. Beliau pelari nombor berapa saya tak ingat. Kena tanya dia. Yang pasti saya no 3.
Masa tournament tu tim 100m Cadet Wing pemenangnya. Ini acara jemputan yang mana lain-lain cawangan ada mengambil bahagian. Bagi tim jurulatih pegawai saya ingat Kapt Peter Runin pun ada mengambil bahagian.
-razali1646
Thursday, May 22, 2008
KOLONEL FADZLETTE SIBUK ADA SEBAB
Ada kawan kita cakap sejak naik Kolonel, Let susah nak dihubungi. Tapi senior kita Brig Jen Dato Razif kata Let tak naik Kolonel. Tapi yang naik Kolonel suami dia Syed. Hihihi….
Wednesday, May 21, 2008
RMAF 50 YEARS HALF MARATHON 2008
Untuk maklumat, landasan terbang di Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah mencatatkan sejarahnya yang istimewa. Ini adalah kerana ia pernah digunakan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum Lapangan Terbang Subang siap dibina untuk sektor penerbangan negara.
Di Pangkalan Udara ini, TUDM mula ditubuhkan dengan keanggotaan minimum serta sebuah pesawat 'Twin Pioneer'.
Tahun demi tahun berlalu, TUDM terus berkembang maju, moden dan perkasa sejajar dengan pembangunan negara.
Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai oleh TUDM pada ketika ini, semuanya bermula dari penyerahan landasan tersebut.
Disini jugalah negara memberi peluang kepada TUDM membuktikan kemampuannya untuk memulakan usaha dalam memperkasa pertahanan udara. TUDM amat menghargai sejarah penubuhan pangkalan tersebut, lantaran itulah TUDM amat berbesar hati jika masyarakat awam dapat bersama-sama menyertai Half Marathon.
Sejajar dengan sambutan Jubli Emas TUDM yang akan disambut dengan penuh meriah pada 1 Jun 2008, pihak penganjur bertekad untuk mengaturkan Larian Half Marathon di Pangkalan Udara Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada beberapa acara sambutan yang dibuka kepada orang ramai.
Di samping itu, TUDM turut berhasrat untuk menggunakan medium ini bagi merapatkan hubungan di antara masyarakat awam dan TUDM. Mungkin selama ini pengguna lebuh raya Kuala Lumpur - Sungai Besi hanya mampu untuk melihat pangkalan berkenaan dari luar tetapi tidak pernah berpeluang untuk menjengah apakah yang terdapat di pangkalan tersebut memandangkan ia adalah kawasan larangan.
Orang ramai wajar mengambil peluang tersebut untuk turut hadir sama ada sebagai peserta larian atau senamrobik mahupun sebagai penonton bagi memberikan sokongan moral kepada peserta larian.
Larian Half Marathon ini juga bertujuan untuk membina sikap setiakawan di antara rakyat tanpa mengira bangsa dan usia dengan TUDM. Pihak penganjur turut berharap larian Half Marathon ini berupaya memupuk kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan melalui amalan kecergasan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Penganjur juga berharap agar larian ini akan bertindak sebagai pendorong bukan sahaja kepada anggota tentera tetapi juga masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi mereka yang sering bersukan pihak penganjur turut berharap mereka akan menggunakan peluang ini untuk meneruskan hobi mereka
Turut akan mengambil tempat adalah acara senamrobik beramai-ramai serta pertunjukan Brass Band oleh Pancaragam TUDM.
Larian tersebut akan dipertandingkan dalam 11 kategori, ini adalah membuka lebih banyak peluang kepada seluruh peringkat usia dan jantina.
Penganjur turut menyediakan hadiah wang tunai serta medal bagi pemenang larian. Pengerusi Larian ‘RMAF 50 Years Half Marathon 2008’ Brig Jen Datuk Ackbal Abdul Samad ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat koordinasi ‘RMAF 50 Years Half Marathon 2008’ baru-baru ini memberitahu bahawa TUDM amat prihatin dan sedar bahawa rakyat yang sihat, cerdas dan aktif adalah sumber paling utama dalam menggerakkan pertahanan negara.
Bagi warga TUDM khasnya kecergasan tubuh badan sangat dititik beratkan, masyarakat umum mungkin tidak menyedari bahawa darjah kesihatan dan kecergasan seseorang anggota tentera turut diambil kira dalam menentukan peluang kenaikan pangkat dan kursus kerjaya.
Lantaran itu, beliau berharap larian ini mendapat sambutan bukan sahaja dari kalangan warga TUDM malah seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia serta masyarakat setempat.
Justeru, beliau menyeru semua peringkat masyarakat agar mengambil bahagian dalam larian yang menawarkan kelainan, tidak seperti mana lazimnya acara larian marathon diadakan di negara ini.
Apatah lagi permulaan larian tersebut akan dimulakan di atas landasan lapangan terbang pertama negara ini.
Bagi pihak TUDM, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama yang akan diberikan oleh Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA) dalam usaha untuk merealisasikan hasrat TUDM bagi menjayakan larian tersebut.
TUDM juga amat berbesar hati serta berterima kasih di atas kesudian pihak-pihak penaja yang telah sudi tampil untuk menghulurkan sumbangan bagi penganjuran larian tersebut.
Bagi peserta yang berminat untuk menyertai larian tersebut, borang penyertaan boleh didapati di kaunter penyertaan semasa Kuala Lumpur International Marathon, New Balance Run dan Bidor Half Marathon diadakan.
Bagi siswa-siswi institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah yang berminat untuk menyertai larian tersebut, pihak penganjur menggalakkan agar penyertaan dibuat secara berkumpulan.
Selain daripada itu peserta yang berminat juga boleh memuat turut borang tersebut dari laman sesawang dialamat www.mod.gov.my dan http://www.airforce.gov.my/.
(Petikan : Utusan Online)
Saturday, May 17, 2008
KISAH DI SEBALIK SAMBUTAN HARI KOR JURUTERA KE 55
Saya telah meninggalkan perkhidmatan tentera duabelas tahun yang lalu. Sepanjang duabelas tahun tersebut, saya hanya menghadiri sambutan hari kor jurutera hanya dua kali sahaja, iaitu pada tahun 1999 di Melaka dan pada tahun ini di Taiping. Pada tahun ini, saya mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Makan Malam & Perbarisan yang diadakan pada 22 April di Taiping. Sebelumnya, saya telah dimaklumkan, iaitu satu rombongan pegawai-pegawai kanan jurutera akan berada di Alor Setar untuk menziarahi seorang rakan yang telah bersara dan baru menjalani rawatan jantung beliau. Jadi pada keesokannya,saya terus ke Alor Setar dan setibanya saya disana, saya telah bertemu 2 orang pegawai kanan yang berpangkat Kolonel, 5 berpangkat Mej & 2 Kapt, yang telah pun berada dirumah rakan yang sedang dalam rawatan. Selepas itu saya mengikuti rombongan ini ke Sg.Petani menziarahi pula bekas Ketua Jurutera Brig Jen (B) Dato’ Jamil Tahir yang baru pulang mengerjakan haji beberapa bulan yang lalu.
Disebalik kisah ini, apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai keperihatinan pegawai-pegawai kanan jurutera ini dan rombonganya, yang telah meluangkan masa untuk menziarahi rakan-rakan yang telah lama bersara dan yang dalam rawatan. Walaupun mereka ini sibuk dengan tugasan harian, mereka masih mengambil berat rakan-rakan seperjuangan dan telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi.
Disebalik kisah di atas, apalah kiranya jika skot-skot kita luangkan sedikit masa dalam ruangan blog yang disediakan oleh Sdr Lokman ini, sebagai wadah untuk bertanya khabar & berkomunikasi, sekurang-kurangnya kita dapat mengeratkan silatulrahim sesame kita. Walaupun Fuad jauh di Poland, Ismet di India, Tayazi & Zul di Kedah, Raja Ikram, Zali & Lokman di KL, Azmi & Redzuan di Johor…rasanya kita masih boleh berhubung melalui teknoloji tanpa sempadan ini, kita tidak perlu duduk2 kat kedai mamak pekena teh tarik sekole dua, ataupun perlu datang dgn kenderaan laut, darat & udara !!…..jangan jadikan hati kita sebagai sempadan atau pun pagar-pagar & sangkar-sangkar disekeliling kita yg menghalang..!! Alamak….emotional sikit kat sini skot, sorry..!!
“Do you know the relation between your two eyes? They blink together, cry together, see things together & sleep together. Though they never see each other, friendship should be just like that”.
Hanya untuk renungan sahaja skot….!!
Wednesday, May 14, 2008
FAUZI DAH JADI BLOGGER
Kadang2 tu bukannya apa sekurang-kurangnya menjadi tempat nak luahkan pendapat & perasaan juga sebagai diary kehidupan kita. Jadi tak secara langsung membuatkan kita lebih suka membaca & menulis.
Jadi hari ni dalam sejarah, saya telah cuba membina laman blog sendiri. Nak minta sdr tolong komen apa-apa yg patut, almaklumlah buah cempedak ditepi pagar,....saya budak baru belajar....
Laman blog seperti ini http://mejasara.blogspot.com
Kiriman : Fauzi Abdullah
MISI GAGAL - TIADA PASANGAN MAJLIS DINNER
Monday, May 12, 2008
SP COY VERSI MEJAR RAZALI
2.mohd akhir husin-ramd-bersara 3 4 taun lepas.kira kalau dia ada dlm baris kira semua adalaa.
3.aziz mat isa-co kp kat kem batu cant.org kuat kp ni ttg bagi lesen tolak lesen kterbang dan kapal dilaut.tqlaa bagi lesen d/b pd aku kalu x naik basikal laa.
4.mohamad ismail-kod-dlm svc lagi
5.romle mat piah-tudm-kena tanya r ikram.pernah bagi aku jaket utk terbang.tqlaa.
6.ismaul-sudah lamo berhenti-kena tanya zaki dan kenali sebab geng dia.duk dlm bilik rajin kilat kasut sampai x kilatx
7.subki-ramd-pop yeh yeh dia ni-nak makan lalu dok sebelah dia la.
8.halim-kena tanya rezil dia labih tau.dimana ada rezil disitu ada dia.
9.shahar-ini geng semboyan aku-peminat fransisca peter dia ni.dan bersara.
10.iqbal-ramd-yg tinggi sekali dlm coy
11.norkhiah-kena tanya jalal laa-skot semboyan aku ni.dah bersara.
12.muthu-arti-sudah bersara-buat bisnes selam menyelam.
13.mathavan-sudah bersara.x berapa mahir dlm lompat parit dan berenang.
14.omda-sudah bersara.
15.fauzi-jutra-tengok artikel dia
16.razali-tidak ada komen.
17.razak-stu kor dgn fuad-kuat main bola.
18.rani-ramd-duduk kat staf kole
19.ismet nayan-ramd-ada kat india, dulu kat timur timor.skrg tentu dah pandai berenang.
20.harun din-ramd-dah pencen kat penang kot.tinju kuat dia
21.jalaluddin manan-ramd.tinju terror dia ni.
22.mohd som-ramd-sudah bersara.
23.nasir-tudm-masih svc
24.norazaliah-kor apa x ingat.ada jumpa taun 80an kat pasar pekan sg besi.
25.hairom-arti?-dah bersara.gambar ada dlm ini.
26.raja ikram-tudm-baru sekalang ada dengar berita selama ini invisibleman.
jlatih pula
1.sjn mahmud.pti.
2.ssjn zainal abidin
3.kapt ahmad
4.mej khairuddin
5.kapt juhari
6.kapt lutfi
7.sjn untong
8.mej ishak wodi
9.pw2 malik
10.dll
from razali1646
KOMPENI DIRAJA MASUK BARIS (SP COY)
Assalamualaikum Skot. Minta kebenaran Kompeni DiRaja masuk baris. SUO Jalal kalu ada yang tersilap tolong betulkan. Aku tak dak gambar nak refer, cuma dpt ingat berdasarkan karekter masa kadet dulu.
1. SUO Jalal
2. JUO Raja Ikram
3. JUO Mohd Som
4. KKMS Hairom
5. Ismet Nayan (Cadet Sandhurst kena sebut dulu)
6. Abdul Rani Sydin
7. Aziz Md Isa
8. Haron Din
9. Fauzi Abdullah
10. Omda Malik
11. Nasir (TUDM)
12. Norkhiah
13. Nor Azalia
14. Razali Che Dollah
15. Shahar
16. Zulkefli Ismail
17. Ramlee Md Piah (TUDM) - kata x mingguan favourite dia..Jom pi jogging (bila dia dah siap pakai track suit orange RMC)..mula x ingat dia pi jogging sungguh.. rupa x nya ..kun…kul 6.45 baru kelam kabut berlari naik tangga nak pi gunting rambut kat DTT..selisih lak ngan Wan Ghazali kat tangga sebelum sampai dewam makan..dah la tak sempat gunting rambut..kena ketuk kepala ngan OC Cadet lak. (Sori Li..Cuma mengenang kembali kisah x kita masa tinggal kat Valley Block.)
18. Subki Abdul Rahman..(Pemborong kacang panjang/panggang dlm tin–ration, sebab member x lain ramai yg tak makan benda tu masa Ex). Ada cerita menarik tentang kacang dlm tin masa wdr Final Ex. Haron Din boleh cite sebab dia yg selamatkan Subki.
19. Muhd Adam (sahabat aku dlm Kor Ordnans).. kata x hikmat dia.. Sakit pinggang Staff…bila dia tak larat buat sit up kat gym…staff Mahmud yg garang pun tak leh buat apa x bila dengar Md Adam kata mcm tu..dia sorang saja boleh excuse sit up.
20. Razak Ahmad (pemain bola favourite aku)..tapi yg tak syoknya bila nak try saja dia nak sepak Qirri saja..kiri la tuu..
21. Mathevan..kata x hikmat dia ..come on Muthu, you can do it.. bila dia tengok Muthu pewai masa berlari pakai battle order turun dr RMC sampai kat round about 11 RAMD…tapi bila sampai kat bomba Sg Besi.. Muthu lak cakap ..come on Matevan you can do it..bila Mathevan lak pewai..aku ngan Rani tumpang gelak je..aku pun pewai gak.
22. Ismaul (pelakon utama sketsa ..Duit Syiling..masa menembak di Asahan)..paling kelakar masa dia mula x melapor kat RMC, panjat ikut slope belakang kantin..aku ingatkan labourer..Sori Maul bukan nak kutuk..silap kau gak…tangga ada beratus..apasal kau ikut slope.
23. Muthu Swaminathan (Ismaul panggil Muthu suami isteri)..masa dia duty cadet..cara dia lapor…( satu duty..satu cuty)..cuti la tu..dienglishkan.
24. Md Akhir.
Itulah cerita nye kadet SP..ada banyak lagi..tapi lain kali pulak..kena minta kebenaran skot dulu..nanti kena charge pulak.
Sunday, May 11, 2008
KE MANA MEREKA (AR COY)?
Berikut senarai Regular 21, Abdul Rahman Kompeni (AR Coy). (Sila komen dan catatkan nama penuh dan nombor perkhidmatan anda. Sorilah tak ingat nama penuh dan nombor tentera. Senarai ini berdasarkan 'group photo' depan Dewan Tun Templer. Tak tau kot ada yang tercicir)
1. Fuad Hamzah
2. Redzuan
3. Md Din Abu
4. Hassan Ali
5. Jamaludin Toha
6.Ahmad Sabri
7. Rozita Ghani
8. Mohd Lokman
9. Ishak
10. Liew Swee Ming
11. Abd Rasek
12. Yew Chean Choon (mendiang)
13. Mohd Nafiah
14. Mohd Tayazi
15. Joseph Rajah
16. Aminuddin
17. Mohd Nasir
18. Roskamarozaman
19. Romlee
20. Sofian
21. Wan Muhammad Kamil
22. Wan Rahman
23. Mohd Kenali Basiron (muka tak ada dalam gambar. Tak tau kenapa?)
Harap-harap wakil AS Coy dan SP Coy dapat mengirimkan senarai mereka.
p/s Fuad nama ko kenalah letak kat atas, engko kan SUO!
Friday, May 9, 2008
KEHIDUPAN SEBAGAI ORANG AWAM - (CORETAN 2)
Setelah menamatkan perkhidmatan dalam tentera selama 17 tahun saya memulakan kerjaya sebagai orang awam di syarikat Multimodal Freight Sdn Bhd. Pengerusi syarikat ini ialah juga CO 50 Rejimen Jurutera Pakar Keretapi pada ketika itu.
Multimodal Freight Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan pengangkutan Kontena (Lojistik). Mulai Jun 1996, saya menjawat jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia, di Ibupejabat yang beroperasi di Subang Jaya sehingga April, 1997. Syarikat ini mempunyai cawangan di Pelabuhan Kelang, Pasir Gudang, Butterworth, Ipoh,Padang Besar dan di Lapangan Terbang Subang.
Sebelum saya berhenti daripada Multimodal Freight Sdn Bhd, saya telah dimaklumkan oleh skot kita Omda, bahawa sebuah syarikat perkhidmatan kesihatan memerlukan seorang pengurus yang berpengalaman dalam peyelenggaraan fasiliti.
Omda mencadangkan kepada saya untuk memohon jawatan tersebut kerana saya mempunyai pengalaman dalam bidang peyelenggaraan kemudahan fasiliti semasa berkhidmat dalam ATM dahulu. Atas nasihat beliau, saya memohon jawatan tersebut dan terus dipanggil temuduga. Alhamdulillah, permohonan saya diterima. (Sebab tu saya tak boleh lupa sahabat saya sorang ni…!!)
PENGURUS KANAN OPERASI - PANTAI MEDIVEST SDN BHD
(Dahulu dikenali sebagai TONGKAH MEDIVEST SDN BHD)
Pada mulanya saya bertangungjawab menjaga 7 buah hospital iaitu hospital Melaka, Alor Gajah, Jasin, Muar, Segamat dan Tangkak dalam perkhidmatan sokongan hospital. Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan kemudahan fasiliti, biomedikal, ‘clinical waste’ dan laundry di hospital. Dalam tahun 1999,saya telah dilantik sebagai Pengurus Kanan Operasi yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam perkhidmatan sokongan hospital di semua cawangan 19 buah hospital di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, termasuk Incinerator Plant & Factory Laundry(Dobi) di Dengkil.
Datuk Mokhzani Mahathir adalah Pengerusi syarikat Pantai Group pada ketika itu. Saya telah melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang dan diberi kepercayaan untuk mewakili Pantai Medivest dalam setiap mesyuarat di Kementerian Kesihatan. Saya rasa satu kepuasan kerana dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Saya amat disenangi oleh pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan dan pihak hospital yang juga merupakan pelanggan kami.
Dalam keghairahan saya memberikan yang terbaik kepada pelanggan, adakalanya kita terlupa bahawa kita dicemburui oleh rakan seperjuangan kita. Inilah hakikatnya, kehidupan manusia yang tidak dapat lari daripada hasad dan dengki. Berlaku perkara-perkara yang telah menjejaskan kredibiliti dan reputasi saya sebagai seorang yang disegani dan dihormati dalam organisasi ini.
Saya tidak menyangka bahawa kadangkala pengorbanan kita akhirnya menjadi racun kepada kita. Dalam masa yang sama juga, saya menghadapi situasi yang amat perit dalam kehidupan berkeluarga yang mana pengorbanan saya dalam memberikan yang terbaik kepada keluarga semasa zaman kegemilangan saya tidak dihargai dan saya terpaksa melalui saat-saat getir ini bersendirian, dan pada saat inilah saya telah ditinggalkan bersendirian tanpa sokongan daripada orang yang sepatutnya menjadi penyokong kita.
Saya redha dengan dugaan Allah ini dan akhirnya saya terpaksa berpisah dengan isteri dan 2 orang anak saya. (Omda lah yg banyak memberikan semangat kpd saya kerana dialah satu-satunya sahabat dan saudara saya). Pada tahun 2002 saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Pantai Medivest Sdn Bhd dan ingin melupakan peristiwa hitam yang berlaku dalam kerjaya dan kehidupan saya.
59 CORPORATION SDN BHD
Dalam memulakan kebangkitan kerjaya saya inilah, saya telah menghasilkan satu kertas cadangan mengenai pengiklanan luaran untuk Kementerian Pertahanan. Saya telah berbincang dengan Dato’ Ahmad Talib (NST), yang saya kenali dan beliau telah mencadangkan kepada saya untuk membincangkan cadangan ini dengan sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang pengiklanan iaitu 59 Corporation Sdn Bhd. Beberapa siri perbincangan telah diadakan dan akhirnya kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat-syarat yang telah dikemukakan dan 59 Corporation berjanji akan menyediakan perjanjian ini untuk ditandatangani.
Saya terus menjalankan tugasan saya dengan menghantar Kertas Cadangan “PENAJAAN MENDIRIKAN 300 UNIT BILLBOARD PROFESSION PILIHAN” diseluruh Negara untuk ATM bagi membantu mempromosikan kerjaya ATM, yang bernilai lebihkurang RM 10 juta .
Selang beberapa bulan selepas itu, saya telah dimaklumkan oleh Cawangan Perhubungan Awam (skot kita Lt Kol Fadzelette pada ketika itu), iaitu Kementerian Pertahanan telah bersetuju dengan cadangan ini dan pihak kami dikehendaki membentangkan kepada TKSU Dato’ Azizah Abod di pejabatnya. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dan perjanjian antara Kementerian Pertahanan dan 59 Corporation Sdn Bhd ditandatangani.
Saya dengan beberapa pengurus lain telah turun padang untuk mengenalpasti lokasi-lokasi untuk mendirikan Billboard di bandar-bandar utama yang menjadi kumpulan sasaran untuk mempromosikan ATM. Dalam keghairahan untuk melaksanakan projek ini, timbul rasa tamak daripada pihak 59 Corporation Sdn Bhd dan mereka ingin meminda perjanjian antara saya dan 59 Corporation, walaupun pada dasarnya telah dipersetujui. Saya tidak berpuashati dan rasa tertipu dengan tindakan syarikat ini.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat ini dan menubuhkan syarikat sendiri, EXTREME EFFECT SDN BHD. (Saya pun tak tahu mengenai kemajuan projek ini sehingga kini…mungkin Kol Let tau kut!!)
SYARIKAT EXTREME EFFECT SDN. BHD.
Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, saya telah memulakan perniagaan sendiri sebagai Pengarah Urusan syarikat Extreme Effect Sdn Bhd, mulai tahun 2002 sehingga sekarang. Pada tahun 2004 saya telah mendapat suntikan semangat dan modal daripada rakan kongsi baru dalam syarikat saya dan kini beliau juga menjadi isteri saya sekarang ini. Syarikat ini terlibat dalam bidang pengiklanan luaran, penyelenggaraan fasiliti, publikasi dan pembekalan. Projek terbesar yang dibuat ialah MENDIRIKAN PAPAN TANDA PRODUK PELANCONGAN DI SELURUH MALAYSIA pada tahun 2004.
Cadangan saya telah mendapat persetujuan daripada Kementerian Pelancongan, melalui pejabat Timbalan Menteri Pelancongan pada ketika itu Dato’ Ahmad Zahid Hamidi. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dan syarikat saya Extreme Effect Sdn Bhd telah dilantik untuk melaksanakan projek ini selama 5 tahun.
Walaupun pada dasarnya projek ini telah diluluskan oleh Kementerian Pelancongan, tetapi masalah utama yang saya hadapi ialah kerenah birokrasi diperingkat agensi-agensi yang terlibat seperti JKR, PBT, dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri-Negeri.
Saya terpaksa menghadapi berbagai-bagai kerenah birokrasi dan saya terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk memulakan projek ini. Kerana komitmen saya kepada Kementerian Pelancongan, saya telah mendirikan juga papan tanda ini sebagai pilot projek di Langkawi, Nilai, Port Dickson, Perak dan Pulau Pinang walaupun kelulusan belum diperolehi daripada agensi-agensi ini.
Akhirnya, saya terpaksa melupakan projek ini kerana syarikat saya mengalami masalah kewangan dan kerugian hampir RM 300 ribu, akibat kerenah birokrasi ini. (Sorry la Lokman banyak dugaan..!!)
Contoh Papan Tanda Arah Produk Pelancongan :
Langkawi
Port Dickson
Kini, saya terpaksa menumpukan perniagaan saya dalam bidang penyelenggaraan fasiliti dan pembekalan bahan bacaan. Insyaallah, dalam tahun 2008 ini, sekiranya ada rezeki, perniagaan saya akan kembali seperti sediakala.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada skot-skot kita yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perlaksanaan projek-projek di atas.
Terima kasih, Lokman.
Thursday, May 8, 2008
ZUL BUAT KAJIAN MENGENAI ORGAN SILENCE DI UUM
Tapi Zul sorilah, aku belum ada masa nak reply. Dan sori sekali lagi, aku kena masukkan dalam entri di blog kita ini untuk makluman skot kita yang lain. Sekurang-kurangnya depa tau apa yang hang buat.
Assalamulaikum Saudara Lokman,
Saya sedang menyiapkan tesis tentang organisational silence. Kajian saya lebih menjurus kepada sebuah organisasi awam.
Walau bagaimana terdapat cadangan drp ahli panel untuk menguji kesesuaian instrumen kajian bagi sesebuah organisasi politik setelah mengambilkira perkembangan politik selepas PRU 12.
Saya harap saudara dapat meluangkan sedikit masa bagi memberi komen terhadap soal selidik yang dikepilkan. Sekian, terima kasih.
Wednesday, May 7, 2008
KITA JADI INVISIBLE......
TAYAZI DAH READY UNTUK TEE OFF !!
Hari ni 7hb.Mei,2008, saya, Zul & Tayazi sepatutnya RV kat kedai mamak pokok ceri di Changlun. Nak pekena dulu mee goring mamak lepas tu tee off kat UUM. Begitulah rancangan pada mulanya,tetapi saya terima call daripada Zul yang dia tak dapat join sebab dia tak dapat pelepasan lagi (ni kes naya depa tak lepas tali lagi)!!
Jadi saya pun call Tayazi terus jumpa kat Kelab Golf UUM. Tayazi memang serius main golf, boleh dikatakan tiap-tiap minggu dia turun padang dan kalau ada monthly medal dia mesti participate. Baru-baru ni dia bagitau saya, dia dapat hadiah masa tournament. Memang saya nampak ada peningkatan bila dia tee off kat UUM ni. Tayazi pun akan khatam juga dalam bulan 7 ni….golf pun dia khatam sekali…!!
Tu yang baguih dok kat UUM ni !! Dia ada bagitau saya yang dia akan melapur ke Wardieburn Kem (4 Div) bulan 7 nanti. Jadi kepada skot kita yang ada kat KL tu kalau nak tee off jangan lupa panggil Tayazi sekali sebab dia dah ready untuk terima cabaran daripada skot-skot kita, terutama Kol Jalaludin katanya!!
Fuad & Zali Chat, sorry la saya tak dapat nak bawa Zul kat padang UUM lagi…!! Agaknya kalau Zul ada kat padang tadi saya dapat BIRDIE la kut !!
Sekian dulu...khabar dari utara !!
Tuesday, May 6, 2008
KAKI TERCICAH DI BUMI POLAH (Siri 2)
Gambar Malam Kami Berangkat ke Poland
Adapun tiadalah berpanjangan kelancaran penerbangan kami malam itu. Sebaik saja melimpasi sempadan Poland, dimaklumkanlah kami oleh Si Jurutebang bahawa cuaca di Krakow tempat kami sepatutnye mendarat tiadalah elok adanye. Maka seram sejuk lah kami semuenye.
Tiadalah tahu apalah yang kami baca akhirnye. Maka setelah tinggi diudara Si juruterbang mengatakan bahawa kami terpaksa mendarat di Katowice yang 120km letaknya dari Krakow. Tiada lah kami hairan akan pengumuan itu melainkan kami ingin cepat turun kebumi kerana kami tidak berkepak untuk lebih lama terbang di udara.
Maka setelah hampir sejam melayang diudara tiba dan mendaratlah kami di Katowice pada jam 5 petang yang telah pun gelap adanye. Bertepuk tangan lah semua yang ada di dalam kapalterbang tanda gumbira yang tidak terkata. Tiadalah kami membuang masa melainkan berlari-larilah kami meninggalkan kapaltebang untuk terus ke Si penguasa.
Tapi alangkah terkejutnya kami bila Si penguasa bertanya bebrapa soalan dalam bahasa ibundanye. Terpinga-pingalah kami kerana yang ditanya tiadalah kami faham dan hendak bertanya pun kami tiada pandai adanye. Selang beberapa ketika datanglah rakan Sipenguasa yang boleh berbahasa inggeris adanya.
Maka barulah kami faham akan soalan yang pelek-pelek itu adanye. Ditanyalah kepada kami ‘Apakah gerangan tuan hamba ke Poland’, ‘Diamanakah tuan hamba akan tinggal di Poland’, ‘Adalah tuan hamba membawa bersama surat jemputan datang ke Poland’ dan entah apa-apa lagi soalan yang membuat kami hairan tujuan soalan demikian ditanyakan. Hampir 2jamlah kami bersoaljawab sebelum kami di benarkan keluar dari lapangan terbang untuk dibawa semula ke Krakow tempat asal kami sepatutnye mendarat dengan bas.
Arakian, setelah hampir 3jam dengan bas barulah kami tiba di Krakow. Tiadalah lain yang menyambut kami melainkan ribut salji yang sejuknye bukan kepalang. Maka menggeletarlah seluruh tubuh kerana pakaian kami tidalah memadai untuk berhadapan dengan suhu -100C. Maka bertaburan semulah kami menaiki van untuk membawa kami ke hotel persinggahan.
Keesokan harinye, bermulah kehidupan kami di Poland. Maka tiada apalah yang nak dimakan di hotel itu melainkan telur rebus, roti dan minuman jus serta kopi. Tiadalah terbuka selera kami bila melihat benda dan cara masakan mereka adanye. Kesemuanya sejuk sejuk belaka. Mencuba jugalah kami memakan ikan salmon yang kami kenal untuk mengalas perut.
Maka sebermula dari itu tiada lain lah makanan kami melainkan yang itu itu juga adanye. Naik muaklah akhirnye. Tapi apakan daya bekelana di negara orang yang putih-putih ni. Pun begitu, anak-anak bukan main seronok lagi berada dinegara orang. Tiadalah lain yang terkeluar dari mulut mereka melainkan sentiasa pelek dengan apa yang dipandang apatah lagi yang didengar.
Tiadalah mahu membuang masa mereka melainkan terus bersantai dan berpeleseran di bandar dalam kesejukan dengan hajat untuk bermain dengan salji. Namun telah cairlah salji malam tadi. Begitulah cuaca yang tidak menentu, naik turun tak ikut masa.
Gambar Berpeleseran di Krakow (tak tahu foto yang mana)
Sementara anak-anak berpeleseran tiadalah lain lah yang aku buat melainkan menyelesaikan perjanjian sewa rumah adanye. Maka susah sungguh lah berbicara dengan orang Poland yang tidak berbahasa melayu atau inggeris ini. Mujurlah ada Si tukang terjemah yang kekadang tersilap terjemah jua adanye.
Bertegang uratlah kami bebalah benda yang tidak betul akan terjemahannye. Tidak ke naya. Tapi akhirnye setelah 3 minggu berlalu, setelah kembung perut muntah kedarah ikan salmon salai termeterai lah perjanjian sewa rumah. Berpindahlah kami ke rumah sewaan kami dengan harapan kami akan mula memasak masi dan lauk kegemaran kami.
Gambar Rumah Sewaan Kami Dari Belakang
Namun, kegairahan kami untuk memasak makanan kami terbantut jualah adnye kerana barang yang kami hantar dari tanahair tiadalah sampai jua adanye. Berhari-harilah kami menanti namun tiada kelibat akan barang yang ditunggu. Maka hairanlah kami sedangkan kami diberitahu bahawa kapal telahpun berlabuh di Poland.
Sepanjang ketiadaan barang yang tunggu, terpaksalah kami memakan semula ikan salmon dan sayuran seperti karot, salad, kobis yang ada di TESCO. Terlalu gianlah jadi nye setelah menunggu lebih 3 bulan tiada juga bolah keluar barang kami yang dahpun tiba. Akhirnya setelah hampir 4 bulan, setelah lapok ikin bilis dan udang kering didalam kotak barulah kami dapat barang yang kami tunggu.Adapun taulah kami tiadalah lain masalah nya kecuali barang kami perlu diperiksa oleh kementerian ekonomi, kementerian perdagangan dan yang terakhir sekali kementerian kesihatan bagi menentukan bahwa barang yang kami bawa bukan untuk dijual dan tidak memudaratkan kesihatan kami dan orang Poland adanye.
Adapun tiadalah banyak barang makanan dan pakaian yang kami bawa melainkan 138 buah kotak semuanya. Maklum sajalah bekalan untuk 3 tahun dinegara yang tidak ada orang melayu dan amat kurang orang lain kecuali orang Poland sahaja.
Gambar Barang Kami Dah Tiba
Adapun bermula dari hari itu, maka mulalah kami memakan makanan biasa kite semula. Budu ada, ikan masin ada, kari ada gulai ada. Namun, tiadalah dapat kami makan daging ayam, lembu, BURUNG dan KAMBING kerana semua yang ada tidak disembelih adanye. Terpaksalah kami membeli ayam kampong hidup dipasar yang jarang-jarang ada untuk dipotong lehernye sendiri. Nak dijadikan cerite pernahlah ayam yang dipotong lehernye dicampak kedalam salji, dua hari kemudian baru jumpa kerana dikambus dek salji.
Namun, dari hari kesehari dapatlah kami mencari sumber makanan yang kami hajati walaupun cuma sekadar 10% sahaja adanye. Taulah kami bahawa di Poland ini amat sedikit orang luar tambah yang macam kite berhidung pesek dan berkulit dan berambut hitam. Kalau ada pun cuma orang vietnam yang menjual dipasar pakaian dan beberapa kerat pelajar dari negara arab yang menjadi musuh tradisi Amerika sepeti sudan, libya dan yaman.Namun, kesukaran hidup di masa awal di Poland tidak sangat diendahkan kerana pada ketika kami tiba musim salji sedang berada dipuncaknya. Tak jemu-jemu anak-anak bergelumang dengan benda yang baru ini. Ialah namapun bebudak..... Mujur gak bapak depa dah puas meranduk salji kat Bosnia dulu, kalau tak sama alsoooooo
Gambar Bersantai Di belakang Rumah
Jumpa lagi Skot