Thursday, April 17, 2008

ZULKEFLI DAH NAK KHATAM BELAJAR DI UUM

Syabas Lokman kerana menyiarkan berita-berita menarik tentang skot TJT 21. Memang tak sia-sia 2 thn training di iron river, masih kuat semangat tentera.

Saya dah lama juga mengikuti blog ni tapi setakat curi-curi tengok saja tak sempat nak komen.

Saya sekarang masih lagi belajar di UUM (dah nak masuk tahun ketiga) hampirx nak khatam insyaAllah.. selalu juga jumpa Tayazi..Ok jumpa lagi.

April 7, 2008 1:13 PM

Tuesday, April 15, 2008

LAGI CORETAN TAYAZI UNTUK SKOT

15 April 2008

GLITTERING STARS and GLITTERING LIGHT ALONG THE WAY
Sejak Jun 1980 hingga sekarang, ramai skot TJT 21 tidak pasti arah tuju kecuali seorang dua yang nampak 'glittering light along the way'. Setelah hampir 28 tahun ada yang berjaya di dalam perkhidmatan dan juga di luar perkhidmatan.

Di dalam istilah 80 dan 20, hanya 20 peratus akan mencapai matlamat yang dilakarkan mengikut rancangan manakala 80 peratus samada mencapai tahap sederhana atau tidak berjaya. Kalau dilihat dan diperhatikan rezeki ada dimana sahaja, tetapi yang kuat berusaha dan bertawakkal dan kena masa dan tempat pasti berjaya di bidang yang diceburi. InsyaAllah.

Tahniah buat skot yang telah melepasi impian. Kalau masa kadet impian jadi Mej dah cukup memenuhi matlamat (pencen Mej), dah jadi Mej dapat Lt Kol pun bonus dan kalau dah jadi Kol pasti akan terus melangkah jauh ke pangkat yang lebih tinggi. Inilah harapan dan sokongan semua skot agar ada di antara skot kita menjadi peneraju kepimpinan 2 bintang dan ke 4 bintang. Sekurang-kurangnya skot-skot berbangga memaklumkan "Itu SKOT saya, atau pun rakan akan menyapa "Skot you dah jadi PTD, PTU atau PAT".

Ini amat membanggakan skot-skot dan sama-sama kita mendoakan kejayaan. Kemegahan ini mungkin dipanjangkan kepada anak-anak dan cucu-cucu yang berminat menceburi di dalam ATM atau bertanyakan "Siapa Jeneral keluar kat TV tu?.

Kalau nak publisiti dan promosi mungkin skot kat Media Sdr Lokman dan Kol Fadzletee dapat mengusahakan sesuatu.

Kalau dihitung umur dan masa serta diumum umur persaraan wajib ke 60 tahun ianya mungkin menjadi realiti. Kini kebanyakan umur yang naik pangkat Kol dan ke atas di antara 46 ke 49 tahun, masih ada 7 tahun untuk mengatur langkah (atau 10 tahun jika umur persaraan dilanjutkan ke 60 tahun).

Tahniah buat skot yang memasuki kumpulan "glittering stars" Brig Jen Dato Ackbal, Brig Jen Masrani, dan "glittering light along the way" untuk Kol Jalal, Kol Kamarul, Kol Ismet, Kol Fadzellete, Kol Hasan Loman, Kol Hassan Ali dan beberapa lagi bakal menyusul. Wassalam.
Post from Skot 3001658 kepada semua skot.

PAKISTAN TO PARTICIPATE IN DSA 2008

KUALA LUMPUR, April 15 (Bernama) -- Pakistan's defence industry will have one of the biggest presence in the Defence Services Asia 2008 (DSA 2008) exhibition which will be held here from Apr 21-24.

In a statement here today, the Pakistan High Commission here said its industry would introduce a wide variety of defence products.

"Among them are infantry weapons, personal defence weapons, artillery ammunition, tank and anti-tank ammunition, airCraft and anti-aircraft ammunition, hand grenades, small arms ammunition, pyrotechnics and demolition store and propellants and explosives," it said.

DSA is the largest defence and security exhibition in the Asia-Pacific region. About 600 local and foreign companies from 40 countries will take part in the exhibition which is expected to attract over 20,000 visitors. -- BERNAMA

Friday, April 11, 2008

KISAH TAYAZI MAIN GOLF DENGAN FAUZI

Lt Kol Tayazi



JUMPA SKUAD LAMA TJT 21
19 Feb 2008. Semalam jam 11 pagi aku terima SMS M (B) Fauzi Abdullah (3001679) Syed Purta kompeni ajak main golf, dah hampir 2 tahun tak main katanya. Waktu itu aku sedang melayari internet untuk bahan kajian thesis paper.

Jam 1600 kami rancang untuk main golf di UUM memandangkan banyak masa untuk berborak kisah lama dan padang golf UUM juga tidak ramai pengunjung. Jam 1530 beliau menjemput aku dirumah dengan Hyundai Matrix ke UUM.

Skuad walaupun hampir 2 tahun tidak bermain tapi masih mampu dapat Par dilubang keempat (padanle dulu handicapped 18). Di dalam buggy dan semasa bermain kami banyak bercerita mengenai kisah silam di kadet.

Aku masih handicapped 24, takpe lah baru main satu tahun, skuad dah main sejak tahun 1996 lagi, cuma berhenti sat tahun 2006 dan 2007 kerana menghadapi cabaran perniagaan. Tahun 2008 telah menunjukan prestasi yang memberangsangkan.

Walaupun bermain sembilan lubang kami menghabiskan masa hampir 2 jam 45 minit beriadah sambil berborak.


Dari kiri : Tayazi dan Fauzi

Skuad sekarang dah jadi bisnessman melalui internet dan direct nego untuk membekalkan perkhidmatan pengiklanan brochure kepada client untuk diedarkan dan InsyaAllah pada bulan Mac beliau dapat jadi pengedar buku rujukan kepada Pusat Kegiatan Guru.

Sekarang skuad menetap di Perlis (dekat Sek Syed Alwi) dan menjalankan bisnes di Penang. Skuad juga merancang untuk meneruskan pelajaran di UUM samada di peringkat ijazah atau sarjana bagi meningkat ilmu dibidang bisness.

Walaupun dah berjaya beliau masih ingin belajar untuk keperluan masa hadapan yang lebih cemerlang dan gemilang. Wassalam
Posted by mizykadir at PM 09:31 0 comments Links to this post

Dipetik daripada blog Lt Kol Tayazi. (sila klik 3001658 pada link di sudut kanan bawah)

Thursday, April 10, 2008

HASSAN BELANJA 'LUNCH' DI BORA OMBAK



Makan Tengahari di Restoran Bora Ombak, Ampang Kuala Lumpr hari ini meriah walaupun hanya 12 skot kita yang hadir.

Reunion kali ini ditaja oleh Kolonel Hassan yang baru naik pangkat dan menjadi Pengarah Gerup Gerak Khas.

Mungkin Jun depan reunion lebih besar diadakan di Port Dickson.

Kita tunggu 'Q' daripada Pengerusi skot, Kolonel Kamarol.

Mej Zaki (Komando) sempat melaram.




Jangan Pandang Belakang - objek perempuan rambut panjang yang tiba-tiba muncul di celah Kol Kamarol dan Mej Razali

Sunday, April 6, 2008

TATAK SOMBONG PUNYA SKOT

Program Tentera Darat (TD) Bersama Media yang dianjurkan tahun ini sekali lagi mempertemukan beberapa skot Regular 21.

Namun kali ini hanya lima orang skot dapat disatukan (secara kebetulan) berbanding lapan orang pada tahun lalu yang diadakan di Kem Sungai Besi.

Kali ini selain saya dan Kol Fadzlette, Kol Kamarol turut menyertainya sekali lagi. Pertemuan di Kem Gemas Jumaat lalu dan semalam turut membabitkan Kol Hassan Ali (GGK) dan Lt Kol Md Din Abu.


Lt Kol Md Din - sentiasa ceria walaupun berpeluh

Tapi yang tak menang tangan sudah tentulah Lt Kol Md Din selaku Pegawai Staf Satu (PS1) Jabatan Arah Infantri yang menjadi tuan rumah.

Kerjanya sejak seminggu lalu di Kem Gemas hanya berakhir selepas semua anggota media meninggalkan kem, petang semalam.

Namun semua anggota media terhibur dengan gelagat mencuit hati Lt Kol Md Din yang memberikan arahan diselang selikan dengan unsur humour, macam masa kadet dulu. Hilang sikit penat anggota media yang baru 'expose' dengan kehidupan askar.

Tetapi yang membuat aku 'pewai' sikit bila Md Din dan teamnya menyuruh aku menyertai mereka membuat 'night attack' beberapa jam selepas kami tiba di kem. Tetapi ia jauh lebih ringgan daripada penangan awal tahun 80an dulu.

'Serangan Malam' kali ini tanpa senjata, sekadar mengekori dan 'meniru' pergerakan anggota tentera dengan menggunakan elemen tempur (mekanis dan Armor). Bagaimanapun kerana berlengan pendek, adalah sedikit ketidak selesaan yang cuma sekumit.

Kol Fadzlette - kalau perempuan, perempuan jugak. Johan menghias buah.

Tetapi perlu aku tabik kepada semua skot yang hadir. Masih mesra macam dulu walaupun pangkat-pangkat dah besar. Kol Fadzlette sudi menumpangkan aku naik 'staff car' dia untuk pergi dan balik dari Mindef ke Gemas, walaupun aku rasa macam tak berapa selesa dilayan macam itu, berbanding anggota media lain yang naik bas. Tapi sekurang-kurangnya merasa jugak aku naik kereta tu walaupun tak jadi macam kau orang.

Kol Hassan - sama-sama rambut putih. Tapi tak lawan perut aku!

Kol Hassan juga turut mempelawa aku ikut dia balik KL naik staff car dia.

Sebelum itu petang Jumaat ketika kami dalam perjalanan ke Gemas, Kol Hassan yang baru tahu aku berada di 'staff car' Markas ATM bersama Lette mengekori kami sampai ke Kem 14 Melayu (Rejimen ke-14 Askar Melayu Diraja).

Sesampainya, kami berpelukan dalam hujan renyai-renyai kerana lama tak jumpa. Setahu aku kali terakhir berjumpa Hassan ketika aku mengambil program Master di UPM, ketika itu Hassan memakai pangkat Mejar.

Nampak benar Hassan sudah disaluti warna putih pada misai dan rambutnya, macam aku jugak. Menurut Md Din, "komando biasalah dah banyak tenaga digunakan masa muda-muda dulu".

Kol Kamarol - dicabar pakai Brig Jen tahun depan

Kol Kamarol pula menjemput aku tidor di mes dia. Susahlah sikit aku nak tunaikan pelawaan Pengarah Armor itu. Bukan tak sudi tapi nak jugak aku mengimbau waktu susah-susah dulu ketika bersama kau orang. Cuma aku mencabar dia, supaya memakai satu bintang tahun depan. Secara jenaka Kamarol berkata, "Insyaallah doa orang yang teraniaya macam kau makbul."

Lt Kol Md Din (terpacak) - memastikan segala-galanya 'tip-top'

Md Din pula turut melayan aku macam VIP walaupun secara senyap-senyap. Aku diajak menumpang Land Cruisernya yang mengepalai konvoi kereta Armor yang membawa anggota media lain.

Walaupun kali ini aku tidak menyertai acara yang disediakan, tetapi aku cukup seronok bertemu skot.

Terima kasih banyak-banyak kepada Lette dan Md Din yang bersungguh-sungguh menjemput aku!

PT-91M KINI DIKENALI SEBAGAI "PENDEKAR"




Kol Kamarol (kiri sekali) dan Lt Kol Zainal (tiga dari kiri) junior kita Regular 22 antara orang kuat "Pendekar"


Kereta kebal PT-91M telah dinamakan sebagai Pendekar. Penamaannya dilakukan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin semalam di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Enam buah "Pendekar" yang dibeli dari Poland telah berada di negara ini dan sudah menjalani pelbagai latihan, manakala tujuh lagi masih dalam perjalanan dan bakal sampai di pelabuhan Klang dalam tempoh beberapa hari lagi.

Seterusnya penghantaran secara berperingkat akan dilakukan sehingga akhir tahun ini. PT-91M dan Rejimen ke-11 Armor Diraja yang mengendalikan "Pendekar" dijangka lengkap beroperasi menjelang akhir 2010 apabila semua aset dan kelengkapan yang dibeli dapat digunakan sepenuhnya.

Skot kita, Kolonel Kamarul selaku Pengarah Armor kini menjadi antara orang terpenting dalam pembentukan pasukan itu.
Kereta Kebal Utama (MBT) itu adalah antara 62 buah kereta kebal dengan pelbagai variasi serta peralatan sokongan logistik yang dibeli kerajaan hasil perjanjian dengan syarikat FTE Bumar Labedy bernilai RM1.4 bilion pada 11 April 2003.

PT-91M adalah kereta kebal yang dibangun dan dipertingkatkan semula daripada model T-72M1Z buatan Poland yang dirumuskan antara terbaik seumpamanya di rantau ini kerana mempunyai sistem canggih serta serba moden.