Namun kali ini hanya lima orang skot dapat disatukan (secara kebetulan) berbanding lapan orang pada tahun lalu yang diadakan di Kem Sungai Besi.
Kali ini selain saya dan Kol Fadzlette, Kol Kamarol turut menyertainya sekali lagi. Pertemuan di Kem Gemas Jumaat lalu dan semalam turut membabitkan Kol Hassan Ali (GGK) dan Lt Kol Md Din Abu.
Lt Kol Md Din - sentiasa ceria walaupun berpeluh
Tapi yang tak menang tangan sudah tentulah Lt Kol Md Din selaku Pegawai Staf Satu (PS1) Jabatan Arah Infantri yang menjadi tuan rumah.
Kerjanya sejak seminggu lalu di Kem Gemas hanya berakhir selepas semua anggota media meninggalkan kem, petang semalam.
Namun semua anggota media terhibur dengan gelagat mencuit hati Lt Kol Md Din yang memberikan arahan diselang selikan dengan unsur humour, macam masa kadet dulu. Hilang sikit penat anggota media yang baru 'expose' dengan kehidupan askar.
Tetapi yang membuat aku 'pewai' sikit bila Md Din dan teamnya menyuruh aku menyertai mereka membuat 'night attack' beberapa jam selepas kami tiba di kem. Tetapi ia jauh lebih ringgan daripada penangan awal tahun 80an dulu.
'Serangan Malam' kali ini tanpa senjata, sekadar mengekori dan 'meniru' pergerakan anggota tentera dengan menggunakan elemen tempur (mekanis dan Armor). Bagaimanapun kerana berlengan pendek, adalah sedikit ketidak selesaan yang cuma sekumit.
Kol Fadzlette - kalau perempuan, perempuan jugak. Johan menghias buah.
Tetapi perlu aku tabik kepada semua skot yang hadir. Masih mesra macam dulu walaupun pangkat-pangkat dah besar. Kol Fadzlette sudi menumpangkan aku naik 'staff car' dia untuk pergi dan balik dari Mindef ke Gemas, walaupun aku rasa macam tak berapa selesa dilayan macam itu, berbanding anggota media lain yang naik bas. Tapi sekurang-kurangnya merasa jugak aku naik kereta tu walaupun tak jadi macam kau orang.
Kol Hassan - sama-sama rambut putih. Tapi tak lawan perut aku!
Kol Hassan juga turut mempelawa aku ikut dia balik KL naik staff car dia.
Sebelum itu petang Jumaat ketika kami dalam perjalanan ke Gemas, Kol Hassan yang baru tahu aku berada di 'staff car' Markas ATM bersama Lette mengekori kami sampai ke Kem 14 Melayu (Rejimen ke-14 Askar Melayu Diraja).
Sesampainya, kami berpelukan dalam hujan renyai-renyai kerana lama tak jumpa. Setahu aku kali terakhir berjumpa Hassan ketika aku mengambil program Master di UPM, ketika itu Hassan memakai pangkat Mejar.
Nampak benar Hassan sudah disaluti warna putih pada misai dan rambutnya, macam aku jugak. Menurut Md Din, "komando biasalah dah banyak tenaga digunakan masa muda-muda dulu".
Kol Kamarol - dicabar pakai Brig Jen tahun depan
Kol Kamarol pula menjemput aku tidor di mes dia. Susahlah sikit aku nak tunaikan pelawaan Pengarah Armor itu. Bukan tak sudi tapi nak jugak aku mengimbau waktu susah-susah dulu ketika bersama kau orang. Cuma aku mencabar dia, supaya memakai satu bintang tahun depan. Secara jenaka Kamarol berkata, "Insyaallah doa orang yang teraniaya macam kau makbul."
Lt Kol Md Din (terpacak) - memastikan segala-galanya 'tip-top'
Md Din pula turut melayan aku macam VIP walaupun secara senyap-senyap. Aku diajak menumpang Land Cruisernya yang mengepalai konvoi kereta Armor yang membawa anggota media lain.
Walaupun kali ini aku tidak menyertai acara yang disediakan, tetapi aku cukup seronok bertemu skot.
Terima kasih banyak-banyak kepada Lette dan Md Din yang bersungguh-sungguh menjemput aku!
No comments:
Post a Comment