Saturday, April 26, 2008

MAI PEKENA KOPI SECAWAN

Alhamdullilah blog ini semakin meriah bak kata Fuad Hamzah dari Poland. Tengahari ni pun semasa aku dalam perjalanan pergi kerja, skot kita Raja Ikram (TUDM) call saya dan kami berbual panjang pasal skot dan blog kita ni.

Raja begitu teruja dengan cerita-cerita kawan-kawan kita. Katanya dia terperanjat ketika di ‘air-base’ beberapa tahun lalu bila seorang Lt Kol yang berambut dan bermisai putih yang disangkanya super senior rupanya skot sendiri.

Apabila dipanggil nama pegawai bermisai putih itu dengan nama “Lt Kol Hassan Ali” barulah dia perasan skot sendiri. Raja kata dia taklah rasa bersalah dengan perut buncitnya sekarang. Katanya, “kalau Zaki (Komando) pun boroi, apalah aku Air Force di Markas Bersama ni.”

Menurut Raja Ikram skot daripada Air Force susah nak jumpa, tidak macam skot Army. Diapun dulu lama kat Sabah dan Sarawak, tu yang lama tak jumpa skot lain.

Raja kata kalau ada gathering lagi jemputlah dia, mentang-mentanglah dia Air Force, asyik tertinggal jer!.

Disebabkan kami berdua ‘orang Perak’, sepanjang perbualan memang pekat dengan loghat tu….

Lepas berbual dalam talian, Raja kemudian sms aku. Dia kata lupa nak bagi tau aku. Senior yang aku cerita terjumpa di DSA tu adalah Hasbullah. Syed Putra Coy dan bekas officer JLJ.

Lepas ni mana-mana skot yang kat KL ni, mai lah sembang-sembang pekena kopi secawan.

Senior kita Brig Jen Datuk Razif pun ajak aku pekena kopi secawan…………!

Lok 1654.

No comments: