Setelah melihat laman blog yang dibina oleh rakan skot kita ni, Lokman Hamidi, saya terpanggil untuk memberikan sedikit coretan bagi mengimbau semula kenangan pahit manis mengenai pengalaman saya dalam tentera dan juga setelah menamatkan perkhidmatan.

Omda kini menjadi usahawan dalam bidang hartanah, sesiapa yang nak jual/beli rumah,tanah, boleh berhubung dengan Omda, dia ada di KL. Saya pula menamatkan perkhidmatan tentera selama 17 tahun. Ada yang kata kenapa tak tunggu 4 tahun lagi boleh la dapat pencen...kalau difikirkan betul juga tu...tetapi sebenarnya ada kisah disebalik saya berhenti awal tu!!
Selepas menghadiri kursus pegawai muda taktik, pegawai jurutera & kursus-kursus lain, saya telah ditempatkan di Skuadron Jurutera ke 9 berpengkalan di Kelantan. Jan 1987 – Dinaikkan pangkat ke Kapten dan dilantik sebagai Pegawai Staf G3 (Risik Jurutera) di Markas 3 Divisyen Terendak, Melaka. April 1989-1990 – Saya telah dipilih untuk berkhidmat dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Namibia dalam misi pengaman UNTAG (United Nation Transition Assistance Group in Namibia), untuk mengetuai Kor Jurutera.
Tugas saya agak mencabar sikit kerana terpaksa memusnahkan periok api & UXB(unexploded bomb) disamping kerja-kerja penyelenggaraan kem, biasalah kami dlm kor Jurutera. Manakala skot kita Jamaludin Tohar juga turut serta bagi mengetuai Kor Perkhidmatan, jadi saya tak kelaparan la kerana skot kita ni, bertanggungjawab dalam menyediakan bekalan makanan dan kalau nak kemana-mana pun bagitau dia je, Jamal boleh uruskan untuk pergerakan melalui darat atau udara…heli pun dia jaga. Masa tu CO Lt Kol Ghaffir (X TPTD), kami really enjoy semasa berada setahun disana.
Lokman, yang ni kena sensored sikit!!
(Jawapan : Saya rasa tak payah....masih sesuai dan menarik untuk dikongsi)

1990/91 – Selepas pulang dari bertugas di Namibia, saya telah di tempatkan di UPKAT (Unit Penyelenggaraan Kem Tentera Udara Butterworth), bertanggungjawab dalam menyelenggara kem termasuk kerja-kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik.
Tahun 91/92, berkesempatan berkhidmat di Taiping, 72 Skuadron Jurutera (Jentera Loji) sebagai 2IC, balik kampong….tetapi berkesempatan setahun je kena pindah pula ke KL naik pangkat Mejar sebagai Penolong Pegawai Memerintah di 50 Rejimen Kejuruteraan Pakar Keretapi di Bukit Haigate belakang Staff College.
Masa ni tugas saya buat training melibatkan orang-orang keretapi, sekiranya berlaku darurat mereka-mereka ini diwajibkan pakai uniform dan kendalikan keretapi. Yang seronoknya naik keretapi free, pekerja keretapi semua kenal kita sampailah hari ni!! Tahun 1996 saya diarahkan untuk bertukar ke 91 Rejimen Pembinaan Batu Kentonmen, tetapi masa tu Pengarah Operasi KTMB (CO 50 Rejimen Pakar Keretapi) tidak mahu melepaskan saya kerana ada beberapa projek yang masih belum selesai. CO 50 Rejimen Pakar Keretapi telah memohon kepada Ketua Jurutera untuk kekalkan saya dalam setahun lagi tetapi tidak diluluskan.

Begitulah ceritanya....pengalaman berkhidmat selama 17 tahun dalam tentera. Insyaallah akan saya coretkan pengalaman saya sebagai orang awam pula nanti !!....Sekiranya berkesempatan !!
No comments:
Post a Comment