Sunday, April 6, 2008

PT-91M KINI DIKENALI SEBAGAI "PENDEKAR"




Kol Kamarol (kiri sekali) dan Lt Kol Zainal (tiga dari kiri) junior kita Regular 22 antara orang kuat "Pendekar"


Kereta kebal PT-91M telah dinamakan sebagai Pendekar. Penamaannya dilakukan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin semalam di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Enam buah "Pendekar" yang dibeli dari Poland telah berada di negara ini dan sudah menjalani pelbagai latihan, manakala tujuh lagi masih dalam perjalanan dan bakal sampai di pelabuhan Klang dalam tempoh beberapa hari lagi.

Seterusnya penghantaran secara berperingkat akan dilakukan sehingga akhir tahun ini. PT-91M dan Rejimen ke-11 Armor Diraja yang mengendalikan "Pendekar" dijangka lengkap beroperasi menjelang akhir 2010 apabila semua aset dan kelengkapan yang dibeli dapat digunakan sepenuhnya.

Skot kita, Kolonel Kamarul selaku Pengarah Armor kini menjadi antara orang terpenting dalam pembentukan pasukan itu.
Kereta Kebal Utama (MBT) itu adalah antara 62 buah kereta kebal dengan pelbagai variasi serta peralatan sokongan logistik yang dibeli kerajaan hasil perjanjian dengan syarikat FTE Bumar Labedy bernilai RM1.4 bilion pada 11 April 2003.

PT-91M adalah kereta kebal yang dibangun dan dipertingkatkan semula daripada model T-72M1Z buatan Poland yang dirumuskan antara terbaik seumpamanya di rantau ini kerana mempunyai sistem canggih serta serba moden.

1 comment:

Anonymous said...

Well done Kol Kamarol.