Sdr Lokman,
Saya teringat masa kat Namibia dulu sebab Poland ada hantar satu kontijen untuk misi UNTAG, jadi Fuad ada di Poland, nak tau juga Fuad ada buat apa-apa ke nak jamu diaorang??
ORANG POLAND SUKA MAKAN ROTI CANAI...!!

Saya & Jamal berkesempatan melawat Kontijen Poland di Whindhoek & kami diberi layanan yang istimewa semasa disana. Tetapi masalah yang kami hadapi dengan diorang ni ialah komunikasi kerana ramai yang tak tahu berbahasa Inggeris, jadi macam ayam & itik la, nasib baik ada sorang dua yg tahu bahasa Inggeris, jadi kurang la angguk menggangguk!!
Semasa sembang2 dengan diorang, ada la keluar cerita roti canai...rupa-rupanya diorang suka makan roti canai. Kisah roti canai ni dah menjadi cerita semua satu kontijen Poland, sebab ada yang datang ke kem kita & mereka dijamu dengan roti canai. Jadi bila saya & Jamal berada di tempat diaorang apa lagi diaorang minta kami tunjukkan macamana roti canai tu..!! Apa lagi saya & Jamal pun tunjukkan la kepakaran macamana nak buat roti canai, walaupun itu lah pertama kali saya tebar roti canai…!! Teringat pulak….Fuad, kat Poland diaorang tak makan mee goreng ke ??

No comments:
Post a Comment